Tragedi Berdarah, Aku Kehilangan Lagi

by Mr.Bintang on January 3, 2010

*****

Dia sangat lincah. Cerdik. Sangat manja. Tubuhnya kecil. Comel.

Tatkala aku berteriak memanggilnya, telinga panjangnya bergerak-gerak menangkap suaraku. Biarpun jauh, dia segera berlari mendapatkanku. Berdiri. Bila aku sedang makan, dia memanjat tubuhku, menghidu mulutku. Di hadapanku, dia berdiri comel. Berharap, agar diberi suapan. Lucu! Jari jemariku dijamah, menikmati rasa makanan yang tersisa. Gelihati melihat telatahnya. Bila aku terasa sunyi, dialah sebagai teman penghibur hati. Dialah teman sebelum tidurku. Aku peluk. Aku cium. Pandang matanya, dan bercakap dengannya seolah-olah dia mengerti.

Kini, kenangan itu hanya tinggal kenangan. Si comel yang dahulunya aku peluk, aku cium dan aku belai dengan penuh kasih sayang, menghembuskan nafas terakhir dihadapanku petang tadi. Sayu hati melihat matanya, seakan berlinangan air mata di saat dia pergi meninggalkanku. Meronta-ronta kesakitan. Suara kecilnya menusuk hati. Sebak dada aku. Terbayang di saat dia masih hidup. Kini, tiada lagi si manja yang sentiasa ‘menyahut’ panggilanku. Tiada lagi kelincahannya yang sentiasa menghiburkan hati.

*** Aku menangis! ***

Kematiannya sudah dijangka. Kesakitan yang ditanggungnya akibat luka digigit kucing jiran malam semalam (2hb Januari, sekitar 9 malam). Darahnya di bawah meja ruang depan rumah masih belum di lap sehingga entri ini tertulis. Tragedi berdarah itu mengulangi apa yang berlaku kepada 2 ekor lagi arnab comel kesayanganku pada awal pagi hari yang sama dan beberapa hari lepas. Kesemuanya mati oleh kucing yang sama!

Geram! Marah! Kesal! Untuk apa? Semuanya sudah terjadi… Entah lah… Aku sedih! Aku rindu! :’(

{ 2 trackbacks }

IMCurtain.com MALAYSIA
January 4, 2010 at 11:56 am
negaraku.net MALAYSIA
January 4, 2010 at 2:35 pm

{ 44 comments… read them below or add one }

1 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows
Twitter:
January 3, 2010 at 8:07 pm

bro, jgn sedih. setiap yg hidup akan pergi juga. aku faham perasaan ko, kucing aku dlu pun mati kena langgar. tp nak wat cam man. jgn sedih ye bro. :)
mohdisa´s last blog ..Astro B.yond Bloggers Night dan Menangi HDTV 32″ daripada LG My ComLuv Profile

Reply

2 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 3, 2010 at 8:19 pm

Serius aku ckp.. tngk pic arnab aku tu pun dah bergenang dah mata aku ni.. adehh.. jgn risau la.. aku steady je ni… biasa lah, masih baru.. esok ok lah aku ni.. :) hihi..

Reply

3 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows
Twitter:
January 3, 2010 at 10:39 pm

haha…sabar je bro…nnt aku hadiahkan yang baru…nak? hehe
mohdisa´s last blog ..Wang Tunai RM13000 Untuk Dimenangi My ComLuv Profile

Reply

4 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 3, 2010 at 10:47 pm

hahaha… x kan sama yang pergi…
x pe lah.. ade lagi 3 eko yg kecik² :P 22 eko kat luar.. dah besar.. sebelum ni pun dekat 200 eko.. disebabkan kene penyakit + kesejukan disebabkan musim hujan.. cuma 22 eko je yg bertahan.. :(
tp yg mati tu special.. sbb tu la terasa dia x de… isk… :(

Reply

5 Lady Nass MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 4, 2010 at 1:06 pm

kucing aku mati dalam keadaan yang aku sendiri tak tahu.setelah 10 tahun bersama aku, dia tiba-tiba hilang selera makan, duduk aje atas sofa menonton tv.

Esoknya,dia hilang membawa diri. Terus tak jumpa sampai hari ini. Aku harap dia menunggu aku di pintu syurga. Amin. :-|

6 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows
Twitter:
January 4, 2010 at 10:53 pm

ko menternak ke belaan saja? gilalah smpi 200 ekor. huhu
mohdisa´s last blog ..Seks Bebas Semakin Meningkat Di Negara Kita My ComLuv Profile

7 CypherHackz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 3, 2010 at 8:51 pm

Macam mana sampai boleh terlepas dekat rumah sebelah pulak? Kau tak kurung ke arnab kau tu?

Reply

8 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 3, 2010 at 9:29 pm

x de lah.. arnab aku tu bebas dalam umah.. kucing jiran tu je.. ntah mcm mana dia menyelinap masuk terus sambar arnab aku yang tngh menjamu selera.. awal pagi 1.. malam pun 1.. beberapa hari seblm ni pun 1.. tiga kali kucing tu putih mata.. sbb aku dah berjaya rampas balik arnab yang dia ngap tuh.. siot tul lah.. >.<

Reply

9 ariff RUSSIAN FEDERATION Mozilla Firefox Windows
Twitter:
January 3, 2010 at 8:55 pm

hm. dulu arnab ngan kucing aku elok je main sama2
ariff´s last blog ..Permulaan Dekad Baru My ComLuv Profile

Reply

10 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 3, 2010 at 9:35 pm

aku ada gak kucing kat umah.. tp kucing umah x kacau arnab.. main² ada la.. kucing luar je yang terus ngap… geram tul aku… baru jap td, kucing tu dah ready kat depan pintu.. nak intai peluang lagi.. hidup berani untuk gagal tul lah kucing tuh.. -___-”

Reply

11 KNizam PAKISTAN Mozilla Firefox Windows January 3, 2010 at 9:19 pm

salam takziah ya

Reply

12 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 3, 2010 at 9:41 pm

thanks bro KNizam..
uiks.. ko kat Pakistan lagi ke bro? bile nak balik.. hehehe..
hati² kat sana.. mcm² leh jadi… :)

Reply

13 Taufik SM MALAYSIA Google Chrome Windows January 3, 2010 at 10:49 pm

salam takziah juga…
Taufik SM´s last blog ..(Tragis) Senarai Artis Malaysia yg meninggal dunia sepanjang 2009! My ComLuv Profile

Reply

14 tED| MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 3, 2010 at 11:01 pm

tidak semua kucing makan arnab.
kucing aku suka berkawan dengan arnab jiran sebelah walau selalu di salah erti oleh jiran aku.

Mereka ingat kucing aku mahu makan dan gigit arnab. Aku sentiasa perhatikan. Kucing sekadar mengetuk2 kepala arnab dengan kakinya,

Tetapi tidak aku nafikan ada segelintir kucing yang makan dan bergaduh dengan arnab! Sebab arnab sekali imbas macam rupa mereka juga,

Takziah untuk kamu atas kehilangan!
tED|´s last blog ..MaaF! WaLaupuN aKu T|Dak LayaK UnTuk D| MaaF|… My ComLuv Profile

Reply

15 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 4, 2010 at 12:37 am

yup tul tu… btul ckp ko…
mcm kucing aku gak la.. berkawan ngan arnab..
kadang² tu makan pun sepinggan…
just kucing luar je yg slalu buat hal.. :(

apa² pun thanks ya.. :)

Reply

16 chokilala MALAYSIA Google Chrome Windows January 3, 2010 at 11:21 pm

lorr. ni ke sebab u nanges. ingat nape la. salam takziah ye fifi. i xde arnab, xde pengalaman le.. :roll:
chokilala´s last blog ..Cara Block Aplikasi Pillow Fight di Facebook My ComLuv Profile

Reply

17 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 4, 2010 at 12:43 am

ye lah.. sampai sekarang i x leh nak lupakan yg special tu.. terbayang² dia berlari² dtg kat i.. slalu kalau i panggil.. dia je yg dulu sampai kat i.. td i tngh makan pun t’ingt kat dia sbb slalunya dia akan sibuk² kejar i.. nak makan skali.. sekarang dia dah x de… terasa sangat kehilangan dia.. :’( ni nk balas komen u pun i da nanges lagi.. adoi…~ hehehe.. thanks lala.. :)

Reply

18 eyriqazz MALAYSIA Google Chrome Windows January 3, 2010 at 11:28 pm

Takziah..arnab itu mmg comel..
eyriqazz´s last blog ..DiGi Internet brings you the Pimp My Day Challenge My ComLuv Profile

Reply

19 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 4, 2010 at 12:43 am

yup.. mmg comey.. cam tuan dia gak.. hihihi.. :P

Reply

20 aidi-safuan MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 3, 2010 at 11:51 pm

alahai.sedey jerk.
da carik pengganti ke blom?
aidi-safuan´s last blog ..Twilight Jacob? Twilight Edward? Stop admiring them Girls! My ComLuv Profile

Reply

21 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 4, 2010 at 12:46 am

peganti ada.. tp x kan sama dengan yang dalam pic tu.. so special.. :(

Reply

22 bloginformasi FINLAND Mozilla Firefox Windows January 4, 2010 at 9:22 am

Serius sedih kalau kematian pet ni. Dulu ada bela kucing. Tiba-tiba mati. Nak ganti yang lain bukannya senang. Sekarang dah ada yang baru. Bulat namanya.
bloginformasi´s last blog ..Bola Rasmi Piala Dunia 2010 My ComLuv Profile

Reply

23 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 4, 2010 at 1:20 pm

tul tu.. sebab kita dah biasa dengan dia..dah mcm keluarga dah pun.. so.. terasa la bile dia dah x de.. :(

hihi.. bulat tu sure montel kan? :P

Reply

24 ezany MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 4, 2010 at 9:45 am

takziah..

tak tau pulak aku yg kucing makan arnab.. selera besar btul kucing tu.. lain kali ko nampak.. sekeh jer la.. kasi la tau kat jiran sbelah tu.. mungkin dia tak kasi kucing tu makan yg ckp kot.. kalau camtu takyah la bela kucing..
ezany´s last blog ..Membuka Fungsi Add A Gadget My ComLuv Profile

Reply

25 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 4, 2010 at 1:22 pm

mungkin la.. x di kasi makan.. tuan ape la camtu kan?

tp kan.. jiran ada bela arnab gak.. abis semua dia sental.. hehe.. sbb tu la dah kene tambat sekali aritu ni.. ikat kat pokok.. jiran punya kerja.. hahaha..

Reply

26 oh!dawie MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 4, 2010 at 2:06 pm

Salam takziah utk ko bro..jgn sedey2..hepi la sket..xlame lg kte nk smbut bufday..hoho.Lupe lak,aku dpt baucar RM 300 utk karoke kt Red Box..best woo..jom karoke..
oh!dawie´s last blog ..Happy New Year 2010 My ComLuv Profile

Reply

27 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 4, 2010 at 2:27 pm

hehe.. ye ye.. ko dah sediakan hadiah tak untuk aku? wakakakaka..
alaa.. sore aku x sedap… kalau nak karoke pun kat ne? aku sure x dpt g.. sbb jauh.. :P

Reply

28 azizan4444 MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 4, 2010 at 2:25 pm

jgn sedey2 bro..

aku x heran la klu kucing mkn arnab..sbb kucing ni jenis karnivor…yg aku plik zaman skng,mnusia mkn sndri..tu lg aneh…hahaha

arnab tu bpe lame da ko bela bro?mesti pedih kehilangannya..jiran aku ada gak bela kucing,tp xde la nakal..name kucing die fasha..damn…

Reply

29 azizan4444 MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 4, 2010 at 2:29 pm

manusia mkn manusia la..ap plk manusia mkn sndri..yg tu mmg x plik la kn.hahahaha..

xpe bro,janji bintang hati msh ada..ekekee

Reply

30 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 4, 2010 at 2:38 pm

hahahaha.. nasib baik aku x perasan ko silap.. pelik gile manusia makan sendiri kan? :P ekekeke..

ye. bintang hati tetap kat hati.. :oops:

Reply

31 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 4, 2010 at 2:32 pm

perghh.. fasha… fasha sendat ke? sure kucing tu betina kan? :P

x de la lama sngt.. 4-5 bulan camtu.. ye lah.. dari kecik aku jaga dia… sejak dia putus susu ngan mak dia.. n adik² bradik dia yg lain mati kesejukan (masa kecik lagi la..) tinggal la seko² dia je.. so aku jaga la.. dia maintain kecik sbb terencat tumbesaran dia.. tp aktif.. hihi..

Reply

32 wazy MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 4, 2010 at 2:28 pm

ermm mesti arnab ko tu comel kan,sabar je la bro

Reply

33 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 4, 2010 at 2:34 pm

yup.. smua arnab comel.. tp yg tu mati tu lah yg special.. :(
ye.. sabar lah ni.. dah ok dah.. smlm je cam x caya dia x de.. hehe..

Reply

34 Anarm MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 4, 2010 at 11:55 pm

takziah..
Anarm´s last blog ..Sembunyikan versi wordpress daripada Hackers My ComLuv Profile

Reply

35 atokk MALAYSIA Google Chrome Windows
Twitter:
January 5, 2010 at 10:20 am

apa kata ko bagi kucing tu makan racun..hahaha..
atokk´s last blog ..12. Tahun Baru 2010 My ComLuv Profile

Reply

36 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 5, 2010 at 11:34 am

Gila ko kejam!! hahahaha..

Reply

37 atokk MALAYSIA Google Chrome Windows
Twitter:
January 7, 2010 at 12:10 pm

nanti bila ko beli rabbit baru..tragedi yang sama akan berulang lagi..hahaha…
atokk´s last blog ..13. Kenyataan Tun Mahathir My ComLuv Profile

Reply

38 Nine MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 11:15 am

Salam takziah bro…Al fatihah… :mrgreen: sabar yer bro.. :-P
Nine´s last blog ..Tukar Domain Sendiri Di Blogspot My ComLuv Profile

Reply

39 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 5, 2010 at 11:45 am

thanks bro.. hehehe..

Reply

40 Noi MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 5, 2010 at 6:39 pm

Salam Fizz.. sorry Noi baru terbaca.. (T__T)
I know how exactly you feel to lose something you love so much. Noi pun baru je dipisahkan ngan dua ekor hamster kesayangan Noi..
Its hurt .. really hurt..
Nasib baik le ada orang sudi jaga.. haih..nak citer balik pon buat Noi sebak dah… you can read it all in my blog

Anyway.. ni bukan pasal Noi..sorry terlalu banyak plak.. Fizz sabar ek.. I know what you feel.. I cried days and days too if it happens to me.. Even tho they still live, but I can’t take care of them, I feel really bad about its *teary eyes*

Apa yang penting.. he still there in your heart kan? cherish every moments with him.

Rest in peace, little one. I hope you will be happy in that other world and remember you owner.. always…………

Reply

41 sweet.ants MALAYSIA Mozilla Firefox Windows January 6, 2010 at 9:26 am

oh miss my jojo…
sabar fizz ek..nanti kite beli yang baru simpan dlm almari
jgn kasi kuar :cry:

Reply

42 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 6, 2010 at 9:33 am

hahaha.. simpan lam almari… hehe.. :p
ye lah.. sabar lah ni.. :cry: windu kat dia……. :cry: :cry: :cry:

Reply

43 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 4, 2010 at 1:17 pm

10 tahun? lamanya.. sakit tua tu.. sama la cam kucing fizz gak.. dia kalau boleh nak mati sorang² x nak kita tau.. beberapa hari sblm mati, dia sembunyikan diri.. tp fizz tau tmpt dia sembunyi.. lastnya dia mati gak.. :(

ada sekor lagi kucing fizz.. dia terus hilangkan diri sampai skrg x jumpa.. tp sblm hilang mmg dia hilang selera nak makan.. so fizz pun faham lah kenapa dia camtu.. :(

Reply

44 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows January 5, 2010 at 11:27 am

betul lah.. x tipu.. dulu lagi best.. banyak jee.. kalau ko tengok pun geram.. banyak permintaan… sayangnya tak sempat nak jual abis semua mati sebab musim hujan aritu ni… :(

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!:

Previous post:

Next post: