19

Peristiwa Gerhana Matahari Separa, 15 Januari 2010

by Mr.Bintang on January 14, 2010

Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.

Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.

Laluan Gerhana Matahari 15 Januari 2010

Kiraan waktu gerhana dari lokasi bandar-bandar utama di Malaysia adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM
Fasa Maksimum (28.66% Matahari Tertutup): 4:26 PM | Imej Gerhana
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM

Kota Bharu
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:03 PM
Fasa Maksimum (34.56% Matahari Tertutup): 4:31 PM | Imej Gerhana
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:45 PM

Langkawi (Kuah)
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 2:55 PM
Fasa Maksimum (39.48% Matahari Tertutup): 4:28 PM | Imej Gerhana
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:45 PM

Kuching
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:34 PM
Fasa Maksimum (12.20% Matahari Tertutup): 4:34 PM | Imej Gerhana
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:27 PM

Miri
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:43 PM
Fasa Maksimum (12.95% Matahari Tertutup): 4:41 PM | Imej Gerhana
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:33 PM

Kota Kinabalu
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:47 PM
Fasa Maksimum (13.55% Matahari Tertutup): 4:44 PM | Imej Gerhana
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:35 PM

Nota: Kiraan dibuat berdasarkan waktu standard Malaysia.  Laman web Solar Eclipse Calculator

Laman web NASA yang disediakan oleh Fred Espanak mengandungi peta interaktif gerhana menggunakan Google Map. Klik SINI

Nota: Waktu kejadian yang dipaparkan di laman web NASA adalah berdasarkan Universal Time (UT). Untuk tukar ke waktu Malaysia, sila tambah 8 jam.

Eh? Nanti dulu!! Bagaimana pula dengan tempat aku? Hehe..

Kangar
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 2:56 PM
Fasa Maksimum (39.10% Matahari Tertutup): 4:28 PM | Imej Gerhana
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:46 PM

Tempat korang pula macam mana erk? Hehe.. Cakap je kat mana kedudukan korang, InsyaAllah aku akan kirakan untuk korang sebagai persediaan untuk korang sendiri saksikan Gerhana Matahari Separa yang bakal berlaku nanti. Jangan pula ada yang merungut terlepas nak tengok lah itu lah ini lah. Ok? Kalau nak kira sendiri pun boleh, silalah ke laman web yang aku nyatakan pada nota di atas ya. Selamat mencuba! :) Sebarang pertanyaan hendaklah sebelum tengahari esok.

Sekian, Wassalam.

Nota Rujukan: Falak-Online

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.

  • sweet.ants January 16, 2010 at 2:48 am

    x perasan pon…hrp2 dpt tgk sendiri…
    tgu taik bintang jatuh ke bumi plak
    .-= sweet.ants´s last blog ..Azura Untuk Azzam =-.

  • AJ January 15, 2010 at 12:41 pm

    BAru aja dapat tau di TV.. Lani tengok2x ada lak info kat blog Sibintang nih.. bagus2x..

    Leh r nak tengok sat g. Kul 3.00PTG ni… :-)

    ERm cari sat cermin mata gelap.. huhu prepare2x.. :-) .-= AJ´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

  • denaihati January 15, 2010 at 9:58 am

    Insyallah kita penuhkan masa dengan solat kusuf, dzikir dan bacaan Al-Quran semuga Allah beri pelindungan kepada kita dendaknya.
    .-= denaihati´s last blog ..Gerhana Bulan, Matahari dan Solat Kusuf =-.

  • [...] terjadi gerhana matahari, umat Islam disunatkan mengerjakan solat sunat gerhana matahari atau solat kusuf sebanyak dua [...]

  • ariff January 15, 2010 at 2:50 am

    waa. detail habis la ko
    .-= ariff´s last blog ..KAU NAK KENA PUKUL KE? =-.

  • ezany January 14, 2010 at 8:57 pm

    eh.. gerhana bintang xde ker.. ekeke..
    .-= ezany´s last blog ..Tawaran Terhebat – Exchange Link =-.

    • Mr.Bintang January 15, 2010 at 12:22 pm

      Aku pun x pasti ade ke x gerhana bintang ni.. :P hihi..

  • ezany January 14, 2010 at 8:55 pm

    aku tungguuuuu.. nak tgk gak.. hehe..
    .-= ezany´s last blog ..Tawaran Terhebat – Exchange Link =-.

  • negaraku.net January 14, 2010 at 2:44 pm

    Hidup Berani Untuk Gagal | Peristiwa Gerhana Matahari Separa, 15 Januari 2010…

    Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian[..]…

  • IMCurtain.com January 14, 2010 at 2:21 pm

    Hidup Berani Untuk Gagal | Peristiwa Gerhana Matahari Separa, 15 Januari 2010…

    Pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian[..]…

  • mrsbintang January 14, 2010 at 1:48 pm

    pizza yg lebih keju tu nak tapau sekali x kanda hihihii….ok nanti dinda tapau pizza lebih keju sekali lalalalaa

  • yashygsempoi January 14, 2010 at 1:44 pm

    RT: @mrbintang: Peristiwa Gerhana Matahari Separa 15 Januari 2010 http://gengblogger.com/read/11359

  • mrsbintang January 14, 2010 at 1:25 pm

    ermm harap2 dapatlah tengok besok..hari tu impian nak nengok gerhana bulan x tercapaikan kanda harap tengok gerhana matahari ni tercapailah hendaknya..kita tengok sesama erk..

    • Mr.Bintang January 14, 2010 at 1:30 pm

      ok dinda… hihi.. kite tengok kat tempat biasa erk dinda… hihihi..
      jgn lupe tapau kepsi skali tau.. hehe.. :mrgreen:

  • yashygsempoi January 14, 2010 at 11:23 am

    RT @mrbintang: Peristiwa Gerhana Matahari Separa, 15 Januari 2010 http://bit.ly/7MHzFN

  • Mr.Bintang January 14, 2010 at 11:23 am

    Peristiwa Gerhana Matahari Separa, 15 Januari 2010 http://bit.ly/7MHzFN

  • yashygsempoi January 14, 2010 at 5:44 am

    RT: @mrbintang: Peristiwa Gerhana Matahari Separa 15 Januari 2010 http://gengblogger.com/read/11359

Previous post:

Next post:

.