Aku, Dia dan Kamera

by Mr.Bintang on December 12, 2009

*****

“Aduh! Apa aku buat kat sini.. sensorang plak tu.. macam shial jer..”, aku terpinga-pinga di satu tempat.

Ketika itu aku berada di sebuah pasaraya. Kehulu-kehilir tanpa arah tuju. Lagak seperti ingin mencari sesuatu, hakikatnya aku cukup kedekut untuk meleburkan wang saku. Apa lagi kalau digunakan untuk sesatu yang mungkin tak memberi apa-apa faedah bagiku. Sifat cermat yang aku miliki itu kadang-kadang agak ter’over‘ atau cerewet dalam bahasa ringkasnya.

Untuk menghilangkan penat, aku bersandar di tepi dinding pasaraya. Di hadapanku, sebuah kedai kamera sedang mengadakan jualan penghabisan stok. Melihatkan suasana yang begitu meriah, aku tergerak hati untuk turut serta. Tanpa berlengah lagi, aku terus ke sana dengan hajat untuk melihat-lihat.

Aku, Dia dan Kamera

***

Dik, boleh saya tengok yang itu?”, pintaku kepada salah seorang jurujual di situ sambil menudingkan jari ke arah kamera DSLR berjenama Sony model A500.

“Ini erk?”, tanya jurujual, seorang gadis yang comel dan berkulit putih..ada mata, ada hidung, ada mulut dan boleh bercakap. Hahahaha…

A’ah.. yang it…..”, aku tiba-tiba tersentak tatkala bertentangan mata dengan jurujual itu. Aku seakan mengenali gadis di hadapanku ketika ini.

“Awak?!”, aku bersuara.

Dawie?!! Dawie ke ni?”, tanya gadis itu dengan seribu persoalan.

Aku terkejut. Gadis itu mengenaliku. Sekaligus apa yang aku rasakan adalah benar.

“Nur?! Nur Amina?!!”, aku inginkan kepastian. Dia mengangguk senyum. Aku membalas senyuman itu.

Nur Amina. Bekas kekasihku ketika di bangku sekolah. Sudah lama aku tidak mendengar khabar darinya sejak ‘peristiwa silam’ itu.

*** 2 tahun 5 bulan lalu ***

“Nur, Dawie nak tanya sikit boleh?”, aku bertanya dengan nada yang lembut.

“Tanya jer lah Dawie.. banyak pun takpe.. Nur akan jawab kalau Nur mampu jawab..”, balas Nur disertakan dengan senyuman yang mampu mencairkan sesiapa sahaja.

Aku malu untuk meneruskan. Terdiam seketika.

“Hah?! Apa dia Dawie? Tadi beriya sangat nak tanya…”, Nur bersuara.

“D..Dawie..”

“Oh ya Dawie.. Nur pun ada sesuatu nak cakap kat Dawie ni… Dawie jangan terkejut pulak..”, Nur menyambung sebelum sempat aku bersuara.

Aku mula tertanya-tanya, apa sebenarnya yang ingin diberitahu oleh Nur.

“Apa dia Nur? Cakap je.. Dawie dengar nih..”, aku membalas seolah-olah tidak ada apa-apa yang hendak dirisaukan. Walhal, dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu. Bermacam-macam persoalan timbul satu per satu.

Dawie… maafkan Nur ya? Nur tahu apa yang Nur cakapkan ni mungkin akan mengejutkan Dawie..”, Nur mula sebak.

“Kenapa ni Nur? Ada masalah ke? Beritahu Dawie, mana tahu Dawi boleh bantu…”, aku terkejut melihat emosi Nur yang tiba-tiba berubah.

“Dawie… Perkara ni Nur rasa Dawie memang tak boleh bantu pun… Benda ni sudah pun berlaku… Nur pun tak tahu kenapa jadi macam ni…”

“N.. nur… kenapa ni? Da.. dawie tak faham…”, aku mulai tak tentu arah. Mula membayangkan perkara yang bukan-bukan.

Dawie… tak lama lagi Nur akan bertunang…”, terang Nur.

“Apa?!!”, rasa nak gugur saja jantung ini bila mendengar apa yang terbit dari mulut Nur.

“Pilihan mak!”, sambung Nur dengan linangan air mata.

