WordPress (Self-Hosting) Kini Dalam Bahasa Melayu!

by Mr.Bintang on January 8, 2010

*****

Salam Jumaat semua.. :)

Mungkin ada yang sudah tahu mengenai apa yang bakal aku infokan nanti. Untuk pengetahuan bagi yang masih belum mengetahui, WordPress (self-hosting) sekarang ini juga boleh didapati dalam versi Bahasa Melayu. Ini agak lebih memudahkan bagi pengguna yang kurang mahir dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Tetapi aku yakin korang semua ‘A’ dalam Bahasa Inggeris kan? Hehe..

Penggunaan Bahasa Melayu dalam WordPress boleh dilihat pada Papan Pemuka (Dashboard), iaitu ruang pentadbiran kita sebagai blogger. Korang akan dapati segala²nya telah dialihbahasakan kepada bahasa ibunda kita. Korang boleh perhatikan screenshot di bawah ini.

Wordpress 2.9.1 Versi Bahasa Melayu



Menarik bukan? Kita sebelum ni sudah terbiasa dengan versi yang asli tetapi agak kelakar dan janggal pula bila dialihbahasakan. Kalau korang nak tahu cubalah sendiri ya!

Kepada yang ingin mencuba, bolehlah memuat turun WordPress 2.9.1 versi bahasa ibunda kita di sini. Bagi pemasangan kali pertama, lakukan seperti mana korang memasang WordPress versi asli secara manual. Kalau tidak faham, baca ‘readme.html’ yang disediakan dalam pakej.

Bagi pengguna versi asli yang ingin bertukar ke versi Bahasa Melayu pula, langkah berikut adalah diperlukan:

  1. Hapuskan semua fail WP yang lama, kecuali folder wp-content dan fail wp-config.php.
  2. Muat naik fail-fail baru (overwrite jika ditanya).
  3. Muat-turun wp-config.php dan buka dengan menggunakan Notepad atau Notepad++ (adalah digalakkan).
  4. Cari kod define ('WPLANG', '');
  5. Tukarkan kod tersebut kepada define ('WPLANG', 'ms_MY');
  6. Simpan dan muat-naik semula ke server (overwrite file asal).
  7. Arahkan pelayar web anda kepada http://domain.korang/wp-admin/upgrade.php. Langkah ini adalah bagi peningkatan (upgrade) daripada mana-mana versi WordPress yang terdahulu kepada versi 2.9.1

Selamat Mencuba!

Nota Gagal: Azam aku seterusnya awal² lagi dah tak tercapai. :( Cadang nak beli domain sebagai hadiah harijadi aku sendiri + ada projek nak buat guna domain tu! Tapi tak kesampaian atas faktor² tertentu. Hurmmm…

{ 3 trackbacks }

Denaihati WordPress
January 8, 2010 at 4:59 am
DenaiHati WordPress
January 8, 2010 at 12:59 pm
negaraku.net MALAYSIA
January 8, 2010 at 6:55 pm

{ 20 comments… read them below or add one }

1 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows
Twitter:
January 8, 2010 at 11:01 am

hoho, dah ada bahasa melayu lah pula. tp aku suka menggunakan english version punya. lebih mudah difahami. kalau dah dialih bahasa, lain plak bunyinya. tak menarik. hehe
mohdisa´s last blog ..Pari-Pari Gigi My ComLuv Profile

Reply

2 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 8, 2010 at 12:03 pm

a’ah.. amat sukar lah pulah kalau yang guna versi bahasa ni nak rujuk tutorial wordpress versi english.. jenuh otak nak translate semula.. haha..

Reply

3 Kujie MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 8, 2010 at 11:09 am

samalah masa mula2 blogger keluarkan visi bahasa melayu tu…dok cari buttong tak jumpa – otak tak dapat nak translate sebab dah biasa.

tapi banggalah juga sebab wordpress ada keinginan memenuhi keperluan bahasa melayu walaupun ada beberapa perkataan nampak keindonesiaan. tapi masih bahasa melayu cuma kita saja yang jarang menggunakan perkataan tersebut.
Kujie´s last blog ..Laman web Badan Kehakiman Malaysia digodam My ComLuv Profile

Reply

4 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 8, 2010 at 4:32 pm

betul tu…kebanyakan perkataan yang diguna kita jarang guna dan mungkin tak pernah tahu pun.. tp mcm mana kita boleh faham bila perkataan tu dalam bahasa inggeris erk? hehe..

Reply

5 amirulfaiz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 8, 2010 at 11:53 am

Waahh… saya terkagum sungguh kecanggihan layout blog ini.. boleh tunjuk ajar tak? :wink:
amirulfaiz´s last blog ..Bye bye Nasirah. My ComLuv Profile

Reply

6 kenwooi UNITED KINGDOM Mozilla Firefox Windows January 8, 2010 at 12:03 pm

cool. it’s nice to accommodate different languages =)
kenwooi´s last blog ..Kenwooi Toaster On Sale! My ComLuv Profile

Reply

7 mrsbintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 8, 2010 at 12:26 pm

Lebih selesa guna B.I kot sebab dah terbiasa kekadang perkataan Melayu ni serupa ngn perkataan indon kekadang pelik sikit hihi..cuba tukar bahasa hpone anda ke bahasa Melayu suree biol jadinya ..tp kat wordpress ni rasanya dia lebih cenderung pada bahasa komputer..so xlah susah sangatkan…agak2 kalau wordpress dinda di alih bahasa apa akan jadi erkkk… :roll:
mrsbintang´s last blog ..HappY BesDaY tO u My LOve My ComLuv Profile

Reply

8 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 8, 2010 at 5:01 pm

A’ah.. kita lebih faham BI tapi ada satu ketika, kita faham BI bila nak translate ke BM tak tau lak makna dia kan dinda? hihi..

sebenarnya kanda dah try dah kat blog dinda.. tp kanda x ubah lagi koding kat atas tu.. so x jadi lagi lah.. :P

Reply

9 denaihati MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 8, 2010 at 12:54 pm

Wah ini power juga cuma kadang2 dah terbiasa bahasa E bila guna bahasa M jadi konfuse.
denaihati´s last blog ..Selamat datang ke rumah baru Denaihati My ComLuv Profile

Reply

10 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 8, 2010 at 5:25 pm

aku guna kat localhost pun dah terkonfius.. haha.. sbb perkataan bahasa melayu tu jarang kita nampak apatah lagi menggunakannya..

Reply

11 GM MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 9, 2010 at 3:40 am

Cam janggal je guna bahasa melayu untuk set wordpress.. Macam bahasa komputer yang tak boleh tukar kat bahasa melayu pun ada.. :D
GM´s last blog ..Kenapa Sprocket Anda Cepat Habis My ComLuv Profile

Reply

12 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 9, 2010 at 1:35 pm

mmg janggal pun.. hehee.. bahasa dia cam x pernah jumpa dalam kamus.. hahaha..

Reply

13 blinkkky MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 9, 2010 at 3:51 am

Lepas ni lebih banyak blog dalam Bahasa Melayu =)
blinkkky´s last blog ..Avatar: The Last Airbender Wallpapers My ComLuv Profile

Reply

14 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 9, 2010 at 1:40 pm

skrg ni pun dah banyak blog Bahasa Melayu.. =)
bukan blog kot maksud ko.. platform rasanya.. hehe..

Reply

15 zikr the jalanan sepi MALAYSIA Mozilla Firefox Windows
Twitter:
January 9, 2010 at 4:17 pm

erm…bagus juga ada bahasa melayu nie..tapi prefer english la, katanya nak improve english.. hehe
zikr the jalanan sepi´s last blog ..Email pilihan zik (keluhan seorang peniaga). My ComLuv Profile

Reply

16 x-po MALAYSIA Mozilla Firefox Windows
Twitter:
January 9, 2010 at 8:26 pm

bro, nnt bila aku nk tkr pakai hosting sndiri, ko tlg ajarkan aku ye..hehe nnt aku blnja la mnum kopi kt kangar tu..hoho
x-po´s last blog ..AKU TAK NAK JADI MACAM SI CAPIK My ComLuv Profile

Reply

17 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 9, 2010 at 8:30 pm

InsyaAllah… :wink:
kopi je ke? haha.. aku no hal.. hohoho.. :lol:

Reply

18 Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 10, 2010 at 5:19 pm

mantap info nih bro…cayalah…hehe..aku suka….leh aku kaji nanti bila beli hosting..

lawa blog ko nih..ko pandai design ek….keren giteww..hehe… :mrgreen:
Nine´s last blog ..Blog Anda Di Hack ? Membuat Backup Cara Mudah My ComLuv Profile

Reply

19 yanmie MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 11, 2010 at 4:20 pm

salam,

walaupun x terer sgt BI tapi lebih suka guna dashboard dlm BI…hehehe :mrgreen:

Reply

20 Luth Textile MALAYSIA Google Chrome Windows
Twitter:
January 13, 2010 at 11:27 pm

macam best.. tapi takut janggal.. masih selesa dgn english..
Luth Textile´s last blog ..5 Fesyen tudung zaman sekarang My ComLuv Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!:

Previous post:

Next post: