Saat ini pastinya ramai para blogger sedang enak melayan Anugerah Juara Lagu kali ke-24 di TV3. Asyik bukan? Melihat para artis mempersembahkan kehebatan masing² bagi mempertahankan lagu yang dipertandingkan dalam AJL kali ke-24 ini. Sambil melayan kerenah pengacara AJL24 seperti Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faisal Ismail yang seringkali membuatkan penonton terhibur. Sorakan para penonton bergema kononnya memeriahkan suasana.
Tak kurang juga di Twitter, hebat memperkatakan tentang AJL24 ini. Tak perlu tunggu esok, setelah AJL tamat dengan jayanya sebentar lagi, ratusan/ribuan blogger tempatan pasti akan menerbitkan entri² berbentuk ulasan tentang AJL24 yang sedang hangat saat ini. Hebat betul penangan AJL24.
Update: AJL dah tamat.. Aizat JUARA!! So.. teruskan bacaan..
Blogger - We Care
Oh ya, di twitter, aku tak nampak rakan seblogger kita, saudara Megat. Di mana beliau? Aku tertanya². Sekaligus terbayangkan entri Tangisan Aku, Isteri dan Anak-anak catatan beliau dan juga Apa Lagi Yang Harus Aku Buat, entri khas AzmanIshak.com yang ditujukan kepada saudara Megat. Apa khabar beliau sekarang ini? Kadangkala aku terfikir apakah yang akan aku lakukan sekiranya aku senasib dengan saudara Megat kelak. Melihat orang lain gembira sedangkan diri sedang menahan seksa. Pilu!
Aku terpanggil untuk membuat entri khas ini bagi menunaikan rasa bertanggungjawab terhadap rakan blogger kita, saudara Megat, yang sangat memerlukan bantuan kita semua. Sebagai blogger prihatin, aku juga ingin turut serta dalam menjayakan kempen Blogger – We Care yang diilhamkan oleh saudara Hydir untuk sama-sama membantu permasalahan yang sedang dihadapi oleh saudara Megat.
Buat Megat sekeluarga, hanya ini sahaja yang aku termampu untuk membantu. Diharapakan dengan cara ini sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung Megat. Berat mata aku memandang, berat lagi bahu Megat yang memikulnya. Aku faham benar situasi yang kamu lalui, mungkin aku juga pernah lalui tetapi tidaklah seberat kamu.
“Ya Allah, permudahkan perjalanan hidup Megat dan sekeluarga dalam meniti hari-hari yang mendatang, ringankanlah beban yang ditanggung, semoga beliau cepat sembuh dari penyakit misteri dan seterusnya dapatlah beliau kembali menyambung urusan sebagai ketua keluarga demi menyara isteri dan anak-anaknya. Amin… Ya Rabbal’alamin…”
Anda juga boleh memberikan sumbangan secara terus kepada beliau ke akaun berikut:
CIMB
Faisal Amirul Othman
0123 0015 4575 21Maybank
Faisal Amirul Othman
1010 7541 8124


{ 3 trackbacks }
{ 8 comments… read them below or add one }
mungkin dia sedang berehat kini

PemerhatiBebas´s last blog ..AJL24 Streaming
Twitter: apiih
January 11, 2010 at 12:32 am
mungkin bro megat tgh berehat kot.yela..die kan sakit lg..
apiih´s last blog ..10 Sebab Kenapa Lelaki Menangis :’(
sempat lg iklan ajl tuh! hahaha
blowie´s last blog ..Kempen Blogger, We Care!
dah letak dah…
Hari ini kita membantu saudara yang susah insyallah esok lusa Allah bantu kita pula.
denaihati´s last blog ..10.01.10 Hijrah Hidup pada usia 10 tahun
aku tak kenal megat nie…tp aku doakan dia cepat sihat…
support blogger we care..
Che Li´s last blog ..Baju Eksekutif Bersulam Logo dan Nama
ya, harap di a sembuh cepat…
nanged u. Allah for Islam only? Nang and read this if u r Malaysian… tq
iyouweblog.com´s last blog ..Allah for Islam only?
terima kasih kerana memanjangkan entri khas untuk En Megat. kita doakan dia dan keluarga dia terhindar dari segala masalah amin~