Entri ini dibuat bagi menjawab persoalan yang sering bermain-main di minda teman sepermainan kita semua. Aku tak tahulah apa yang aku terangkan ni betul atau tidak. Aku sekadar ingin memberi pendapat saja. Kalau ada yang silap, tegur-tegur lah yer…
Berbalik pada isu yang kerap kali terjadi pada blogger dewasa ini. Jika terjadinya pertelingkahan atau sedikit rasa tidak puas hati, atau pertikaian atau teguran antara blogger, mesti banyak benda-benda yang tak elok kita dengar (dengar ke?), kadang-kadang habis keluar segala caci maki, kata-kata kesat dan penghinaan diantara blogger.
Antara frasa yang cukup hebat diperdebatkan ketika ini adalah gelaran BLOG SAMPAH! Menurut saudara Encik One,
“Aku ada dengar orang cakap yang blog sampah tu adalah blog plagiat dan ada juga yang cakap blog sampah adalah blog yang tak berinfo yang kiranya blog tu di’update ikut suka hati si pemilik blog la. Contoh paling mudah, blog personal. Selain tu, blog yang entrinya ditulis pendek seperti meng’update status kat Facebook dan twitter juga dikatakan sebagai blog sampah dan banyak lagilah. Tapi betul ke blog sampah adalah seperti itu?”
Kalau blog peribadi pun digelar blog SAMPAH, itu sudah keterlaluan. Tapi blog peribadi yang macam mana? Tak dinafikan kebanyakan blog warga tempatan yang ada sekarang ni adalah blog yang bercirikan peribadi. Blog ini juga merupakan blog peribadi, tetapi sudah dicacamerbakan. Hehe…
Terdapat banyak jenis blog yang bersifat negatif seperti blog yang memesong akidah/menghina agama, blog yang berunsur hasutan dan fitnah, blog yang menjelikkan, blog yang tidak menghormati hak orang/blogger lain (plagiarism), blog lucah dan lain-lain blog yang boleh dikelaskan sebagai negatif dan merangkumi pelbagai niche termasuk peribadi, gosip dan sebagainya. Tapi tidak semua blog negatif dengan sewenang-wenangnya boleh digelar blog SAMPAH!
Sampah!
1. benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll), sarap; ~ sarap bermacam-macam sampah; 2. sesuatu (benda atau orang) yg tidak berharga atau berguna; ~ dunia = ~ masyarakat orang yg hina; ~ itu di tepi juga prb orang yg hina (miskin) itu selalunya tidak dipedulikan orang; ~ jangan ditendang sepak prb orang yg miskin jangan dihinakan; spt ~ hanyut prb orang miskin yg hidup melarat; teralang-alang bagai ~ dlm mata prb kemusykilan yg tidak dapat dilahirkan; menyampah 1. berasa benci (terhadap sesuatu atau seseorang), meluat, jijik: Semah ~ bukan kepalang; 2. spt sampah (kerana terlalu banyak dll); 3. bp mengganggu orang (mengacau dll); persampahan tempat membuang (timbun-an) sampah. – Kamus Dewan Edisi Empat
Blog Peribadi
Lebih mengejutkan, terdapat blog peribadi yang tidak begitu membahayakan. Dek kerana gaya persembahan yang tidak selesa di mata seseorang itu, begitu mudahnya seseorang itu menggelar blog tersebut adalah blog SAMPAH?! ‘Seseorang itu’ adalah merujuk kepada umum ya. Aku tak tujukan untuk orang perseorangan. Maaf seandainya ada yang terasa.
Banyak blog peribadi yang aku jumpa, gaya penulisannya kebudak-budakan, menggunakan singkatan seperti SMS, gaya bahasa yang agak gedik atau manja dan teks yang berwarna-warni. Mungkin gaya persembahan jenis ini ada sesuatu yang menggelikan, menjelikkan seseorang itu atau lebih mudah jika disebut pembaca. Tak semua pembaca tak suka akan blog seperti itu. Tapi kenapa ada yang menggelarnya blog SAMPAH?! Biarlah dia, kalau tak suka tengok gaya penulisan seperti itu sila jangan baca atau mata anda akan cedera.
Banyak blog peribadi yang aku jumpa, terlalu banyak meletakkan widget yang entah apa-apa dengan pemasangan lagu yang dimainkan secara automatik. Ada yang meletakkan widget yang menghasilkan pop-up ads secara tidak terkawal. Agak menjengkelkan bagi sesetengah pembaca. Tapi kenapa ada yang menggelarnya blog SAMPAH?! Biarlah dia, mungkin pemilik blog masih baru lagi dalam dunia blogging. Mereka juga ada sifat ingin mencuba. Macam lah kita tak pernah lalui semua tu kan? Perlahan-lahan nanti mereka akan sedar juga dan seterusnya BERUBAH. Macam kita yang dah ‘PRO’ ni juga lah kan? Sebelum jadi ‘PRO’ apa yang kita buat dulu? Cuba ingat balik..
Banyak blog peribadi yang aku jumpa tidak berinfo, lebih kepada peribadi semata-mata! Hari ni buat apa, esok buat apa, tadi buat apa… Fuh!! Semuanya nak beritahu. Kalau yang ehem² pun diberitahu juga tak tahu lah. Hehe… Tapi jangan lah anggap itu juga blog SAMPAH! Dah nama pun blog peribadi kan? Tentu lah dah macam diary!!! Biar lah dia. Itu hak dia sebagai owner. Yang tak suka tak payah susahkan diri nak follow.
Banyak blog peribadi yang aku jumpa ……………………………. (ada lagi ke? sila sambung…)
Gelaran SAMPAH seperti satu penghinaan yang teramat dahsyat sekali dalam dunia blog. Kita buat blog, orang anggap blog kita blog sampah sebab tidak mengikut beberapa kriteria kehendak orang tersebut. Berapa dalamkah kesan yang ditanggung oleh kita sebagai owner blog ‘SAMPAH’?
Blog Plagiat
Plagiat!
hasil mencedok karya atau tulisan orang lain yg disiarkan kembali sbg karya sendiri (biasanya dlm hal karang-mengarang). memplagiat mencedok karya atau tulisan orang lain dan menyiarkannya sbg karya sendiri. – Kamus Pelajar Edisi Kedua
Terdapat banyak sebenarnya blog yang menjalankan aktiviti plagiat. Rata-rata dalam dunia maya ini semuanya plagiat. Tak percaya kajilah satu-satu. Blog plagiat tidak bermakna blog itu tidak berinfo dan tidak berguna. Pada pendapat aku, blog plagiat harus diberi gelaran lain dan bukannya SAMPAH! Aku tidak bermaksud untuk membela nasib blog plagiat yang diherdik sebegitu sekali. Ya! Mereka harus di beri pengajaran supaya menjadi blogger yang beretika. Ada cara untuk mendidik mereka, tetapi janganlah dengan rasa tidak bersalah kita menggelarkan blog plagiat adalah SAMPAH!
Jika difikirkan secara kasar, ya! Kita sebagai pemilik asal karya yang diplagiat itu berasa sedikit tergugat. Lembu punya susu sapi dapat nama. Siapa pun akan berasa tidak puas hati dengan plagirism. Aku nak tanya sikit, majoriti aktiviti plagiat yang berlaku, artikel yang macam manakah selalu jadi mangsa? Jawapannya mestilah yang berkualiti, berinfo dan bermanfaat. Takkan ada blogger yang nak plagiat artikel yang tidak berkualiti bukan? Ada tak?
Cuma, terdapat juga blogger yang kurang cerdik memplagiat sesuatu artikel berinfo. Aku tahu, tujuan dia memplagiat adalah untuk menyampaikan sesuatu yang baik. Walaupun caranya salah, tapi masih boleh dimaafkan lagi. Seperti terjadinya kes baru-baru ini dimana sebuah blog berplatform Blogger bercerita tentang perihal virus yang sepatutnya milik blog self-hosting tetapi segala apa yang tertulis seolah-olah menceritakan apa yang berlaku pada blog tersebut. Sungguh kelakar! Apa yang dia dapat? Kena bahan ada la…
Ada juga blog berplatform Blogger dengan bangganya memplagiat artikel tutorial yang dibuat khas untuk pengguna WordPress. Aku rasa tiada salahnya. Cuma tak kena gaya saja.
Ada juga blog yang baru nak hidup, tapi dipenuhi dengan artikel-artikel bagaimana nak tingkatkan trafik dan sebagainya. Walhal blog tersebut baru saja dibina. Ranking trafik pun jauh panggang dari api. Rasanya tiada salahnya. Masih lagi blog berinfo dan sesuai dijadikan bahan rujukan. Tidak mengapalah.
Cuba fikirkan secara halus. Seandainya artikel/karya yang kita hasilkan itu adalah berinformasi, berilmu dan memberi manfaat kepada pembaca, alangkah bangganya apabila artikel/karya kita diplagiat. Walaupun kita hilang hak sebagai pemilik asal, tetapi kita tetap berbangga kerana secara tidak langsung, info/ilmu yang kita bawakan tersebar secara meluas seterusnya menjadi tatapan/bahan rujukan semua orang. Anggaplah ia sebagai sedekah. Hidup untuk memberi. Bukankah itu satu pahala?
Plagiat berinfo dan berilmiah masih boleh dimaafkan lagi, bagaimana pula yang memplagiat gosip-gosip artis? Lain ceritanya mungkin? Anda nilaikan sendiri…
PERHATIAN! Aku tidak bermaksud untuk menyokong aktiviti plagiarism. Bagi mereka yang menjalankan aktiviti ini haruslah sedar dan jadilah diri anda sendiri. Sampai bila anda hendak menipu diri sendiri, anda fikirkanlah sendiri. Fikir secara mendalam.
Kesimpulannya, tiada maknanya untuk kita bersengketa untuk perkara-perkara remeh sebegini. Perangilah SAMPAH yang sebenar-benarnya SAMPAH! Blog SAMPAH adalah blog yang agak membahayakan dan membawa kepada kemudaratan pembaca, tidak mendatangkan manfaat, memesongkan akidah, menghasut, memfitnah, menipu, menghina, melucah dan sebagainya. Blog jenis inilah sebenar-benarnya SAMPAH dan bukannya blog peribadi seperti yang aku terangkan di atas tadi atau blog plagiat yang berinfo. Mereka tidak bersalah, mereka seharusnya dididik dan bukan diherdik! Tolonglah! Aku dah muak dengan tindakan mengsampah-sampahkan blog. Korang menjeritlah sekuat mana pun, ‘SAMPAH’ korang tetap juga tumbuh bagaikan cendawan. Fikirkanlah!
Sekian sahaja celoteh panjang dari pengkritik bebas tidak bertauliah ini. Segala salah dan silap haraplah dimaafkan. Tiada seorang blogger pun yang benar-benar sempurna dan hebat! Silalah jangan bajet hensem dan lawa… haha…
Peace! No War! ^_^v
Wassalam.

hangat topik ini..sehangat mentari menyinar..adakah aku telah ketinggalan? hehe
aku jenis bace je entri sesebuah blog tu.. kalau entri dia ok, aku akan igt dan singgah lg.. kalau tak ok, aku tak cop pn blog dier blog sampah. cume aku bia je la.. bab curi artikel tu aku rase jgn la marah2 sgt kot.. teguran baik boleh melembutkn hati org.
contoh kalau kene saman tak pakai helmet, polis tu pn marah kau sbb langgar undang2.. walaupon bersalah, kau pn mesti rase marah kan sbb kene saman + marah..mesti kau kate, nak saman, saman je la, nak marah2 plak..pastu makin hangat bertikam lidah.keluarlah ayat polis bo**h la, mat rempit b**gang la. so kalau polis tu tegur elok2 kat org bersalah tu, kompem sejuk ati pesalah tu. so takdela istilah label melabel ni..
same jugak dlm blogging. tegur baik2.. jgn label melabel.. so nnt takde la hati yg membenci.. n kalau dah kene tego tu, pandai2 la lepas tu ek. jgn buat lg..
p/s : kau diatas tu tak maksud kat sape2.
p/s/s : maaf kalau komen aku ni menyinggung perasaan sesiapa. kalau aku ade buat salah, tegur la dengan baik ye sahabat.. peace
MrSup recently posted..Jasa Di Dunia Dan Anugerah Di Akhirat
adakah blog lazaac juga dikategorikan sebagai blog sampah..? hanya pelawat yg tentukan… lazaac cuma bercerita apa yg lazaac rasa dan lazaac ingin kongsikan… tapi tak semuanya perlu diceritakan yer tak..?
lazaac recently posted..Response cached until Tue 8 @ 19:26 GMT (Refreshes in 57 Minutes)
ada juga blog yang aku kategorikan sebagai blog sampah tapi tak banyak ada la 0.1~0.5% daripada keseluruhan pembacaan aku tentang blog.
kalau blog yang aku menyampah sebab popup dan sebagainya tu lain cerita.. menyampah pun kadang2 masuk juga sebab entri dia best
dan pada hemat aku blog sampah ni adalah satu blog yang menulis tentang dirinya, dia yang paling hebat, paling alim, paling mulia dan orang lain semua salah. itu bagi aku sampah. dan selalunya blog gini secara kebetulannya dimiliki oleh blog berjenis diari terbuka.
sebab tu sampai ada cop bahawa blog peribadi itu blog sampah. tetapi tak semua blog peribadi itu blog sampah. ada banyak yang bagus
kesimpulannya walau apa jenis pun blog yang anda tulis ketahuilah ada orang lain yang membaca dan seharusnya anda perlu fikirkan apa yang pembaca fikir.
.-= TMUkmkd´s last blog ..Kenapa Aku Daftar MillatFacebook? =-.
kadang2 kita kena nilaikan diri kita terlebih dahulu.. :roll:
blog aku la tu mmg blog sampah :P
kadang orang tuh dah top, rasa blog dia paling best kat alams semesta neh, pantang jumpa blog tak best sikit dia cop la sampah sarap..haha
.-= Azizuan´s last blog ..Suratkhabar : Iklan Lebih Dari Berita =-.
yang dah top x selamanya di atas.. pasti ke bawah jua akhirnya..
hidup ni kan ibarat roda.. kejap kat atas.. kejap kat bawah.. hehehe..
bila dah kat atas tu jgn la terasa tinggi.. nnt gayat lalu jatuh.. hahaha.. :P
Info yang best,mgkin blog bernichekan sampah kot layak digelar blog smpah,haha..skang ni pun top level domain sampah pun ade org sapu.Mgkin web/blog sampah akan wujud satu hari nanti
.-= hanif´s last blog ..Buat Duit Online Dengan Namedrive =-.
personally x suka kalau orang kutuk2 blog lain sbg blog sampah ke apa kan… kalau dorang bagi tips nak improve blog xpe gak, ni duk hentam blog2 lain… apa yg dorang dapat?
.-= Amir Said´s last blog ..Sinar FM Kini Radio No. 1 di Malaysia =-.
wahhh.. jaga diri jaga peribadi
terperinci sekali discussion pasal blog sampah ni..
hehe..
apa-apa pun selamat maju jaya kepada semua blogger
.-= zuls´s last blog ..Top First Commenter April 2010 =-.
huhu.aku tak berani nak cakap blog mana2 yang sampah. for me, masing-masing ada cara sendiri. ada personaliti sendiri. kang sesedap mulut cakap blog orang sampah. orang dok kutuk belakang blog aku…hah! amik! wahahaha
tapi, blog ko cantik beb1 aku buta seni. memang tak reti nak buat blog cantik2 camni.hohoho
.-= lizz´s last blog ..Mana Hilangnya Rasa Respect Kamu Semua Dalam Alam Maya Yek? =-.
Setuju dengan Auntie Jie pny komen, and juga fazreen. Tak leh dinafikan, dalam blogosphere ni, macam2 org ada. Yg gedik, yg skema, yg sempoi, yg ceria, yg suka muzik dan mcm2 lagi. Tp jgn la bila diorang ni zahirkan minat or preferences diorang through their blog, itu dikira perbuatan yg keji. Betul tak? Internet ni medium yg bebas, semua org boleh buat apa2 asalkan tak menyusahkan org lain.
kalau tak suka, sudah la. Tak payah nak sebar-sebarkan kebencian tu dalam blog. We are all different, and what we should do is not to find what are the differences that we have among ourselves. But deal with them to make this blogosphere a better place for all of us. Kan?
=)
.-= nurfaiz shaidan´s last blog ..Sebebas manakah Zon Bebas? =-.
tapi sekarang lain ceritanya..mcm blog peribadi tu..dorang promote bagai nak rak..then orang masuk nak baca tak ada entri yang bagus..so apa kes? nasihat aku satu je la..yg dah otai tu biarkan lah newbie2 dengan cara dorang..yang newbie2 tu kalau nak blog dikenali tingkatkanlah kualiti..
.-= fazreen´s last blog ..Top Tips on How To Manage Multiple Blogs efficiently =-.
.-= ishak´s last blog ..Kenapa minat sangat dengan lisa surihani ? =-.
Sejak berblog 5 thn ni, tak pernah nak fikir pasal blog orang..tiap org berbeza…kita kena cuba hidup bersama dalam perbezaan tersebut…
itulah kalerful hidup!
.-= Kujie´s last blog ..Selamat Hari Jururawat Yatie =-.
RT @mrbintang: Blog Yang Di Sampahkan http://bit.ly/9F9vqw
artikal yang sangat bagus..