“HIDUP BERANI UNTUK GAGAL”
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Sidang hadirin sekalian,
Pada malam ini (ketika entri ini diterbitkan), saya selaku wakil kepada seorang yang bukan pakar SEO motivasi yang tidak dapat hadir di majlis yang serba kekurangan ini, beliau ada urusan yang agak penting katanya (LMAO!!). Saya akan membacakan teks ucapan karangan budak darjah 1 beliau kepada anda semua. Bermula dengan… saya kira ia adalah sajak mungkin… baiklah… saya bacakan ya… (hahahahaha!!)
HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
*ehem³*
Hempas pulas setiap masa.
Inginkan hidup lebih bermakna.
Duit! Harta! Ilmu! Kerjaya!
Untuk apa?
Pastinya untuk hidup selesa. Demi masa depan yang terbela.
“Berani gagal konon.. hidup pun memang selalu gagal!”, kata seorang penakut.
“Engkau kalau bercakap.. perghhh!! Hebat!! Tapi mana hasilnya?!”, sambung seorang pengecut.
Ramai orang berfikiran negatif dengan kegagalan.
Apakah mereka tidak tahu, bahawa kegagalan itu permulaan sebuah kejayaan?
Nampak? Fikiran orang-orang kita masih lagi di peringkat bawahan.
Itulah golongan yang sentiasa dalam kelemahan.
Umpama gajah takutkan semut.
Nampak gagah tapi pengecut.
“Tidak! Aku tak mahu ikut!”
“Untuk apa? Aku mampu.. usah kau serabut!”
Katakanlah begitu wahai pengecut.
Gagal bukan untuk selamanya.
Ada turun ada naiknya.
Gagal tidak pula membinasa.
Anda ingin berjaya?
Lupakan sengketa…
Ayuh!!
HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!!
BERANI GAGAL UNTUK BERJAYA!!
Fuhhh!! Itulah sajak ciptaan beliau. Bagai mana sedara/i sekalian? Anda faham dengan apa yang dimaksudkan? Baiklah, saya teruskan membaca teks ucapan beliau…
Tahukah anda, apa itu KEGAGALAN dan apa itu KEJAYAAN?
Bagi saya, KEGAGALAN adalah KEJAYAAN. Kenapa?
Kalau kita tidak GAGAL, bagaimana untuk kita BERJAYA?
KEGAGALAN itu satu semangat untuk kita berusaha.
KEGAGALAN itu kunci kepada KEJAYAAN yang bakal kita terima.
Hanya orang bodoh sahaja yang takut pada KEGAGALAN.
Lihatlah sekeliling, lihatlah dunia. Lihatlah orang-orang yang berjaya, kaji sejarahnya.
Bagaimana mereka BERJAYA?
Sudah tentu bermula dari KEGAGALAN bukan?
Tidak semestinya orang yang BERJAYA terus BERJAYA dan orang yang GAGAL terus GAGAL.
Berusahalah dahulu sebelum mengaku kalah dan ingatlah bahawa tiada KEJAYAAN dicapai tanpa KEGAGALAN.
Seperkara lagi, jika kita sentiasa BERJAYA, anda pasti kah yang kita akan merasa NIKMAT KEJAYAAN?
Fikir-fikirkanlah dan selamat mencari nahas! hehe..
“BUKAN SENANG UNTUK SENANG, BUKAN SUSAH UNTUK SUSAH.”
Sekian saja teks ucapan dari seorang yang bukan pakar SEO motivasi iaitu Encik Bintang Hati, yang mengupaskan tajuk “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL”. Semoga teks ucapan beliau yang saya bacakan tadi, dapat merangsang MINDA BAWAH SEDAR kita untuk terus mengharungi 2010 yang lebih mencabar.
Hahahaha.. whateverlah… ROFLMAO!!!
“HIDUP MESTI BERANI UNTUK GAGAL UNTUK KEJAYAAN YANG LEBIH CEMERLANG PADA TAHUN 2010″
Entri comel ini adalah PROMOSI/PENYERTAAN kepada contest yang dianjurkan oleh Denaihati. Terima kasih atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare dengan hadiah yang ditawarkan bernilai LEBIH RM3,750.00 untuk dimenangi!
Saya sudah sertai, anda bila lagi? Untuk menyertai, sila rujuk di sini. Atau anda boleh saja terus ke blog penganjur contest ini, iaitu Denaihati untuk maklumat lanjut dengan lebih tepat, terperinci dan terkini. Kepada yang sudah dan akan menyertai, diucapkan semoga berjaya!!
Jika anda tahu contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” dari blog ini, jangan lupa ya? Sila salin code dibawah ini dan letakkan di akhir entri anda.
Sekian, Wassalam.
Nota Comel: Saya tahu contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” dari blog Azizwan.

[...] 32.Aku dan Kamu – Azizwan [...]
[...] Aku dan Kamu – Azizwan [...]
[...] 32.Aku dan Kamu – Azizwan [...]
Tahniah memenangi contest hidup berani untuk gagal..Sorry,panggil awak Cik Bintang..Mati2 saya ingatkan awak wanita kerana blog tersangat cantik..jealous..ble upah design blog saya ni..hik3..
.-= eyriqazz´s last blog ..Ada Apa dengan Pembaca =-.
[...] 10. sibintang.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal/ : Sudah menang dalam katogeri lain. [...]
[...] RM80 2. Cerita Itu Ini – RM20 3. Zul’s Blog – RM70 4. Azizwan – RM50 5. Anarm – RM40 6. Aku dan Kamu – RM50 7. nTah apa-apa jak ka – RM10 8. Zai KuLiM – RM90 9. Beliamuda – RM50 10. Cuzshar [...]
[...] sibintang.com/2009/12/hidup-berani-untuk-gagal/ : Sudah menang dalam katogeri [...]