Aku terdiam tak terkata. Sebak, marah, geram, sedih semuanya bercampur menjadi satu rasa. Namun, aku harus tabah menghadapi dugaan ini tapi aku tak boleh. Hari pertunangan Nur pun aku tak hadir. Tidak lama selepas itu, Nur juga berpindah. Sejak itu, aku tidak lagi bertemu dengan Nur, apatah lagi mendapatkan khabar berita dari Nur. Aku pula membawa diri. Aku ke Kuala Lumpur mencari kerja, mencari ketenangan.

Hari ini, Tuhan telah mempertemukan kami berdua sekali lagi. Di sana kami tidak banyak berbual disebabkan suasana yang kurang sesuai.

Tidak lama selepas itu aku mengajak dia keluar bersama seketika selepas waktu kerja. Dia bersetuju. Sudah lama kami tidak bertemu. Sudah tentu pelbagai persoalan yang akan dibincangkan nanti. Dengarnya, dia sudah pun putus tunang. Kenapa ya?

*** 11 bulan 3 minggu kemudian ***

Reunion bersama bekas rakan sekolah, Adam, di tempat biasa aku melepak suatu masa dahulu. Sudah lama juga tak berjumpa. Iya lah. Masing-masing dengan hal dan tanggungjawab sendiri. Kau, kau, aku, aku.

Setelah puas bergambar di sekeliling kampung yang sudah lama aku tinggalkan, di situ kami berdua berehat sambil berkongsi pelbagai kisah, pelbagai cerita. Tidak terlepas juga kisah aku dan Nur Amina, aku kongsikan bersama.

***

Sejak peristiwa pertemuan yang penuh bermakna itu, segala-galanya telah berubah.

Kamera! Aku suka akan kamera. Memang sudah terniat di hati sejak dahulu lagi untuk memiliki sebuah kamera jenis DSLR. Tetapi disebabkan aku terlalu cerewet dalam memilih, aku langsung tak membeli. Cukuplah sekadar melihat-lihat. Tetapi kini, kamera itu sudah pun menjadi milikku. Kamera yang penuh dengan kenangan manis. Disebabkan kamera itulah aku dan dia bertemu. Nur Amina, si gadis yang aku ceritakan dahulu. Atau lebih manis lagi, gadis itu bakal tunangku tidak lama lagi.

Apa yang istimewanya, tarikh pertemuanku dengan Nur Amina adalah sama dengan tarikh harijadiku, iaitu 7 Januari. Adakah itu hadiah ulangtahun kelahiranku tahun lepas? Kebetulan mungkin? Tarikh itu juga bakal dijadikan tarikh pertunangan kami.

“Mungkin sudah jodoh kan…”, aku tersenyum sendirian sambil menekan punat-punat kamera, melihat gambar-gambar yang aku ambil sebelum ini. Tanpa aku sedari, sejak dari mula aku bercerita, aku langsung tak mendengar suara Adam. Kemana dia?

Erk?!! Siot… Woii!! Kau pehal?“, sergah aku pada Adam yang sesedap rasa ternganga tidur di belakangku.

“Rogol kang baru tahu..”, aku bangun dan terus ke motorsikal yamg ku letakkan tidak jauh dari situ.

Argghh…!! Jangan! sorry.. sorry.. aku terleka dengar kau cerita tak sedar tertidur.. hehe..”, Adam terjaga dan terus memberikan alasan yang sudah basi.

“Sudah lah… buat penat je aku cerita… bukan kau dengar pun… kau balik lah sendiri!!”, jeritku mengacah dan enjin motor aku hidupkan.

“Alamak… tak kan merajuk kot.. tunggu lah.. wehh.. kau gila ke? Jauh tu aku nak jalan..”, Adam bingkas bangun terus berlari mendapatkanku.

Hahaha.. buat lah lagi.. sudah lah.. cepat naik.. dah nak senja dah ni..”

Aku dan Adam pulang ke rumah masing-masing. Setibanya di rumah, aku terus masuk, mandi dan bersiap-siap untuk solat Maghrib. Selesai solat, aku berehat di ruang tamu. Membelek-belek kamera, melihat kembali gambar-gambar aku dan Nur. Aku tersengih seorang diri mengenangkan saat-saat manis aku dan dia. Sebelum makan malam, aku sempat menelefon Nur bertanya khabar dan persiapan majlis yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi.

