Blog Yang Di Sampahkan

Blog Sampah

...

Entri ini dibuat bagi menjawab persoalan yang sering bermain-main di minda teman sepermainan kita semua. Aku tak tahulah apa yang aku terangkan ni betul atau tidak. Aku sekadar ingin memberi pendapat saja. Kalau ada yang silap, tegur-tegur lah yer…

Berbalik pada isu yang kerap kali terjadi pada blogger dewasa ini. Jika terjadinya pertelingkahan atau sedikit rasa tidak puas hati, atau pertikaian atau teguran antara blogger, mesti banyak benda-benda yang tak elok kita dengar (dengar ke?), kadang-kadang habis keluar segala caci maki, kata-kata kesat dan penghinaan diantara blogger.

Antara frasa yang cukup hebat diperdebatkan ketika ini adalah gelaran BLOG SAMPAH! Menurut saudara Encik One,

“Aku ada dengar orang cakap yang blog sampah tu adalah blog plagiat dan ada juga yang cakap blog sampah adalah blog yang tak berinfo yang kiranya blog tu di’update ikut suka hati si pemilik blog la. Contoh paling mudah, blog personal. Selain tu, blog yang entrinya ditulis pendek seperti meng’update status kat Facebook dan twitter juga dikatakan sebagai blog sampah dan banyak lagilah. Tapi betul ke blog sampah adalah seperti itu?”

Kalau blog peribadi pun digelar blog SAMPAH, itu sudah keterlaluan. Tapi blog peribadi yang macam mana? Tak dinafikan kebanyakan blog warga tempatan yang ada sekarang ni adalah blog yang bercirikan peribadi. Blog ini juga merupakan blog peribadi, tetapi sudah dicacamerbakan. Hehe…

Terdapat banyak jenis blog yang bersifat negatif seperti blog yang memesong akidah/menghina agama, blog yang berunsur hasutan dan fitnah, blog yang menjelikkan, blog yang tidak menghormati hak orang/blogger lain (plagiarism), blog lucah dan lain-lain blog yang boleh dikelaskan sebagai negatif dan merangkumi pelbagai niche termasuk peribadi, gosip dan sebagainya. Tapi tidak semua blog negatif dengan sewenang-wenangnya boleh digelar blog SAMPAH!

Sampah!

1. benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll), sarap; ~ sarap bermacam-macam sampah; 2. sesuatu (benda atau orang) yg tidak berharga atau berguna; ~ dunia = ~ masyarakat orang yg hina; ~ itu di tepi juga prb orang yg hina (miskin) itu selalunya tidak dipedulikan orang; ~ jangan ditendang sepak prb orang yg miskin jangan dihinakan; spt ~ hanyut prb orang miskin yg hidup melarat; teralang-alang bagai ~ dlm mata prb kemusykilan yg tidak dapat dilahirkan; menyampah 1. berasa benci (terhadap sesuatu atau seseorang), meluat, jijik: Semah ~ bukan kepalang; 2. spt sampah (kerana terlalu banyak dll); 3. bp mengganggu orang (mengacau dll); persampahan tempat membuang (tim­bun-an) sampah. – Kamus Dewan Edisi Empat

Blog Peribadi
Lebih mengejutkan, terdapat blog peribadi yang tidak begitu membahayakan. Dek kerana gaya persembahan yang tidak selesa di mata seseorang itu, begitu mudahnya seseorang itu menggelar blog tersebut adalah blog SAMPAH?! ‘Seseorang itu’ adalah merujuk kepada umum ya. Aku tak tujukan untuk orang perseorangan. Maaf seandainya ada yang terasa.

Banyak blog peribadi yang aku jumpa, gaya penulisannya kebudak-budakan, menggunakan singkatan seperti SMS, gaya bahasa yang agak gedik atau manja dan teks yang berwarna-warni. Mungkin gaya persembahan jenis ini ada sesuatu yang menggelikan, menjelikkan seseorang itu atau lebih mudah jika disebut pembaca. Tak semua pembaca tak suka akan blog seperti itu. Tapi kenapa ada yang menggelarnya blog SAMPAH?! Biarlah dia, kalau tak suka tengok gaya penulisan seperti itu sila jangan baca atau mata anda akan cedera.

