“Win32/Virut is a family of file infecting viruses that target and infect .EXE and .SCR files accessed on infected systems. Win32/Virut also opens a backdoor by connecting to an IRC server, allowing a remote attacker to download and run files on the infected computer.” – Microsoft
Kalau dah kena memang tak boleh nak buat apa kot. Kalau ikut cara aku, reinstall windows adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Sebab virus dah kacau fail sistem, pandai-pandai nanti lain pula jadinya. Macam yang telah terjadi pada aku hari ni.
Bermula petang semalam hingga petang tadi, aku kira ada lah dalam 3 hingga 4 atau 5 kali aku reinstall windows. Tapi tak sia-sia lah 3 – 4 kali tu. Secara sambilan aku siasat pergerakan virus jahanam tu. Rupanya memang, pandai betul sembunyi di sebalik file .exe untuk aplikasi² yang selalu aku gunakan. Sekali ter’activate’, habis PC aku!
Aku nak cakap banyak pun tak guna, jom aku share kat korang macam mana aku setlekan benda ni.
First sekali, PC korang mestilah ada virus. Hahaha.. Virus kritikal lah kot, kalau yang biasa-biasa tu scan jer dengan AV korang. Virus kritikal tu virus yang menjahanamkan Windows korang.
Second, bila Windows korang dah jahanam, maka jom buat fresh installing Windows tersebut. Sebelum tu backup lah dulu ya.
Seterusnya, dah selesai reinstall windows, jangan terus menerus nak gunakan partition lain (kalau ada). Sebab virus jenis parasit ni dah ready kat dalam tu. Install Antivirus terlebih dahulu, ikut lah nak guna apa pun. Tapi aku guna AVG Antivirus Free Version je. Mudah dan senang diurus berbanding AV yang lain. Apa²pun, bergantunglah pada keselesaan korang.
Kemudian, lakukan proses scanning terhadap partition yang dijangkiti Virut tu.
Ooops!! Sebelum tu, kalau korang adalah Web Developer or yang suka-suki buat web atau blog offline ke atau apa² sahaja yang berkaitan dengan web, sila pastikan korang tetapkan untuk tidak memadam secara automatik pada AV korang. Aku dah kena beb! Habis fail² programming HTML dan PHP projek aku disentap oleh AV sebab terdetect sebagai virus HTML/Framer. Apa nak buat, nasi dah jadi bubur.
Setelah selesai mengimbas, teliti kesemuanya, kalau korang rasa nak restore semula fail HTML/PHP korang yang terdetect sebagai HTML/Framer, restore je lah. Aku rasa tak bahaya sangat kot HTML/Framer tu. Yang lain, korang buat lah apa yang patut, nak buang atau kuarintin. Berdasarkan apa yang disarankan AV tersebut.
Sekian sahaja entri aku kali ni. Wassalam.
Nota Lega: Ringan sikit Windows aku kali ni, tengok lah lepas ni, sure berat balik. :P
aku kalau kena cmtu, sure xtau nk watpe dh..last2 hantar kedai je..hehe
PC aku jarang ada AV bro, auto delete tu punya pasallah, ari tu penat-penat buat program guna VB script tetiba dipadam oleh sesuka hati ole AV…
akupun kalau ada problem yg berat mmg reinstall lah jawabnya..
.-= kulanz´s last blog ..Apakah Wajar Elaun Pedalaman Ditambah? =-.
betul kata a1zudd1n tu,lagi elok stanby backup dokumen-dokumen penting ,lepas tu reformat kedua-dua partition di dalam hard disk,terus settle masalah ni
.-= wazy´s last blog ..Comment on Convert Genius v3.0 Release by wazy =-.
cadangnya mmg aku nak format smua partition yang aku ada.. tapi aku x dpt nk backup smua.. sbb file² aku bnyk giler.. hahaha.. nak buang sayang.. x buang abis kene telan.. :P HD pun ciput je… ingt nak rembat 160GB lak pasni..
kalau dah serabut sangat..format adalah jalan terbaik..hehe
.-= a1zudd1n´s last blog ..Hukum Menyertai Nuffnang, Advertlets Dan … =-.
yup.. itu je yg aku slalu buat.. malas nak pikir banyak.. hehehe..
[...] This post was mentioned on Twitter by Mr.Bintang. Mr.Bintang said: Diserang Win32/Virut http://gengblogger.com/read/70320 [...]
uiisshh..bahaya kalau kene virus nih,selalunye punca virus nie tersebar melalui ape?aku dah la malas nk format2 lappy nih,kalau kena mmg menangis ar,dah la byk plak tu menda lam lappy nih,kalau format mmg………………………….ahaha…backup pon x buat ape nih…huhuhuhu
.-= apiih´s last blog ..Batu-Bata!! =-.
majority mengatakan pendrive dan internet… so.. beware! hehehe… :P
sediakan hujan sebelum payung..
cmne virus tu bleh masuk? aku pkai avira.. syukur setakat ni blom ade ape2 virus berjaya masuk..
.-= Anarm´s last blog ..Buang Widgeo.. Elakkan benda tak perlu di blog =-.
last time aku buat masa pc aku ada masalah mobo, aku slavekan hard disk aku ni kat PC aku yg satu lg.. PC tu adik aku yg guna.. mmg ‘macam²’ dah dalam tu.. aku malas nk setlekan PC aku yg satu tu sbb dah penat.. bnyk kali clean pun still penuh virus.. banyak sngt tangan yg guna..
so.. lepas dpt mobo baru.. transfer balik HD aku kat PC aku.. haha.. masa tu lah jadi..
Diserang Win32/Virut http://gengblogger.com/read/70320