“Nur… saya sayang awak….”, aku akhiri perbualanku dengan Nur di telefon. Senyum hingga ke telinga tatkala mendengar Nur membalas ucapanku.

*** TAMAT ***

*** TAMAT ***

Cerpen ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kaitan langsung dengan diri aku. Ini semua rancangan Oh!Dawie.com. Siot kau Dawie… tak pasal-pasal aku terpaksa jadi kau untuk menjayakan contest cerpen kau yang cambest ni… Giler arr… pening aku nak pikir idea… hahaha… Apa-apa pun aku ucapkan Happy Birthday kat kau tak lama lagi.. hehehe.. macam mana boleh sama birthday kita erk?

Aku dah kasi kau hadiah.. kira hadiah lah erk cerpen ni? dah tu yang kau nak kan? Hadiah aku mana? Tak kira.. aku nak jugak².. hahaha.. :P

Korang yang nak turut serta boleh lah ke blog mamat kat cerpen atas tu.. hahaha.. hadiah RM50 menanti pemenang! RM50 je ke weh? huuu~ lantak la… oleh sebab aku memegang prinsip HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, maka aku berani mencuba.. hahaha.. dapat tak dapat blakang kiree.. :P

Sekian dari penulis.

Wassalam…

{ 2 trackbacks }

IMCurtain.com MALAYSIA
December 13, 2009 at 1:43 am
negaraku.net MALAYSIA
December 13, 2009 at 8:52 pm

{ 45 comments… read them below or add one }

1 elyaszbha MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 13, 2009 at 12:21 am

HAHA..
igtkan citer ko tadi..
heran juga tetiba fizz tukar nama jadi dawie..
hebat lah citer nie..
boleh buat novel..erk?? wahaha
elyaszbha´s last blog ..Skin Yahoo Messenger yang Cute My ComLuv Profile

Reply

2 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows December 13, 2009 at 10:16 am

hahaha.. x reti lah nk wat novel.. :lol:

Reply

3 atokk MALAYSIA Google Chrome Windows
Twitter:
December 13, 2009 at 12:41 am

ingatkan nur kasih…rupanya nur amina..hahaha
atokk´s last blog ..08. Contest : Hidup Berani untuk Gagal. My ComLuv Profile

Reply

4 suki MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 13, 2009 at 10:00 am

nur amina tu nama watak nur kaseh kan?hehe

Reply

5 atokk MALAYSIA Google Chrome Windows
Twitter:
December 14, 2009 at 12:02 am

iye lah..hehehe :roll:
atokk´s last blog ..09. Susahnya ke Nak Fikir ? My ComLuv Profile

Reply

6 Anarm MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 13, 2009 at 5:36 am

~bagus.. ade bakat.. ni kalo submit kt majalah mane2 bleh buat duit ni.. huhuu
Anarm´s last blog ..AleaCorp – Peneraju Revolusi Perniagaan My ComLuv Profile

Reply

7 denaihati MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 13, 2009 at 9:28 am

mula baca macam kisah benar, dua kali baca macam drama nur kasih , tiga kali baca baru tahu ni contest…menarik juga ni.
denaihati´s last blog ..Hidup Untuk Memberi My ComLuv Profile

Reply

8 suki MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 13, 2009 at 10:15 am

ni cerpen kau karang sendiri ke?
bestnya. mesti SPM ko dapat BM A kan..hehe
suki´s last blog ..SITEMAP My ComLuv Profile

Reply

9 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows December 13, 2009 at 10:28 am

a’ah.. karang sendiri…
hohoho.. SPM aku x de A langsung..
paling tinggi pun B3 = BM :mrgreen:
ekekekekek.. :lol:

Reply

10 azizan4444 MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 13, 2009 at 1:35 pm

aku ngatkan sibintang dgn syg sibintang td.haha
azizan4444´s last blog ..Otai Belog Vs Otai Nuff : Bukan Sekadar Hipokrit My ComLuv Profile

Reply

11 oh!dawie MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 13, 2009 at 3:44 pm

Agak bsetla cerpen ko nie..walaupun skejap jer maser berlalu…hehe.Nnti kita kuala smbut bufday same2..hoho.Aku pon xtau cmne leh same..haha.Ko nk hadiah ke?Tggu aku umumkan pemenang nnti k…By da way,nice try bro..Xmengecewakan..

Sory,baru arini aku dpt bace cerpen ko..Sbb br balik dr trengganu..
oh!dawie´s last blog ..Contest : RM50 untuk dimenangi My ComLuv Profile

Reply

12 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows December 13, 2009 at 4:29 pm

Aku blur lew.. sbb tu kejap jer masa berlalu.. saje meringkaskan cerita.. brp kali repair tah.. hahaha…

pe hadiah la ko nak kasi erk? x pe.. aku tunggu.. ekekekeke.. :P

Reply

13 oh!dawie MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 13, 2009 at 11:46 pm

aku rase ko mmg berbakat jadi penulis kot bro..hoho.rmai jer yg minat ngan cerpen ko nie..haha.Ko layan karoke x?kalau layan,bufday kite nnti kite g karoke..nk x?

Reply

14 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows December 14, 2009 at 12:01 am

hahaha.. nak karoke ke? sore aku x sedap arr.. layan sorang² leh arr.. ekekeke… g pun aku x penah karoke.. hihihi… :mrgreen:

Reply

15 Mr. Cuz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 13, 2009 at 4:09 pm

ciss..aku ingat citer ko td..huahaha
aku dh pk sweetnya la bercinta mcm ko..hahaha
Mr. Cuz´s last blog ..TEKNIK TRAFIK LEVEL MASTER KAMIBLOGGER My ComLuv Profile

Reply

16 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows December 13, 2009 at 4:34 pm

hahahaha.. giler ah.. x de kene mengena langsung.. :P rekaan semata dua mata.. hehe.. :lol:
kalau cite pasal aku, x mo la nak citer.. hihihi.. :oops:

Reply

17 zati MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 13, 2009 at 5:07 pm

siyes..x macam citer rekaan
zati´s last blog ..Hidup macam roda..tapi roda aku?? My ComLuv Profile

Reply

18 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows December 13, 2009 at 6:41 pm

erk? ye ke.. :P hehehe..
tp hakikatnya ia mmg rekaan.. hihihi..

Reply

19 Kujie MALAYSIA Google Chrome Windows December 13, 2009 at 5:09 pm

huhuhu….. Nur Amina dgn Adam tu
Kujie´s last blog ..Sejuk perut ibu mengandung My ComLuv Profile

Reply

20 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows December 13, 2009 at 8:25 pm

a’ah kak.. x tau nak letak watak pe.. hehehe.. hentam je lah.. hihi.. :P

Reply

21 aisyahkama MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 13, 2009 at 5:09 pm

zomg! berbakat! tahniah tahniah.
aisyahkama´s last blog ..Welcome 2010 My ComLuv Profile

Reply

22 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows December 13, 2009 at 8:34 pm

haha.. thanks aisyah.. but.. x de la berbakat mana pun fizz ni.. biasa jer.. :oops: hihi..

Reply

23 Nur Amina MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 13, 2009 at 5:21 pm

LOL…
tak sngke…saye try search name saye kat google…
tetibe leh sampai sini huhu T_T

Reply

24 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows December 13, 2009 at 8:28 pm

hahahaha.. aku sekeh sat gi… bnyk la ko punya search…
hihihi.. gurau jer.. :P

Reply

25 zuwairiaiman MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 13, 2009 at 6:45 pm

yeah! hidup berani untuk gagal.. ehhehe
zuwairiaiman´s last blog ..Charity Program My ComLuv Profile

Reply

26 lilacfla MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 14, 2009 at 12:08 am

lol adam, nur fan nur kasih k?
lilacfla´s last blog ..Aku.. Dia.. & Kamera My ComLuv Profile

Reply

27 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows December 14, 2009 at 1:36 am

haha.. bole la.. :lol:

Reply

28 Lizz MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 14, 2009 at 12:12 am

hebat ko mengarang wei. teruje aku. nak mintai sign…(ala-ala Apek dalam movie.wakakaka!)
Lizz´s last blog ..Kamu Kategori Mana: Pandai Belajar atau Pandai Hidup? My ComLuv Profile

Reply

29 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows December 14, 2009 at 2:04 am

karangan budak darjah 5 je tu.. haha.. meh nak sign.. kat ne nak sign ni? hihihi.. :P

