Assalamu’alaikum semua…
Dah lama kan aku tak kemaskini blog? Apakan daya.. masalah akses internet yang sering sahaja terganggu antara sebab utama aku seakan mendiamkan diri dari berblog. Masalah Streamyx yang aku hadapi bukan baru 2 3 hari, tapi dah 2 tahun rasanya. Lama bukan? Tapi sebelum² ni masih boleh di maafkan. Talian internet masih boleh diakses tanpa sebarang gangguan walaupun kelajuan yang aku terima tidak sepadan dengan pakej yang aku bayar. Laporan telah pun dibuat, pelbagai alasan yang mereka (pihak TM) berikan. Itu 2 tahun dulu.
Hari berganti hari, bulan ke bulan.. masalah internet semakin hari semakin menjadi-jadi. Malah suatu ketika seakan sudah tenat. Tetapi, masih boleh dimaafkan lagi. Tidak membuat laporan kerana tahu penyebab utama iaitu kejadian gempa bumi yang turut merosakan sistem perkabelan dasar laut. Atau itu cuma alasan? Bersabar. Mengharapkan perkhidmatan kembali pulih seperti biasa. Alhamdulillah. Walaupun kelajuan tidak lagi seperti dulu. Semakin berkurang.
Hari demi hari aku tetap bersabar. Kelajuan pula semakin berkurang.. berkurang.. dan berkurang.. akhirnya awal tahun ini, pertama kali aku telah membuat laporan setelah kali terakhir aku berbuat demikan lebih kurang setahun atau dua tahun lepas. Aku dah lupa.. Mereka memberikan alasan kedudukan ibu sawat yang jauh dari kediaman aku dan berjanji akan menukarkan di tempat yang terdekat. Memang dekat sangat pun..lebih kurang 500meter je dari rumah aku. Kenapa tidak dari dulu lagi korang pihak TM pasang di situ? Hurmmm…
3 bulan berlalu, masalah masih lagi tidak dapat diselesaikan. Tahap kesabaran aku sudah sampai kemuncak. Mendidih…dengan talian internet yang kerap kalinya terputus, malah tidak dapat akses langsung selama beberapa jam atau hari. Segala apa yang direncanakan sudahpun terbantut. Hari demi hari aku lalui dengan penuh seksa. Sempat juga aku tidur jika terdesak sangat nak mengakses internet dengan kelajuan yang terlalu perlahan. Arghhh!! Aku dah tak tahan lagi.
Maka, di bulan Mac ini, hampir sepuluh kali aku membuat panggilan khidmat pelanggan di talian 100 TM. Lain operator, lain pula lah layanan yang diberikan. Ada yang straight to the point, ada yang masih lagi ikut manual, selalu saja nak tembak masalah dulu. Aku dah penat buat tu semua. Berulang kali pula tu. Ada juga yang memberikan alasan yang tidak masuk akal. Pening!
Semalam, aku cuba sekali lagi. Angka 100 aku dail. Setelah memperkenalkan diri, lalu aku menceritakan masalah yang aku hadapi. Segala²nya, termasuk sudah beberapa kali aku membuat laporan tetapi masalah tetap sahaja berlaku. Alhamdulillah, mudah berurusan dengan operator yang semalam. Setelah beberpa checkup, akhirnya operator memberikan alasannya tersendiri dan meminta aku menunggu untuk mereka melaksanakan proses berikutnya dan akan menelefon aku kemudian. Selang beberapa jam, talian internet langsung tidak dapat diakses dari petang semalam sehingga jam 12.35 tengah malam tadi.
Alhamdulillah, kembali laju walaupun hanya berkelajuan 1/4 dari pakej yang aku ambil. Boleh lah kalau nak surfing, walking sana sini. Sempat juga memberikan komen pada blog² rakan. Sebelum ni jangan harap nak lepas untuk memberi komen. Selalu saja failed. Sorry kengkawan kalau aku jarang meninggalkan jejak di setiap entri kalian.
Sedang aku menaip entri ni, aku mendapat panggilan dari pihak TM bertanya khabar tentang akses internet. Alhamdulillah, ambil berat jugak korang erk kat aku.. (setelah beberapa kali membuat laporan.. hahaha..) TQ.. Camni la beb.. jangan la senyap sampai berbulan².. grrr… dan hasil ujian speedtest td menunjukkan kelajuan Streamyx yang aku terima masih lagi perlahan dan pihak TM akan memantau untuk tidakkan selanjutnya. Petang ni berkemungkinan pihak TM akan memberitahu status kepada masalah ini…so…sekian sahaja entri kali ini.
Wassalam.
p/s: teruja nak kembali macam dulu, masa internet laju… hahaha…
baru nak pakai ni hikhikhik
hehe..aku yg bace pun cam mendidih jugak lau camni punye lama masalahnye..mmg tinggi sungguh kesabaranmu..syabas..nasib baik diorang dah repair yer..
Streamyx mmg ****..
.-= kertaz´s last blog ..Nak pegi ke x nak.. Hmm.. =-.
gunalah hsbb
membe aku ada 3 org keja jawab call tm
.-= Wan Perlis´s last blog ..WanPerlis – ini blog baru saya =-.