Streamyx Oh! Streamyx

Assalamu’alaikum semua…

Dah lama kan aku tak kemaskini blog? Apakan daya.. masalah akses internet yang sering sahaja terganggu antara sebab utama aku seakan mendiamkan diri dari berblog. Masalah Streamyx yang aku hadapi bukan baru 2 3 hari, tapi dah 2 tahun rasanya. Lama bukan? Tapi sebelum² ni masih boleh di maafkan. Talian internet masih boleh diakses tanpa sebarang gangguan walaupun kelajuan yang aku terima tidak sepadan dengan pakej yang aku bayar. Laporan telah pun dibuat, pelbagai alasan yang mereka (pihak TM) berikan. Itu 2 tahun dulu.

Hari berganti hari, bulan ke bulan.. masalah internet semakin hari semakin menjadi-jadi. Malah suatu ketika seakan sudah tenat. Tetapi, masih boleh dimaafkan lagi. Tidak membuat laporan kerana tahu penyebab utama iaitu kejadian gempa bumi yang turut merosakan sistem perkabelan dasar laut. Atau itu cuma alasan? Bersabar. Mengharapkan perkhidmatan kembali pulih seperti biasa. Alhamdulillah. Walaupun kelajuan tidak lagi seperti dulu. Semakin berkurang.

Hari demi hari aku tetap bersabar. Kelajuan pula semakin berkurang.. berkurang.. dan berkurang.. akhirnya awal tahun ini, pertama kali aku telah membuat laporan setelah kali terakhir aku berbuat demikan lebih kurang setahun atau dua tahun lepas. Aku dah lupa.. Mereka memberikan alasan kedudukan ibu sawat yang jauh dari kediaman aku dan berjanji akan menukarkan di tempat yang terdekat. Memang dekat sangat pun..lebih kurang 500meter je dari rumah aku. Kenapa tidak dari dulu lagi korang pihak TM pasang di situ? Hurmmm…

3 bulan berlalu, masalah masih lagi tidak dapat diselesaikan. Tahap kesabaran aku sudah sampai kemuncak. Mendidih…dengan talian internet yang kerap kalinya terputus, malah tidak dapat akses langsung selama beberapa jam atau hari. Segala apa yang direncanakan sudahpun terbantut. Hari demi hari aku lalui dengan penuh seksa. Sempat juga aku tidur jika terdesak sangat nak mengakses internet dengan kelajuan yang terlalu perlahan. Arghhh!! Aku dah tak tahan lagi.

Maka, di bulan Mac ini, hampir sepuluh kali aku membuat panggilan khidmat pelanggan di talian 100 TM. Lain operator, lain pula lah layanan yang diberikan. Ada yang straight to the point, ada yang masih lagi ikut manual, selalu saja nak tembak masalah dulu. Aku dah penat buat tu semua. Berulang kali pula tu. Ada juga yang memberikan alasan yang tidak masuk akal. Pening!

Semalam, aku cuba sekali lagi. Angka 100 aku dail. Setelah memperkenalkan diri, lalu aku menceritakan masalah yang aku hadapi. Segala²nya, termasuk sudah beberapa kali aku membuat laporan tetapi masalah tetap sahaja berlaku. Alhamdulillah, mudah berurusan dengan operator yang semalam. Setelah beberpa checkup, akhirnya operator memberikan alasannya tersendiri dan meminta aku menunggu untuk mereka melaksanakan proses berikutnya dan akan menelefon aku kemudian. Selang beberapa jam, talian internet langsung tidak dapat diakses dari petang semalam sehingga jam 12.35 tengah malam tadi.

Alhamdulillah, kembali laju walaupun hanya berkelajuan 1/4 dari pakej yang aku ambil. Boleh lah kalau nak surfing, walking sana sini. Sempat juga memberikan komen pada blog² rakan. Sebelum ni jangan harap nak lepas untuk memberi komen. Selalu saja failed. Sorry kengkawan kalau aku jarang meninggalkan jejak di setiap entri kalian.

Sedang aku menaip entri ni, aku mendapat panggilan dari pihak TM bertanya khabar tentang akses internet. Alhamdulillah, ambil berat jugak korang erk kat aku.. (setelah beberapa kali membuat laporan.. hahaha..) TQ.. Camni la beb.. jangan la senyap sampai berbulan².. grrr… dan hasil ujian speedtest td menunjukkan kelajuan Streamyx yang aku terima masih lagi perlahan dan pihak TM akan memantau untuk tidakkan selanjutnya. Petang ni berkemungkinan pihak TM akan memberitahu status kepada masalah ini…so…sekian sahaja entri kali ini.