Reply

30 mrsbintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 14, 2009 at 1:19 am

Wah! diam2 ubi berisi erkk..bakat terpendam yg perlu dileraikan…sowi kanda terlambat komen fefaham dah lew hihii…memang berbakat kanda ni rasanya lew wat ketahap novel apa kata kanda wat novel pas tu hantar ke alaf21 mana tau lew jadi penulis yg terkenal..dinda sentiasa sokong kanda….First baca cerpen ni ada unsur suspen sikit..n pembaca terus membaca kerana x sabar nak tahu kesudahannya lastnya apy ending…:) tahniah kanda adew harapan dapat hadiah gi ni lalalalaa..

Reply

31 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows December 14, 2009 at 7:32 am

hihi.. x pe cayam… kanda faham.. :P jaat kan beyuk dinda tu.. slalu je jelez ngan kite… hihihi..

x reti lah dinda nk wat novel.. panjang jalan citer nak kene wat nnt.. ayat² kanda pun skema jer.. masih belum pandai nk wat ayat yg berbunga-bunga sastera lagi.. hihi.. camne tu? mandai je kanda ni.. hihihi :P

Reply

32 atokk MALAYSIA Mozilla Firefox Windows
Twitter:
December 14, 2009 at 12:47 pm

dulu bm dapat berapa…hehehe..perlu digali lagi skill menulis tu..hahaha

Reply

33 JMR MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 14, 2009 at 7:59 am

yeah..dare to fail..fail ak membaca smpai abes..igtkn pe la memula..uhuhuh
JMR´s last blog ..BLACK AND WHITE PHOTO CONTEST My ComLuv Profile

Reply

34 Lady Nass MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 14, 2009 at 9:54 pm

mak aii..romantiknya citer…! all the best, bro!

Reply

35 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows December 15, 2009 at 1:54 pm

hihi.. romantik cam penulisnya kot? haha.. :oops:

Reply

36 aried MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 15, 2009 at 12:13 pm

adei la, aku tertipu…reka cter kew ni..ehheh
aried´s last blog ..Connection Internet Siapa Paling Laju My ComLuv Profile

Reply

37 umiharizahin SINGAPORE Internet Explorer Windows December 15, 2009 at 1:24 pm

pullamak…. (tu je yg mampu ku luahkan.. ) caiyok beb…
umiharizahin´s last blog ..Mr Propito <– sape mamat nie? My ComLuv Profile

Reply

38 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows December 15, 2009 at 2:02 pm

eleh… dia punya citer lagi pullamak… hihi.. suka la jalan citer yg umi wat tuh.. hehehe.. mcm drama..

Reply

39 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows
Twitter:
December 16, 2009 at 7:47 pm

wah, best gila cerpen ni. aku pun tak karang lagi cerpen tuk dawie ni. ades, semangat luntur la plak lepas baca cerpen ni. huhu

Reply

40 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows December 16, 2009 at 9:32 pm

ala.. x mau la smngt luntur.. buat jer.. ko punya cerpen sure lagi best.. ekekeke..

Reply

41 mohdisa MALAYSIA Mozilla Firefox Windows
Twitter:
December 17, 2009 at 12:10 pm

aku mana pernah tulis cerpen. surat rasmi aku reti la tulis. haha
mohdisa´s last blog ..Tips Memenangi Contest Hidup Berani Untuk Gagal My ComLuv Profile

Reply

42 oh!dawie MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 18, 2009 at 4:03 pm

Bro..banner dh update bro..

Reply

43 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows December 18, 2009 at 4:35 pm

wahh… thanks bro.. sorry.. line tenet aku x brp ok kebelakangan ni.. aku x sempat nak menjenguk.. hurmmm..~

err.. nnt aku update banner ko plak.. :P

Reply

44 titan MALAYSIA Mozilla Firefox Windows December 22, 2009 at 7:01 pm

hehe. ko berjaya buat aku tersenyum. Tahniah. :mrgreen:
titan´s last blog ..5 Sebab Aku Masih Menulis Blog.. My ComLuv Profile

Reply

45 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows December 22, 2009 at 7:05 pm

woot.. sblm ni ko x senyum ke? :roll: hehehe.. :-D

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!:

Previous post:

Next post: