Setelah sekian lama aku menghilangkan diri, tetapi aku tidak kemana… Aku masih di sini…
Hehe… aku sekarang berada di rumah sepupuku di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur untuk beberapa hari lagi sebelum dijadualkan pulang ke Perlis untuk tugasan kerja yang sedang menungguku. Keberadaannya aku di sini adalah untuk menghadirkan diri ke temuduga di salah sebuah syarikat di Bandar Sunway, PJ tempoh hari.
Agak lama juga aku bermastautin di negeri orang. Sebelum ini, kira-kira 3 malam aku bermalam di rumah salah seorang blogger yang cukup dikenali. Siapa lagi kalau bukan Syahirul.com a.k.a. Syah/PGE46. Mengikut perancangan, aku ‘dikehendaki’ menghadirkan diri ke temuduga di sebuah syarikat di Bandar Puchong Jaya tetapi dibatalkan perancangan tersebut atas sebab belum membuat apa-apa persediaan. Hurmmm…
Diringkaskan cerita…
“Sorry erk Syah kalau aku ada terbuat silap sepanjang aku kat umah ko… mungkin kedatangan aku masa tu agak tak best kan? ye lah… aku kan pendiam, kurang bercakap… ko slalu merungut sebab aku asyik diam jer… hehehe… Sorry kalau aku banyak menyusahkan ko or whatever… tapi TQ la ko bawa aku jalan-jalan ngan family ko… hantar mak ayah ko g umrah… first time tau aku g KLIA, LCCT pun… hahaha.. kampungnya aku… :P Apa-apa pun… Thanks n sorry for everythings yep.. :)”
Sehari sebelum aku pulang ke Perlis, aku sempat juga bertemu dengan seorang blogger wanita, iaitu Cik Semut Manis. Hehehe…
Kitorang ‘berdating’ di Miza Kopitiam, Shah Alam. Selama satu jam tu kitorang borak-borak kosong jer… kan Cik Semut Manis kan? Hehehe… :P Kalau korang nak tahu, Cik Semut Manis ni kan, orangnya kan… bla.. bla.. bla.. hihihi…
Keesokkan harinya aku masih lagi berada di Kuala Lumpur. Jalan-jalan makan angin dahulu sebelum pulang ke Perlis pada sebelah malamnya. Yang bestnya, beberapa jam sebelum bertolak, aku dikejutkan dengan panggilan telefon yang meminta aku untuk ditemuduga pada hari itu juga tapi aku minta untuk ditangguhkan sebab tiket pun sudah dibeli.
Penemuduga tersebut bersetuju dan aku selamat sampai ke kampung halaman.
Selang sehari aku di kampung halaman, aku terpaksa balik semula ke Kuala Lumpur untuk dua tugasan, iaitu menghadirkan diri ke temuduga seperti yang aku beritahu tadi dan kedua, menghantar cek PTPTN milik adik aku di UiTM Shah Alam untuk ditunaikan sendiri oleh beliau. Hohoho… bestnya merantau…
Sabtu lepas, korang semua pasti sibuk dengan gathering gengblogger yang berlangsung di Putrajaya bukan? Hehe… sorry lah ye, aku tak dapat nak join sebab jauh la nak ke sana… dan aku tak nak susahkan korang nak amik dan hantar aku… so, maybe next time aku join lah kot? :P Tapi tak pe lah sebab hari Sabtu tu juga, aku ada gathering kecil-kecilan dengan seorang lagi teman maya yang juga seorang blogger. Beliau adalah Encik Ezany-kun. *claps!* Giler kacak lah dia nih… hehe…
“Ok, ko tunggu jer situ. Klu ade lekaki kacak tegur, tu aku la. Hahaha.” – sms dari beliau sebelum kami bertemu… :P
Bertentang empat mata di Sungei wang seterusnya berjalan-jalan sambil berbual kosong ke Berjaya Times Square. Kemudian kami melantak di Food Court @ Tingkat 10, Berjaya Times Square. Setelah selesai mengenyangkan perut, kami beransur turun ke bawah sambil melayan jeritan para penunggang roller coaster di Berjaya Times Square Cosmo’s World. Hehehe… Hari semakin lewat, setelah berjalan-jalan menembusi beberapa pasaraya untuk ke parking lot di Plaza Lowyat di mana Ezany meletakkan motosikalnya di situ. Tetapi malang tak berbau bagi kami, hujan lebat melanda Kuala Lumpur. Melengung lah sorang-sorang kat situ. Hahaha…
Hujan dah reda, kami berdua berangkat pulang. Sebelum menghantar aku balik ke Bandar Tasik Selatan, kami singgah terlebih dahulu di Carrefour Sri Petaling kalau tak silap. Berehat sebentar di sana. Masa untuk pulang, bertambah malang nasib kami, hujan lebat melanda lagi. Habislah helmet bertakung air… hahaha… :P Agak lama juga ‘berdating’ di kaki lima menunggu hujan reda. Hari pun sudah gelap. Hujan pula beransur reda. Kami pun pulang dengan bergaya selepas makan malam di warung berhampiran.
Sekian saja kisah suka duka kami bersama… Hahaha…
Erm… sampai sini sajalah entri aku kali ni…terupdate juga blog yang dah bersawang ni ye? Ada masa akan ku update lah lagi…
Sekian, wassalam…
Assalamu’alaikum w.b.t.
psst: Rinduuuuuuuuuuuuuu sngt kat dia…
memang best beb merayap2 ni..heheheh
catzer recently posted..Mengoptimasi Diri Dengan Mimpi
sebenarnya, fizz bukan pendiam. dia memang jenis cakap banyak. cuma, dia cakap perlahan… hampir tak kedengaran. kalau nak call dia, cari tempat sunyi dulu sebelum call
tapi dia lebih suka mengaku sebagai pendiam daripada mengaku cakap perlahan :mrgreen:
fizz, macam mana ko gi interview? dia orang bagi microfone ke?
daripada ckp perlahan suara tak kuar orang tak dengar.. baik aku diam jer.. pendiam lah gak kan? :P
kadang² lantang gak suara aku… bergantung pada situasi laa.. interview aritu ok je.. lancar lagi.. hehe…
errr… siapa ni erk? cam da lama kenal aku jee… hurmmm… :roll:
[...] Entri ini adalah promosi kepada pertandingan yang dianjurkan oleh seorang teman blogger yang pernah ‘berdating’ dalam hujan denganku… hahaha… InsyaAllah aku juga akan turut serta dalam pertandingan [...]
aku bajet ko dtg gath gb artu..kire ley jmpa la kn..rupenya ko dating ng kun je..hahaha…
eh ko pendiam aku pemalu.ley la lpk skali..kah3
azizan4444 recently posted..Kebahagiaan Dalam Perpisahan bukan lagu tema piala dunia 2010
aku da kasi no phone aku.. tp aku x de no phone ko.. hoho.. kalau x ari lain tu aku leh jumpe ko.. :P aku pun bajet nak g sana.. tp tu lah.. bila pikir² balik, sape la nak jemput aku nnt? aku lak x mo lah nak susah²kan sesiapa.. hohoho.. sbb tu le wat mini gathering jer.. :P
kira ramai juga tu geng2 blogger lain yang bro jumpa..
bro pendiam ke? hehe… aku rasa akupun pendiam juga.. mesti org bosan dgn aku kalau jumpa..
kulanz recently posted..Bagaimana Mengecualikan Imej di Sidebar daripada Efek Lazy Load
setakat ni dah 7 orang je kot blogger aku pernah jumpa.. hehe..
tu lah.. sure owg bosan ngan pendiam cam kite ni.. huuu~
tapi kalau member2 yang paham, diorang tak akan bosan tu bro..
gudluck Fizz interview nanti.ramai ek jumpa kawan sana..:)
aku lagi la pendiam kalo nak ikutkan..huhu..
kite bile nak jumpe weh.. duk 1 negeri dah ni.. hahaha.. :P
fuhh catatan ni dah macam diari la,hehehe best la kalau sesekali dapat berjalan,lebih-lebih lagi jumpa member blogger,heheh
P/s : aku pun pendiam kat luar ,hahaha ..sama la kita
wazy recently posted..Taugeh-Bersama-Selamanya
a’ah.. best dpt jenjalan.. aku ni plak dah la jarang giler nak kuar jalan².. hahaha…
hehe.. leh jd 1 geng pendiam nih.. nnt jumpa sunyi je kan? ekekekek..
hoho satu catatan yg menarik..lagi2 bila ada org kacak tegur kan..haha pe2 pun, smoga ko lulus interview keje tu bro
x-po recently posted..EGOKAH JIKA TETAP PENDIRIAN
aku tergelak jer bila dpt sms tu dari ezany.. hahahah… :P
Oh orang perlis rupanya..dtg perlis nanti boleh la tunjuk2 kan jalan..Anyway,love ur template n design blog..betul2 mencemburuinya…
eyriqazz recently posted..Nestle Milo Hidup Bola
dating rupenyer..patut lame xnmpk..ehehe..sy juga msih disini bro.huhuhuhu
apiih recently posted..Roti Sedap Tapi Ngeri-
hehehe.. :P sesambil je tu.. bak kate owg.. sambil menyelam.. minum air sirap.. haha..
wah, berdating ngn ezany kun..hehehe
JMR recently posted.. Paul Sotong World Cup 2010 dalam kenangan
lain kali klu kita kluar lagi boleh ler naik roller coaster kat cosmo world tu.. haha.. giler punya gerun..
pasal helmet jadi akuarium tu tak dapat la den nak nolong.. hehe.. aku pun tak sangka hujan nak turun lagi sebab hujan baru jer benti kan..
ezany recently posted..Wana Jumpa Hantu Niyang Rapik
siannyer korang kan kena pakai helmet basah.. my dear tu laaaa.. rhea dah pesan suh bawak keta jumpa fizz.. tapi dear kata nnt tak romantik nak deting ngn fizz.. kalau merempit baru la ngam.. ekeke.. nah, amek ko! baru betul punya romantik dalam hujan lebat..
takpe la.. anggap jer tu sebagai memori daun pisang.. ekeke..
ezany recently posted..Aku Pergi Gathering Gengblogger
ek eleh…gerun ke kun? irfan macam takde perasaan je naik tu,selang 15 minit dia pi naik..kehkehkeh.
cikmin recently posted..Blogger di Media Cetak
uish.. sy pernah naik sekali jer roller coaster.. tu pun masa g genting.. mmg serius gerun masa nak naik tu.. tapi bila dah lepas tu rasa nak cuba lagi sekali lagi pulak.. hehe..
ezany recently posted..Aku Pergi Gathering Gengblogger
haha.. tu la pasal..
jom la nek roller coaster.. aku pun x penah nek agi tu.. :P
rumah sepupu kt bandar tasik selatan ?saya dok situ la .hehe .
ye ke? jalan mana erk? hehe..
best la pulak beliau jalan2.. apasal tak ajak aku sekali bro? muahahahaa..
bulan 10 ni free tak? meh kita jalan2 makan angin.. suruh bro syah bawak pusing 1 semenanjung.. kos, kongsi2lah.. hahahaa..
ko nk datang sini ke? hehe.. jom! jom! aku on jer… tp kos aku kureng lew.. :P ‘x aktif’ lg nih… haha..
hajat di hati memang nak pergi sana, jalan2.. tp tu ler, byk benda nk fikir kalau pergi utk suka2 je.. nak fikir tempat tinggal, kos itu ini etc.. huhu.. tp kalau bro pge46 + bro nak set tarikh jalan2 dlm bulan 10, insyaAllah aku dtg.. tangan dah gatal nk tempah tiket airasia ni.. wakakaka.. dgn syarat, kena amik & hantar aku kat airport la. wakakakaaa.. duit minyak? don’t worry be happy.. keh3
tu lah.. kite nak lepak mana nnt erk? kene pikir lagi ni wat pelan itu ini lagi.. huuu~
tp tiket airasia kalau tempah awal murah je kan? kang dah tempah awal².. sampai masa pelan x tau camne lg.. hehe.. :P
salam… ko still kat KL eh.. hope smua oke.. sory la aku byk kali tanya nape ko diam.. bukan ape, aku akan jadi seorang yang ‘buntu’ bila ko terus senyap.. adoiyai.. sory andai ada salah silap sepanjang aku lepak ngan ko… thanx dtg jumpa aku setelah bertahun kita kawan.. jaga diri bebaik.. hope ko dpt la kerja kat sini nanti..
syahirul recently posted..Oh- Cerita Gathering Gengblogger
Salam fizz. Samalah kita pendiam. Ekekeke.
Cik Nass recently posted..Sotong- Pelbagai jenis masakan sotong-
ye ke… :P hihi.. fizz kat luar je pendiam.. kalau kat alam maya.. kitalah raja.. hahaha.. ye la tu.. :P
haha.tahu takpe.
semoga fizz terus success di dalam bidang yang fizz ceburi. jangan malas2 mai intebiu na. mana tahu rezeki Allah bagi?
Cik Nass recently posted..Solat Dhuha- Pembuka Pintu Rezeki
skrg kat perlis dah.. baru je sampai umah.. hehe.. n baru jenguk blog.. sblm ni tak berkesempatan langsung..
aku da besar daa.. pepandai la aku jage diri kat KL tu.. :P x sesusah mane pun.. banyak kemudahan… gune je lah kan? lalala.. hihi.. alhamdulillah semuanya oke..
sampai skrg lum ada jawapan utk intebiew tu.. hurmm…
Aku Masih Di Sini http://gengblogger.com/v/200679 #sibintang
Aku Masih Di Sini http://bit.ly/c6odzx #sibintang