Aku dan kamu..» cjj

Dugaan Cinta Jarak Jauh
Semenjak dua menjak ni pastinya ramai yang tertanya-tanya adakah aku dengan si dia punya masalah kan? Baiknya korang.. amik berat gak pasal kitorang eyk? Terutama si ‘kun2′ (Ezany). Hihi..

[[Visit blog to check out this spoiler]]

Sebenarnya tak ada apa-apa masalah pun antara aku dengan si dia. Cuma, kebelakangan ni kami berdua agak sibuk, masa untuk bersama tu agak terhad. Kerap kalinya aku di’tinggal’kan keseorangan.

[[Visit blog to check out this spoiler]]

Tipulah kalau aku tak merindui si dia di saat aku di’tinggal’kan. Aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Sememangnya agak menyakitkan bila merindui seseorang yang disayangi, apatah lagi orang itu berada jauh di mata. Tapi anda jangan tak tahu, itulah nikmat sebuah percintaan.   Chewahhh!! Hehe.. Tapi….. adakah aku sahaja yang berperasaan sebegitu? Si dia bagaimana?

Sepanjang bulan lalu, aku dan si dia jarang sekali mengemaskini blog masing-masing. Diselitkan dengan aksi-aksi penyebab syak wasangka di shoutbox, maka timbul lah beberapa spekulasi oleh pemerhati yang tidak melihat kisah sebenar di sebalik perhubungan dua insan yang saling sayang menyayangi. Mulalah beranggapan yang bukan-bukan. Hehehe.. Sorry guyz.. itu semua adalah gimik semata-mata. Tapi biarpun apa yang dilakukan itu adalah gimik, agak terasa juga seandainya keadaan itu benar-benar berlaku. Mohon jauhkanlah perkara-perkara sebegitu dari kami berdua. Aku tak sanggup untuk menghadapi kehilangan lagi. Semoga hubungan kami kekal sepanjang hayat. Insya Allah. Maafkan kami jika terbuat kamu semua risau. Aku dan si dia cuma ingin berehat buat seketika dari berblog disebabkan ada komitmen lain yang perlu diselesaikan. Tetapi dalam kesibukan, aku sempat jua menghasilkan sesuatu untuk si dia.   Untuk yang tersayang lah katakan.. Sayang sangat!! Hihi..

Baiklah, entry pembukaan kali ini aku cuma nak kongsikan bersama tentang satu topik yang tak dapat disangkal lagi, memang ada kaitan dengan diriku atau mungkin juga anda.

[notice type=note]Perhubungan cinta jarak jauh tidak dinafikan amat berisiko. Sebenarnya, di sebalik risiko inilah yang bakal menguji kita sejauh mana kejujuran kita dalam percintaan.[/notice]

DUGAAN CINTA JARAK JAUH

PERNAHKAH anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.

Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.

Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.

- Percaya pada pasangan

Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.

[[Visit blog to check out this spoiler]]

- Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

[[Visit blog to check out this spoiler]]

- Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

[[Visit blog to check out this spoiler]]

- Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

[[Visit blog to check out this spoiler]]

- Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

[[Visit blog to check out this spoiler]]

- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.

[notice type=note]Selagi ada 3K dalam diri kita.. segala-galanya akan menjadi mudah..  [/notice]