Banyak blog peribadi yang aku jumpa, terlalu banyak meletakkan widget yang entah apa-apa dengan pemasangan lagu yang dimainkan secara automatik. Ada yang meletakkan widget yang menghasilkan pop-up ads secara tidak terkawal. Agak menjengkelkan bagi sesetengah pembaca. Tapi kenapa ada yang menggelarnya blog SAMPAH?! Biarlah dia, mungkin pemilik blog masih baru lagi dalam dunia blogging. Mereka juga ada sifat ingin mencuba. Macam lah kita tak pernah lalui semua tu kan? Perlahan-lahan nanti mereka akan sedar juga dan seterusnya BERUBAH. Macam kita yang dah ‘PRO’ ni juga lah kan? Sebelum jadi ‘PRO’ apa yang kita buat dulu? Cuba ingat balik..

Banyak blog peribadi yang aku jumpa tidak berinfo, lebih kepada peribadi semata-mata! Hari ni buat apa, esok buat apa, tadi buat apa… Fuh!! Semuanya nak beritahu. Kalau yang ehem² pun diberitahu juga tak tahu lah. Hehe… Tapi jangan lah anggap itu juga blog SAMPAH! Dah nama pun blog peribadi kan? Tentu lah dah macam diary!!! Biar lah dia. Itu hak dia sebagai owner. Yang tak suka tak payah susahkan diri nak follow.

Banyak blog peribadi yang aku jumpa ……………………………. (ada lagi ke? sila sambung…)

Gelaran SAMPAH seperti satu penghinaan yang teramat dahsyat sekali dalam dunia blog. Kita buat blog, orang anggap blog kita blog sampah sebab tidak mengikut beberapa kriteria kehendak orang tersebut. Berapa dalamkah kesan yang ditanggung oleh kita sebagai owner blog ‘SAMPAH’?

Blog Plagiat
Plagiat!

hasil mencedok karya atau tulisan orang lain yg disiarkan kembali sbg karya sendiri (biasanya dlm hal karang-mengarang). memplagiat mencedok karya atau tulisan orang lain dan menyiarkannya sbg karya sendiri. – Kamus Pelajar Edisi Kedua

Terdapat banyak sebenarnya blog yang menjalankan aktiviti plagiat. Rata-rata dalam dunia maya ini semuanya plagiat. Tak percaya kajilah satu-satu. Blog plagiat tidak bermakna blog itu tidak berinfo dan tidak berguna. Pada pendapat aku, blog plagiat harus diberi gelaran lain dan bukannya SAMPAH! Aku tidak bermaksud untuk membela nasib blog plagiat yang diherdik sebegitu sekali. Ya! Mereka harus di beri pengajaran supaya menjadi blogger yang beretika. Ada cara untuk mendidik mereka, tetapi janganlah dengan rasa tidak bersalah kita menggelarkan blog plagiat adalah SAMPAH!

Jika difikirkan secara kasar, ya! Kita sebagai pemilik asal karya yang diplagiat itu berasa sedikit tergugat. Lembu punya susu sapi dapat nama. Siapa pun akan berasa tidak puas hati dengan plagirism. Aku nak tanya sikit, majoriti aktiviti plagiat yang berlaku, artikel yang macam manakah selalu jadi mangsa? Jawapannya mestilah yang berkualiti, berinfo dan bermanfaat. Takkan ada blogger yang nak plagiat artikel yang tidak berkualiti bukan? Ada tak?

Cuma, terdapat juga blogger yang kurang cerdik memplagiat sesuatu artikel berinfo. Aku tahu, tujuan dia memplagiat adalah untuk menyampaikan sesuatu yang baik. Walaupun caranya salah, tapi masih boleh dimaafkan lagi. Seperti terjadinya kes baru-baru ini dimana sebuah blog berplatform Blogger bercerita tentang perihal virus yang sepatutnya milik blog self-hosting tetapi segala apa yang tertulis seolah-olah menceritakan apa yang berlaku pada blog tersebut. Sungguh kelakar! Apa yang dia dapat? Kena bahan ada la…

Ada juga blog berplatform Blogger dengan bangganya memplagiat artikel tutorial yang dibuat khas untuk pengguna WordPress. Aku rasa tiada salahnya. Cuma tak kena gaya saja.

Ada juga blog yang baru nak hidup, tapi dipenuhi dengan artikel-artikel bagaimana nak tingkatkan trafik dan sebagainya. Walhal blog tersebut baru saja dibina. Ranking trafik pun jauh panggang dari api. Rasanya tiada salahnya. Masih lagi blog berinfo dan sesuai dijadikan bahan rujukan. Tidak mengapalah.

Cuba fikirkan secara halus. Seandainya artikel/karya yang kita hasilkan itu adalah berinformasi, berilmu dan memberi manfaat kepada pembaca, alangkah bangganya apabila artikel/karya kita diplagiat. Walaupun kita hilang hak sebagai pemilik asal, tetapi kita tetap berbangga kerana secara tidak langsung, info/ilmu yang kita bawakan tersebar secara meluas seterusnya menjadi tatapan/bahan rujukan semua orang. Anggaplah ia sebagai sedekah. Hidup untuk memberi. Bukankah itu satu pahala?

Plagiat berinfo dan berilmiah masih boleh dimaafkan lagi, bagaimana pula yang memplagiat gosip-gosip artis? Lain ceritanya mungkin? Anda nilaikan sendiri… :)

PERHATIAN! Aku tidak bermaksud untuk menyokong aktiviti plagiarism. Bagi mereka yang menjalankan aktiviti ini haruslah sedar dan jadilah diri anda sendiri. Sampai bila anda hendak menipu diri sendiri, anda fikirkanlah sendiri. Fikir secara mendalam.

Kesimpulannya, tiada maknanya untuk kita bersengketa untuk perkara-perkara remeh sebegini. Perangilah SAMPAH yang sebenar-benarnya SAMPAH! Blog SAMPAH adalah blog yang agak membahayakan dan membawa kepada kemudaratan pembaca, tidak mendatangkan manfaat, memesongkan akidah, menghasut, memfitnah, menipu, menghina, melucah dan sebagainya. Blog jenis inilah sebenar-benarnya SAMPAH dan bukannya blog peribadi seperti yang aku terangkan di atas tadi atau blog plagiat yang berinfo. Mereka tidak bersalah, mereka seharusnya dididik dan bukan diherdik! Tolonglah! Aku dah muak dengan tindakan mengsampah-sampahkan blog. Korang menjeritlah sekuat mana pun, ‘SAMPAH’ korang tetap juga tumbuh bagaikan cendawan. Fikirkanlah!

Sekian sahaja celoteh panjang dari pengkritik bebas tidak bertauliah ini. Segala salah dan silap haraplah dimaafkan. Tiada seorang blogger pun yang benar-benar sempurna dan hebat! Silalah jangan bajet hensem dan lawa… haha…

Peace! No War! ^_^v

Wassalam. :)

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.

  • Anarm May 11, 2010 at 2:23 am

    blog aku ade bau sampah x?

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  • yanmie May 10, 2010 at 12:38 pm

    fuh..tekun kakyan membaca..ehee..senang je mcm nie, klu rasa x suka blog tersebut, rasa blog tersebut blog sampah jgn baca, pangkah je terus. tak perlu nak melatah sana sini..huhu

    psstt!! agaknya blog kakyan dalam kategori sampah mana??

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • hafizmd May 10, 2010 at 1:52 pm

      setuju ngn kak yan..kalau tak suke..terus je pangkah keluar, takyah kite semakkan kepala kite ngn benda yg kite tak suke..baru hidup insyaAllah happy..

      “biarlah sedikit, tapi memberi manfaat”
      .-= hafizmd´s last blog ..5 tips di bilik tidur.. =-.

      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • kulanz May 10, 2010 at 12:12 am

    Kupasan yang cantik bro..
    Bagi aku segala ilmu, idea dan apa-apa yang berkaitan dengan dunia dan akhirat ni datangnya daripada Allah SWT, kita hanya menyampaikan.. Ada sesetengah orang diberi keupayaan berfikir aras tinggi hingga dia mampu menulis sesuatu yang mungkin karyanya itu tidak dapat ditandingi oleh penulisan lain.. bagaimanapun kelebihan itu tidak sepatutnya dijadikan penyebab untuknya memandang rendah kepada kemampuan orang lain, hingga melabel blog seseorang sebagai blog sampah..

    dan orang yang kurang kemampuan pula janganlah hanya mengambil peluang atau kesempatan di atas usaha orang lain, kena juga berusaha ikut kemampuan sendiri..

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  • Syafrizal May 9, 2010 at 10:00 pm

    Blog plagiat bersepah sekarang ini. Tensennya.
    .-= Syafrizal´s last blog ..Strategi Pintar HPA: HPA Halal Mart =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  • Azizwan May 9, 2010 at 3:30 pm

    huraian yg memang terbaik bro.. aku harap entri ni akan menjadi iktibar kpd semua blogger.. no more istilah “BLOG SAMPAH”.. kalau tak suka, diam2 sudah.. nk tegur, biarlah kena pd caranya dan berpada-padalah.. cukup asal blogger tu tahu apa kesalahan yg dia dah buat dan perlu diperbaiki..

    apa2 pun, tq 4 the nice trackback :D

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang May 10, 2010 at 4:58 pm

      betul tu wan.. ni nak tegur pun sempat lagi keluar kata-kata kesat.. mencinyaa… agak ringan betul jari dia menaip kan? (sepatutnya ringan mulut.. hahaha..)