Wassalam.

p/s: teruja nak kembali macam dulu, masa internet laju… hahaha…

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.

  • Frantz-Senpai March 27, 2010 at 2:35 pm

    satu saje komen.. screamyx.. powered by tmNut
    .-= Frantz-Senpai´s last blog ..Ping: Ketahui Prestasi Server =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  • [...] This post was mentioned on Twitter by Mr.Bintang, Mr.Bintang. Mr.Bintang said: Streamyx Oh! Streamyx http://bit.ly/casZoA [...]

  • Amir March 26, 2010 at 10:10 pm

    tension ar kalo internet slow. nak update blog pun xde mood. nanti nak try guna streamyx. dulu guna celcom berukband,
    .-= Amir´s last blog ..Derita blog kehabisan bandwidth =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  • joegrimjow March 26, 2010 at 8:23 pm

    kelajuan tenet kat sini masih best untuk di banggakan
    hehe

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang March 26, 2010 at 9:47 pm

      ko kat ne weh? Ulu Klang ke? hehehe.. :P

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • mieran March 26, 2010 at 7:46 pm

    streamyx selalu wt hal ke bro?

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang March 26, 2010 at 9:44 pm

      selalu je wat hal.. tensen tul.. hihi~

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • Mr.Bintang March 26, 2010 at 12:18 pm

    Streamyx Oh! Streamyx http://gengblogger.com/read/65801

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  • seri March 26, 2010 at 4:24 am

    sama juga ngan seri streamyx sekarang tak macam dulu kelajuannya turun hampir 60%. nak tengok video online pon sangkut2. boleh dikataan hampir setiap bulan telepon kat dia orang.
    .-= seri´s last blog ..Kurik Kundi Merah Saga ( Kasih Sayang/Cinta H ) =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang March 26, 2010 at 9:46 pm

      tu lah.. tension kan? nak wat keje pun x leh.. :(

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • Nine March 26, 2010 at 3:22 am

    dah ok nih bagusla bro..hmm hmm ko amik pakej yg bape sebulan bro ?

    aku yg rm60 jer..tapi laju alhamdullilah lah..

    aku lak skrg kat atas dapat, line bawah tak dapat, dekat sebulan dah…bawah pakai modem dial up billion tuh.. :roll:
    .-= Nine´s last blog ..Apa Itu RSS (Really Simple Syndication) ?? =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang March 26, 2010 at 9:45 pm

      sepatutnya RM66 la.. tp disebabkan aku guna line prepaid.. kena tambah RM18, maka setiap bulan aku bayar RM84. tp cam x berbaloi je… bayar mahal² dpt kurang.. grrr…

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • syin March 25, 2010 at 9:36 am

    rumah aku pernah gak terjadi…tapi xde la sampai mengambil masa lama…………

    sekadar cukup2 download video dekat youtube tu blh la… :-P :-P

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang March 25, 2010 at 10:45 am

      ok lagi la tu.. aku x leh langsung.. hehe…

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • mr superman March 25, 2010 at 9:11 am

    2la bro.. ak pun dh tensen line asek wt hal.. nk bw punya la susah..

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang March 25, 2010 at 10:43 am

      tu la pasal.. sblm ni aku bw kuar separuh² je blog.. lagi² blog berat.. aduhh… tensen jer..

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • Apih March 25, 2010 at 1:08 am

    hoho.. ku sangkakan broadband je yg masalah.. strimix pn sama eh..
    .-= Apih´s last blog ..Terima Kasih @ Thank You =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang March 25, 2010 at 10:41 am

      2 x 5 jer… haha..

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • mohdisa March 24, 2010 at 10:49 pm

    subscribe jerk broadband…wimax tak dapat lagi ke sini? aku rasa kangar dah ada…hehe
    .-= mohdisa´s last blog ..Antara Ada Dan Tiada Rezeki =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang March 25, 2010 at 10:40 am

      ntah la.. rasanya dah ada kot wimax tu.. tngklah dulu camne.. nak subscribe pun aku tngh kegawatan ekonomi je skrg nih.. hahaha.. so wat masa skrg ni aku stay ngan stimix je lah dulu… :)

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
      • mohdisa March 27, 2010 at 2:43 am

        haha, sabar jelah…nak tgu HSSB lambat lg…2012 baru ada kat perlis…what the hell…haha…banyak gak iklan kat blog ko ni…:)
        .-= mohdisa´s last blog ..7 Kesalahan Yang Boleh Membunuh Sebuah Blog WordPress =-.

        VA:F [1.9.17_1161]
        Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
        VA:F [1.9.17_1161]
        Rating: 0 (from 0 votes)
  • zoul March 24, 2010 at 8:28 pm

    Aku rasa kan.. semua memang ada masalah.. dr stimix sampailah berokben semuanya harap spec dalam kertas jer.. actualnya…. hampeh…
    Ada sesekali aku punya stimix memang tersangat lah lajunya.. tp biasanya laju suam2 kuku jer…
    .-= zoul´s last blog ..Blogger VS MLM =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang March 25, 2010 at 10:27 am

      2 x 5 5 x 2 gak la ISP² yg ada kat Malaysia nih.. hehehe..

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • AyieBlog March 24, 2010 at 7:31 pm

    salam,bro sabarlah semalam ayie pun mengalami gangu,berkat usaha kawan ayie budak Tm masalah dapat diatasi..server mereka ada masalah 2.. muhaha :oops:

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang March 25, 2010 at 10:24 am

      w’salam ayie.. kan best kalau ada member technician TM.. senang skit berurusan… hahaha.. ape² hal cari je diowg.. hehehe..
      mcm aku ni asik nak kena wat report je.. benda yg sama lak tu.. aduhhh…~

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • - azizwan - March 24, 2010 at 7:29 pm

    huhu.. tak habis2 no prob streamyx bro ni.. klau kena kat aku, dah sah2 aku pergi pej TM buat report.. biar depa buat kerja sket. huhu..

    smoga lps ni smuanya akan OK la yer supaya smuanya berjalan dgn lancar. yay! :mrgreen:

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang March 25, 2010 at 10:22 am

      biasa lah wan… aku dah wat dah aritu.. tp mcm tu gak.. malas lah nak ulang alik g tmpoint.. tepon je teruss.. tepon je bnyk kali biar diowg jemu nak jawab.. asik² org yg sama call diowg.. hahaha.. baru la nak bergerak.. tp tensen gak la.. lmbt tul diorg bertindak..

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • a1zudd1n March 24, 2010 at 2:39 pm

    cerita pasal stimix ag..huhu..harap2 service dyorg akan lebih mantop..tak kan nak guna berukband kot?hoho
    .-= a1zudd1n´s last blog ..Apa Rafidah Ibrahim Ajar Aku Blogging? =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang March 25, 2010 at 10:19 am

      yup.. semoga service diorg lebih mantoop pasni! hehe.. :P

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • azizan4444 March 24, 2010 at 1:27 pm

    bila aku bace entri ko..hasrat aku nk pakai stimix skng berada pd thp 50-50..tp aku tahu..stimix ttp terbaik setakat ni.hehe
    .-= azizan4444´s last blog ..Red Card – Setan Junior? Isk! Isk! Isk! =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang March 25, 2010 at 10:13 am

      Streamyx ok dan terbaik sebenarnya kalau kena pada tempatnya.. kalau kat bandar² pesat laju je diorg..
      kalau kat tmpt ko sure ok punya lah.. hehehe.. :P

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • apiih March 24, 2010 at 12:48 pm

    semoga line sentiasa laju san sentiasa tidak putus…uhuhuhu :-D .-= apiih´s last blog ..Hotel Di Atas Awan!! =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang March 25, 2010 at 10:08 am

      mudah-mudahan… hehe..

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • wazy March 24, 2010 at 10:13 am

    Hmm kita senasib la bro,banyak kali call 100,sampai semua operator kenal ,kene banyak bersabar je la
    .-= wazy´s last blog ..Streamyx Oh Streamyx Part 2 =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Mr.Bintang March 25, 2010 at 10:07 am

      sabar itu separuh daripada iman… hehe.. tp tu lah.. kadang² hilang sabar gak dibuatnya.. huuuu~

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
    • lizz March 27, 2010 at 9:00 am

      biarkan kol sampai 1000 kali pun.bagi diorang stress. ahahaha. beri servis tapi maintenance nyer hampeh
      .-= lizz´s last blog ..Jual Kondom Dah Macam Jual Gula-gula! =-.

      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  • Mr.Bintang March 24, 2010 at 2:04 am

    Streamyx Oh! Streamyx http://bit.ly/casZoA

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
1 2

Previous post:

Next post: