Aku mulakan entri ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.
*Menarik nafas panjang…*
Setelah lebih setahun aku menanti dengan penuh sabar, akhirnya penantianku itu sudah pun tertebus. Di awal pembabitan, aku selalu merungut. Aku seakan tidak yakin dengan apa yang aku dapat. Aku cemburu melihat rakan-rakan lain mendapat habuan masing-masing. Tetapi aku?
** Julai 2008 **
Beberapa minggu berlalu, segala apa yang disarankan aku turuti. Buat itu, buat ini, aku turuti. Namun apa aku dapat?
“Aduh!! Banyak ni je?”, getus hati kecil ku.
Aku termenung panjang. Berfikir. Boleh ke berjaya macam ni?
** Sebulan kemudian **
Tidak banyak perubahan. Tidak setimpal dengan satu tempoh yang lama aku menanti. Aku tertanya-tanya, bagaimana orang lain boleh berjaya? Ya, waktu itu aku masih mentah lagi. Tak tahu apa-apa tentang dunia yang aku ceburi.
Bulan kedua, baru menampakkan hasil. Walaupun ada hasil, tetapi masih belum cukup untuk meyakinkan aku. Aku hairan, kenapa orang lain boleh lakukan. Habuan yang mereka dapat agak tinggi nilainya, pada aku lah.
Bulan ketiga, keempat dan seterusnya. Aku mula bosan dengan penantianku. Aku mula bosan berharap pada sesuatu yang mungkin cukup menyiksakan. Aku terfikir sesuatu. Kenapa aku hanya fokus pada ‘hasil’nya sahaja. Arghhh!!
Akhirnya aku hanya bertawakkal, berserah lah apa aku nak dapat. Aku tak ambil kisah. Malah aku biarkan macam tu saja.
Bulan ke tujuh. Aku BERHENTI sekejap. Dalam pada itu, aku melihat rakan-rakan ku yang lain, masing-masing gembira dengan usaha mereka membuahkan hasil. Aku cemburu. Aku terdesak untuk belajar. Belajar sesuatu yang aku sendiri tak tahu.
“Oooh, macam tu..”, angguk aku seperti memahami apa yang aku pelajari.
Aku mula bertindak untuk bulan seterusnya. Tindakkan aku membuahkan hasil sebulan selepas itu. Tetapi sekejap saja. Dan aku tidak perasan akan hal itu. Aku hanya perasan beberapa bulan kemudian. Mungkin kerana aku hanya fokuskan subjek yang kecil. Aku tak nampak yang subjek besar sedang menanti.
** Korang perasan ke aku cerita apa sebenarnya ni? **
Aku bertanya kepada rakan-rakan ku yang telah berjaya.
“Macam mana kau buat?”, aku bertanya penuh semangat.
Sekali lagi aku belajar perkara baru. Jawapan yang diberikan aku jadikan sebagai panduan untuk aku belajar sendiri. Pelbagai rujukan telah aku teliti. Kemudian baru aku sedar apa yang aku buat selama ini. Sejak itu, aku mula mengubah prinsip dalam bidang yang aku ceburi. Bermacam-macam cara aku lakukan. Pelbagai cara dan transformasi telah aku jalankan. Namun hasilnya tetap juga perlahan. Masih belum tercapai sesuatu yang ‘besar’ yang semua inginkan.
(i i i i n n n n, macam bersajak lah pula.. hahaha..)
Empat bulan kemudian, aku gembira! Imbuhan yang aku dapat cukup besar! Mungkin pada aku. Pada yang lebih berjaya, mungkin nilai yang aku dapat adalah kecil bagi mereka.
Sejak itu, aku mula bersemangat untuk terus berusaha. Dan yang paling penting, aku tidak akan fokuskan kepada apa yang bakal aku dapat. Jika aku berusaha untuk itu, apa yang bakal aku hasilkan hanyalah sebuah tin yang tidak berisi. Perlahan-lahan aku merangkak. Mengubah penampilan. Mencari ilmu. Mengindahkan persembahan. Untuk diberi lebih kepercayaan. Untuk lebih dekat kepada rakan-rakan. Dan fokus utama aku untuk berada sebaris dengan kalian yang sudah di tingkat tinggi yang belum dan akan aku capai.
Kenapa? Kerana mereka semua berjaya!
Kesimpulannya, dua hari lepas, 30 November 2009, aku baru sahaja meleburkan hasil yang terkumpul selama lebih setahun. Lebih setahun ya! Baru dapat dileburkan. Itu pun nilainya sangat kecil jika dibandingkan dengan penantian yang begitu lama!
Bagaimana? Cukup lah kita anggap itu sebagai pendapatan sambilan!
Peristiwa sepanjang cerita.
#1
Bulan ke tujuh. Aku BERHENTI sekejap.
![]()
Kalau korang tengok, setiap bulan aku dapat RM 1.25. Korang fikir nak teruskan atau berhenti? Aku lakukan pada bulan Januari!
#2
Aku mula bertindak untuk bulan seterusnya. Tindakkan aku membuahkan hasil sebulan selepas itu. Tetapi sekejap saja. Dan aku tidak perasan akan hal itu. Aku hanya perasan beberapa bulan kemudian. Mungkin kerana aku hanya fokuskan subjek yang kecil. Aku tak nampak yang subjek besar sedang menanti.
![]()
Kempen pertama aku. Tetapi aku tidak perasan akan adanya kempen ini. Sebabnya, aku tumpukan pada CPC! Cara aku? "Apa yang penting... kerjasama..." masih ingat lagi tak rakan-rakan ku..? :)
#3
Empat bulan kemudian, aku gembira! Imbuhan yang aku dapat cukup besar! Mungkin pada aku. Pada yang lebih berjaya, mungkin nilai yang aku dapat adalah kecil bagi mereka.
![]()
Kempen pertama dan seterusnya yang aku terima. Terima kasih kepada pengiklan yang memberi kepercayaan kepada blog ini untuk mengiklankan kempen mereka pada blog yang tak seberapa ini.
![]()
Semasa CASHOUT 2 hari lepas, masih ada lagi pengiklan yang sudi mengiklankan iklan mereka di sini. Terima kasih sekali lagi! :)
Kajian yang aku buat berdasarkan apa yang aku terima sepanjang setahun empat bulan ini;
- 06 Julai 2008 – 24 Oktober 2009 (berdasarkan tarikh iklan): Jumlah yang aku dapat hanya bergantung pada CPC atau dalam bahasa Team Nuffnang, “saya dah klik iklan awak, awak klik iklan saya pulak ok”, cuma RM 24.50. Korang fikir logik tak kita nak tunggu setahun lebih hanya untuk mendapatkan RM 24.50? Fikirkan lah..
- 16 Julai 2009 – 02 November 2009 (berdasarkan tarikh iklan): Pengiklan memberikan kepercayaan kepada blog ini untuk mengiklankan iklan mereka dalam satu tempoh tertentu yang aku sendiri tak tahu. Berapa yang aku dapat dalam tempoh EMPAT bulan tersebut? RM 33.98! Nampak tak?
*Apa yang tertulis kat atas itu hanya pada blog aku, blog korang aku tak tahu la macam mana kan?
Fokus aku menerbitkan entri ini adalah khusus kepada Nuffnangers baru yang ingin berjaya dengan CLICK?!. Aku bukan nak menunjuk-nunjuk, bukan nak mengata, bukan nak mempesenda, bukan nak menjatuhkan atau apa saja. Tetapi aku nak bagi kesedaran kat korang yang masih belajar dalam hal ini. Kita semuanya sama.
Oleh itu aku sarankan kat korang semua, ubah lah sikap kamu, ubah lah niat kamu, fikirlah tujuan kamu berblogging untuk apa? Semata-mata nak cari duit memang tak kan berjaya!! Kena lah bermula dari bawah. Perlahan-lahan. Aku bercakap ni seolah-olah aku pula yang pakar dalam hal ni. TIDAK! Aku juga masih belajar. Masih banyak lagi yang aku perlu pelajari.
Aku akui dahulu aku juga pernah terjebak dalam operasi CPC haram ni. Tetapi tidak lah pula sertai mana-mana team. Dan, jujur aku katakan ketika tu aku tak tahu apa-apa. Baru-baru ini juga aku pernah menjerit dalam shoutbox korang yang aku klik itu klik ini. Korang percaya ke aku klik?
Ya.. aku ada klik, tetapi hanya pada iklan yang betul-betul buat aku tertarik untuk melihat apa yang di iklankan. Iklan tersebut ada juga pada blog aku, tetapi aku tak mahu klik dalam blog sendiri. Beruntunglah pada sesiapa yang terima klikkan aku tu ya…
Ingat! Klik bila perlu (cara aku skrg ni). Kalau saja-saja nak klik abis la korang. Nuffnang dah dapat tau dah sekarang ni…
Setelah penat menaip sejak pagi tadi, aku sudahi entri kali ini dengan Ahamdulillah… habis juga novel yang aku karang ni. Hahaha..
Sekian,
Wassalam…
Nota comel 1: Bulan November 2009 aku langsung tak terima CPC.. mana dia yang korang cakap “saya dah klik iklan awak”?? Hehehe..
Nota comel 2: Untuk kritikan dan nasihat yang lebih bernas, mendalam dan terpeinci, sila kunjungi blog kak jie kite…
pasal nuffnang rupanya, aku punya tak sampai pun rm30 lagi. tak tahu cam mana kempen dan cpc tu nak wat cam mana. hehe, apa yg aku tau. tgk dia naik sikit2, biarlah. kalau naik ahamdulillah. klu tak naik, sila beri tunjuk ajar ya. hehe
.-= mohdisa´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal =-.
best nya! hehhehe.. akhirnya.. walaupun penantian suatu penyeksaan.. asal ada hasil x pe terseksa pown.. kui3
byk ke leh dpt duit dr iklan nie ek?then,aku nk tanye la..mudah.my tu dpt duit dr mane?
.-= oh!dawie´s last blog ..Photoblog @ ohdawie photography =-.
kalau kene cara dia bnyk gak leh dapat.. try la tanya yg lebih berjaya… mudah.my tu aku pun x tau la dari mana dia dpt duit.. hahaha..
agak2nya kanda kalau dari dulew dinda wat nuffnang berapalah dinda dapat erkk..maybe dah jadi kaya raya skg ni kekekeke….gurau jewlah…:) x terfikir gi nak wat benda ni…tumpang senang kekayaan kanda jewlah lalalalalaa….
hihihi.. nk tumpang erk? no hal lah cayam..
xpe bro..kurang2 pun ko dh cashout kan..wlupun mmg lama..huhu
lepas ni g la enjoy pkai duit 1st ko dpat tu..yeah bebeh..aku nk teh tarik tau..wakaka
.-= Mr. Cuz´s last blog ..Alam Kerjaya Ku Hampir Bermula =-.
setaun? kira oklah tu.. aku dua tahun lebih.. baru dpt hasil kecik.. ni baru nak bersungguh-sungguh menyemai benih… hahaa..
kak jie dah rasa semua tu, dulu2 CPM dia kita BAND, kempen satu2 iklan tu dia kira seminggu. Kempen pertama Kak Jie – Pacmee Skyscraper.
Dulu-dulu nuffnang akan hantar email kat kita – Incoming Advertisement bagitau pihak pengiklan telah memilih blog kita utk letakkan iklan selama seminggu. Pls do not remove the Add Unit frm blog….
mcm tu le. Seminggu dpt lebih kurang rm 10-12, sebulan dapat lebih kurang rm 50, itu kalau satu blog. biasanya ada 2 blog. Sebulan dptlah rm 100
Itu dulu. Skrg makin kurang kot, cumanya kadang2 kak jie dapat Advertorial Post. Itu sekali buat je ratus-ratus dia bayar.
Skrg nuffnang guna cara lain. Tak hantar2 email dah.
Skrg Kak Jie ada 5 matered dan 4 Buffered. Bukan banyak mana pun. Biasanya selepas cash out dan dlm tempoh menunggu cek sampai, earning yang ada dah boleh cash out semula dah. Tapi biasanya Kak Jie tunggu 4-5 bulan, baru cash out.
Ini Blog PR 3 @ PR4 , jadi nasihat Kak Jie, sebelum mengejar eaning nuffnang, tingkatkan dulu ranking blog.
.-= Kujie´s last blog ..02-12-92 =-.
thanks akak..
itu lah.. masih banyak lagi yang perlu saya pelajari.. salah satunya nak tingkatkan PR.. yg tu saya sedang mencuba.. alhamdulillah ada peningkatan sikit.. x bnyk.. hihi.. x pe.. nnt sy rujuk kak jie kalau x tau itu ini..
err..nak linkback dari kak jie satu boleh? hehehe.. :P
apasal komen ni ade byk ayat dulu2..
ishh..rasa tua sgt kak jie..
dulu…dulu.. mcm zaman batu
.-= Kujie´s last blog ..02-12-92 =-.
hoho ape2 pon tahniah le fizz sbb sabo menunggu.. akhirnya dapat gak serba sket kan.. tak sangka ko tulis artikel panjang gini.. siap screenshot agi.. pergh.. hehehe.. nanti banje topup eh..
.-= Kill-Vearn´s last blog ..Kronologi Kehidupan Kill-Vearn di Dunia Pekerjaan =-.
haha… wet x apat agi laa…. wekkk.. :P
ye lah… dulu aku x tau pape.. nak tarik minat pembaca pun aku x tau.. dulu kan aku slalu kuarkan entri personal.. sbb tu jarang sngt org nk masuk.. apatah lagi nk klik².. ekekekek.. so skrg ni aku ingt nak idupkan balik la apa yg aku tinggalkan dulu or pelbagaikan lagi ke ape ke… lalala.. hehehe..
gila arr,1 iklan sampai 4 bulan? mmg syurgaaa laa :P
.-= blowie´s last blog ..GadisComel.Com – Hey si gadis yang ayu! =-.
mana ada.. paling lama pun aku dpt hampir 2 bulan jee.. :P 4 bulan tu aku totalkan skali.. hehe..
tahniah. Akhirnya berjaya juga.
.-= titan´s last blog ..12 Fakta Panas tentang Dapatwang.com =-.
thanks bro.. hehe… saya budak baru belajar..
alhamdulillah.. berjaya juge akhirnye.. :mrgreen:
aku rasakan aku hanya sebutir pasir di lautan yg luas terbentang.. tahniah wahai otai2 sekalian.. diriku menangis terharu.. hukhuk~
.-= Anarm´s last blog ..Meredah lautan demi sebuah hosting =-.
adeh ko ni.. x kan la sampai nangis? haha.. :P
ko bukan pasir.. tp pulau… pulau yg besar di tengah lautan..:D
tahniah bro
Penantianku Berakhir Di … Malam Pertama!! Hehe.. | Aku dan kamu…..
Malam pertama akan ku serahkan.. jeng.. jeng.. jeng…..
wah, panjangnya entri. huhu.. memandangkan bro dah buat cashout, so aku nak ucapkan tahniah dan smoga blog bro akan terus mendapat kempen dr nuffnang. hee..
oh ya.. aku nk tanya sket.. klau dpt buffered tu kan, dia ambil kira dr klik @ cpm? dr dulu aku musykil benda ni wlpn smpai la ni tak pernah dpt buffered.. hehe.. aku tanya ni saja nk buat bekalan masa depan.. mana ler tau kan esk lusa dpt buffered.. kan?
.-= azizwan(dot)com´s last blog ..(Santai mood) Oh! kaki aku =-.
kalau buffered tu rasanya dedua la kot.. click ada cpm pun ada..
uishh.. aku lagi musykill.. x kan x pernah dpt buffered? ke dah metered abis? metered adalah selepas buffered tamat kempen.. hehehehe.. :mrgreen:
owh.. mcm tu.. actually, la ni aku ada beberapa buffered, sbb tu aku tanya. huhu.. tp metered tu tak pernah plak aku nengok.. maybe nuffnang tak syg aku lebih kot. sbb tu depa tak bg metered kat aku. hahaha..
.-= azizwan(dot)com´s last blog ..(Santai mood) Oh! kaki aku =-.
buffered la nuffnang sayang… hahahaha… metered maknanya kempen dah abis.. bila kempen dah abis.. kempen dalam buffered tu akan pergi ke metered.. camtu… hihi..
beberapa tu berapa wan? sure bnyk nih.. hehehe.. share le.. :mrgreen:
owh mcm tu. aku ingat metered lebih berbaloi dr buffered.. rupanya terbalik daa. huhu.. mklumlah, klau bab2 buat duit ngan nuffnang ni aku noob sangat. hahaha..
beberapa.. nk tahu juga.. anyway, aku akan tetap merahsiakannya.. mklumlah, ada 1 je. malu la klau nk bg tau kan. hehe.. alamak! terbagi tahu la pulak. hahaha..
.-= azizwan(dot)com´s last blog ..(Santai mood) Oh! kaki aku =-.
.pnh terfikir hal ni
.dose ke ek?
.i pun x sure, tp x de la smpai buat team clickers
.klu ade org klik dkt blog i, i akan pegi la balik klik
.tp tgk mood jgk laa
.x de la hrp sgt doang klik
.em ntah laa
.i redha je sbnrnye
.so far, da penah cash out skali, rm74
.skng new earning i baru rm43
.hiks!
.-= intanurulfateha´s last blog ...intan’s birthday contest~ =-.
wahhh! bnyk tu..
I pun baru pertama kali nak cashhout ni.. heehee.. :mrgreen:
erm.. ntah la.. nak cakap pun x tau.. kene la tanya otai² kat luar sana tu.. :P
ape² pun.. happy birthday to u.. x lama lagi kan? hihi..
Penantianku Berakhir Di … Malam Pertama!! Hehe.. | Aku dan kamu…..
Malam pertama akan ku serahkan… jeng.. jeng.. jeng…..
alamak blog ko takde list trackback eh? aku ada letak link utk ke catatan ini
.-= megat´s last blog ..Amukan Power Ranger, Sikit Lagi Nak Jadi Kesatria Perkasa Hitam! =-.
hahaha.. :P
eh? tp bukan autolist ke? pelik tul.. jap aku check.. hihi..
aku takde la join sampai buat team tu.. hehe.. cuma rajin blogwalking jer.. agak2 ko la berape aku boleh dapat guna cara klik2 dalam masa seminggu ni..
p/s: aku gak takkan suruh klik balik.. terpulang pada individu tersebut..
peace no war.. hehe..
ntah ler.. ko rasa brp erk? ekekeke..
aku tau ko x join.. hihi.. jgn amik ati ye.. aku bukan tuju kat ko.. tp tu lah.. ko lak yg terkena tempias..
p/s: aku akan klik kalau ada iklan baru.. hihi.. get ready.. hahaha…
ko dpt 5.6078049 kali ganda dari aku pny.. kira sendiri.. hehe.. aku tau ko bukan tuju kat aku pun tapi kat team nuffnang.. sebenarnya aku pun tak berapa setuju gak dorg buat team.. sebab tu mmg aku tak join..
p/s: yeszza.. aku pun salu jer klik iklan kat sini..
.-= ezany´s last blog ..Ppl Do Get Jealous =-.
aku punya yg mana weh? total ke just yg click? hahaha… :P
btw.. pix email tu sapa anta? ekekeke..
total la.. hehehe.. emel tu member klik2 aku gak yg tny.. sebenarnya dah byk kali aku jumpa pasal klik2 ni salah ker tak.. jawapannya mmg la tak salah kan.. cuma kalau sampai buat team tu mmg melampau la..
lagi satu.. kalau klik2 ni mmg aku tak berani terjah kat blogger yg otai.. ekeke.. cuma pernah kat chokilala ngan blog ko jer la kot.. tu pun sebab member lama..
maksud aku tu shout klik2 la.. :-?
.-= ezany´s last blog ..Ppl Do Get Jealous =-.
aku belum ada nuffnang lagi fizz.. T_T ajar aku boleh?
aku pun sama..
xreti nak bernuffnang >.<
masuk nuffnang.com.my nanti register kat ctu..and then follow the instruction..hee
.-= atokk´s last blog ..05. Google Wave melampau =-.
sudah ada.. thank you si bintang. *.*
.-= Lady Nass´s last blog ..Gigi bongsu baru tumbuh! Sakitnya! =-.