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    • Nik Anas Farhan June 7, 2010 at 12:24 pm

      saya setuju…
      blog masing2 so, lantak dialah kan kalau nak buat apa pon dengan blog dia…
      Nik Anas Farhan recently posted..Mengapa Lelaki dan Wanita Menangis?My Profile

      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • zik May 9, 2010 at 3:38 am

    hurm.. apa nak tulis nie…. sama2 lah berusaha menghasilkan karya yang sendiri…biarpun agak tak berapa bagus…insyallah ia akan menjadi bagus sedikit demi sedikit… perlukan masa :-) .-= zik´s last blog ..Mampukah Malaysia menjadi Johan Piala Thomas dan Uber 2010?? =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang May 10, 2010 at 4:49 pm

      hehe.. betul tu.. jadilah diri sendiri kerana itu lebih baik dari menjadi orang lain.. (nanti kena tuduh meniru/copycat lah plak.. haha.. :P)

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • cikmin May 9, 2010 at 1:48 am

    pertama kali jumpa entri yang katakan TIDAK pada blog yang dikatakan SAMPAH..
    tak paham la sebenarnya..kalau tak suka baca..sila klik X diam2 je..
    suka baca tentang letak bermacam widget tu..dulu pun cikmin addict menda tu..siap blink2 bersinar2 blog..dalam 2 tahun macam2 perubahan ada..yang jelas perubahan yang baik..
    tak pandai nak ulas lebih jauh.. takut kang..komen camni pun dikatakan sampah..huhuhu..

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • mrsbintang May 9, 2010 at 12:07 pm

      wahh ingatkan kita jew suka blink2 ni…cikmin pun sumer erkk hihiih tulah sampai bersilau mata owang tengok blog kita banyak sangat blinknya janji kita happy kan hihihi… :lol: .-= mrsbintang´s last blog ..“sELaMaT HaRI IBU” =-.

      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang May 10, 2010 at 4:31 pm

      haha.. mana da cikmin.. komen sampah tu hanya untuk SPAMMER jer.. :P

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • Rhea May 8, 2010 at 6:16 pm

    Rhea highlitekan frasa yang fizz tulis ini :

    –> Cuba fikirkan secara halus. Seandainya artikel/karya yang kita hasilkan itu adalah berinformasi, berilmu dan memberi manfaat kepada pembaca, alangkah bangganya apabila artikel/karya kita diplagiat. Walaupun kita hilang hak sebagai pemilik asal, tetapi kita tetap berbangga kerana secara tidak langsung, info/ilmu yang kita bawakan tersebar secara meluas seterusnya menjadi tatapan/bahan rujukan semua orang. Anggaplah ia sebagai sedekah. Hidup untuk memberi. Bukankah itu satu pahala? <–

    Rhea agak bersetuju dengan perenggan ini, tetapi di sini Rhea nak mengulas bukan sebagai seorang blogger tapi sebagai seorang guru.

    Antara objektif berblog adalah untuk menyampaikan atau berkongsi ilmu dengan orang lain. Tujuan itu menyamai peranan seorang guru iaitu menyampaikan ilmu kepada orang lain.

    Kenapa kita mesti berbangga seolah-olah ilmu itu hak kita? Ilmu itu hak Allah. Kita hanya perantaraan untuk menyebarkan ilmu itu kepada ramai orang supaya mereka turut memiliki dan mengamalkan ilmu tersebut. Sepatutnya tidak timbul soal plagiat. Semakin ilmu itu disebarkan semakin bertambah pahala kita.

    Sekiranya kita memiliki sepuluh ilmu lalu diperturunkan semua ilmu itu kepada orang lain dengan ikhlas, maka kita akan mendapat ilmu yang ke sebelas dan seterusnya. Ilmu yang ada pada kita tidak akan pernah susut walaupun setelah bertahun-tahun tercurah kepada orang lain, sebaliknya Allah akan menambahkannya lagi kepada kita.

    Hadis riwayat Ibnu Majah:
    Sesiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu, maka dia mendapat pahala orang yang mengamalkan ilmu itu, pahalanya tidak kurang sedikit pun daripada pahala orang itu.

    Hadis riwayat Al-Tarmizi:
    Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikatNya serta penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang ada di dalam liangnya, dan ikan yu, semuanya memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.

    Jadi, kepada para blogger semua, fikir-fikirkan, kita menulis kerana NAMA atau kerana menyampaikan ILMU ALLAH?

    Wallahualam.

    SELAMAT HARI IBU dan SELAMAT HARI GURU.
    :)

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • kulanz May 10, 2010 at 12:13 am

      Sangat setuju… ilmu yang kita sampaikan, makin ramai orang sebarkan, makin besar pahala kita dapat..

      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang May 10, 2010 at 4:30 pm

      Thanks Rhea.. :) Betul apa yang cikgu Rhea cakapkan tu.. saye sokong!
      Tak usah pertikaikan soal hak terhadap ilmu, kerana ilmu itu hak Allah..

      Kesimpulannya..
      “Aku menulis, bukan kerna nama…” – Ramli Sarip. hehe..

      Sebelum terlupa, Selamat Hari Guru… :)

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • aizuddin May 8, 2010 at 4:53 pm

    nama pun blog yg asalnya dari ‘Web log’..lebih kurang macam diary online lah..suka hati nak buat macam mana pun..lain2 orang lain cita rasa..

    yg pasal widget tu, kita cuma mampu memberi nasihat supaya diorang tau..kita pun belajar dari bawah jugak..jangan nak terus gelar sampah..melampau tu..kalau diorang degil dan memang suka popup..kita tak payah lah datang lagi..

    ni aku nak sambung..
    Banyak blog peribadi yang aku jumpa ……………………………. sekejap pakai tudung sekejap tak pakai tudung..diorang tak tau ke yg blog diorang boleh di lawat oleh orang lain..kalau nak buat macam tu, privatekan je lah blog tu..sampah tak?

    panjang pulak aku komen, kena buat entri sendiri ni..hehe :twisted:
    .-= aizuddin´s last blog ..Laman Web Untuk Tengok Bola Online =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang May 10, 2010 at 4:01 pm

      hoho.. isu sensitip x berani nak cakap pe.. :P nnt lain jd nyee.. haha..

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    • yoy May 12, 2010 at 1:59 am

      haha..isu tudung lak sini..dorang mmg minah on off kot..hehe

      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • myebuzz.net May 8, 2010 at 3:30 pm

    Aku dan kamu.. | Blog Yang Di Sampahkan…

    [caption id= align=aligncenter width=444 caption=...][/caption] Entri ini dibuat bagi menjawab persoalan yang sering bermaEntri ini dibuat bagi menjawab persoalan yang sering bermain-main di minda teman sepermainan kita semua. Aku tak tahulah apa yang …

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  • JomBuzz.com May 8, 2010 at 3:27 pm

    Blog Yang Di Sampahkan…

    Entri ini dibuat bagi menjawab persoalan yang sering bermain-main di minda teman sepermainan kita semua. Aku tak tahulah apa yang aku terangkan ni betul atau tidak. Aku sekadar ingin memberi pendapat saja. Kalau ada yang silap, tegur-tegur lah yer……

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  • ezany May 8, 2010 at 1:24 pm

    haiya.. apa susah.. blog sampah tu maknanya blog yg cite pasal sampah ler.. niche sampah.. ekeke.. contohnya macam nak buang sampah katne.. camne nak jadi pemandu lori sampah.. dan lain2.. ngeeeee..
    .-= ezany´s last blog ..Ibu Engkaulah Ratu Hatiku =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • cikmin May 9, 2010 at 1:51 am

      wakakakak..lawak pulak baca komen dak kun ni..sabar je.. :P
      .-= cikmin´s last blog ..Untuk Mama dan Mami =-.

      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang May 10, 2010 at 4:36 pm

      kutip sampah secara online lg tau… gunakan kaedah ‘blogwalking’ pastu kutip lah ‘sampah’ kat setiap ‘umah’ yang dikunjungi.. pastu heboh ‘sampah’ tu busuk.. heehee…

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • apiih May 8, 2010 at 1:06 pm

    sungguh pnjg jawapan yg saudara ulaskan..hhuhuhu..bg aku ,aku lyn je blog smpah ke,bkn sampah ke,blog emas,newbie,tegar,otai sume aku layan..xde komplen,kalau x puas ati aku luahkan dlm hati je,xperlu ckp kat si tuan punye blog sbb akn menimbulkan perasaan x puas ati,tu bg aku lar,kalau korang sume aku xtau la..ak snyap jerk..xperlu diperbesarkan hal yg sekecil ini..hahaha :mrgreen:

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • cikmin May 9, 2010 at 1:55 am

      serius.. bes la apiih ni..sayangnya kau belum sampai blog cikmin..mesti dalam hati macam2 kau luahkan nanti.. :P
      peace!
      .-= cikmin´s last blog ..Untuk Mama dan Mami =-.

      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • hanc May 8, 2010 at 11:54 am

    salam dari hanc… iam kembali hehehehe.. hanc dah update.. tapi biasa la peribadi.. how life bro..
    .-= hanc´s last blog ..Hari ini. 12.12.2009 Bye Bye =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang May 8, 2010 at 12:37 pm

      fuyooo… 6 bulan tanpa update.. knp erk?

      life’s good.. hehe..

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • eiyda May 8, 2010 at 11:45 am

    senang cakap cam ni lah kan..kalo tak suke jgn masuk n baca..orgnyer blog orgnyer pasal arr kan..kalo blog die tu bgs dan berinfo sangt bagus arr tp xyah la nk gelarkan org lennyer blog SAMPAH!! huhu..

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang May 8, 2010 at 12:33 pm

      yup… jalan penyelesaian yang paling mudah dan tepat sekali.. x suke x yah la bace or whatever kan.. hak masing².. terpulanglah cara masing² nak tentukan hala tuju blog masing²..

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • mrsbintang May 8, 2010 at 11:19 am

    salam mrbintang..

    ermm sungguh mantap pengupasan isu tetang blog sampah ini…xsangka gak isu sebegini berlaku dalam fenomena berblogger..tp apapun bagi pendapat dinda blog sampah sebernarnya xwujud dalam dunia berblogger kerana masing2 ada gaya dan persembahan tersendiri…xperlu hipokrit jadilah diri sendiri dan bukan menjadi seperti yang orang lain mahukan..jika itu adalah diri anda yang sebenarnya.

    Kalaulah ada kategori yang dilabelkan blog sampah rasanya yang layak memasuki carta tersebut adalah blog yang hanya tahu membuat entry tentang keburukan blog orang lain dan mengaibkan blog2 yang sedia ada tul x kanda??? sebab yang sebenarnya dia xde info yg berfaedah untuk dikongsi bersama. :lol: kalau dia sendiri dah berjalan bengkok camnalah dia nak ajar orang lain berjalan lurus… :lol:

    Harap xde yg terasa hati… :wink:

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang May 8, 2010 at 11:59 am

      wa’alaikumsalam mrsbintang sayang… hihi…

      kadang² pelik gak.. nak jadi diri sendiri pun susah.. nak jadi org lain pun susah… hihi…

      betul tu dinda.. tak salah memberi teguran.. tapi jangan lah diselitkan dengan hinaan…
      suka sangat jage tepi kain owg.. tepi kain sendiri rabak.. kan? hehehe.. :P

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • DaHLia May 8, 2010 at 11:10 am

    hmmm agak2 si nyer blog dalam tong mana satu ek?? :roll:
    .-= DaHLia´s last blog ..5 Buffered Earning sedang running, tapi hanya ada 3 Ads Space di blog? =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang May 8, 2010 at 11:13 am

      si siapa erk? hehehe..

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
      • aizuddin May 8, 2010 at 4:45 pm

        typing eror kot..nak tulis sis agaknye :mrgreen:
        .-= aizuddin´s last blog ..Laman Web Untuk Tengok Bola Online =-.

        VA:F [1.9.17_1161]
        Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
        VA:F [1.9.17_1161]
        Rating: 0 (from 0 votes)
        • Mr.Bintang May 8, 2010 at 11:19 pm

          a’ah la… cepat tangkap la ko.. hehehe.. :P

          @Dahlia, blog sis x tersenarai dalam mana² tong.. :P

          VN:F [1.9.17_1161]
          Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
          VN:F [1.9.17_1161]
          Rating: 0 (from 0 votes)
  • Mr.Bintang May 8, 2010 at 3:02 am

    Blog Yang Di Sampahkan http://gengblogger.com/read/117043

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  • Tengku Elyas May 8, 2010 at 2:56 am

    RT @mrbintang: Blog Yang Di Sampahkan http://bit.ly/cGgN2c #sibintang

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  • Mr.Bintang May 8, 2010 at 2:42 am

    Blog Yang Di Sampahkan http://bit.ly/cGgN2c #sibintang

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
1 2

Previous post:

Next post: