19

Starbucks Haram?

by Mr.Bintang on November 11, 2009

Siapa diantara korang semua menggemari minuman di Coffee Bean dan Starbucks? Korang pasti terkejut dengan pengumuman yang aku dapat dari salah sebuah laman forum tempatan. Aku tak pasti samada betul atau tidak pengumuman yang dikeluarkan JAKIM since aku tak dapat source yang tepat tentang ini.

ISO 9002 JABATAN IMEGRESEN HALIMAH BINTI HAMZAH

PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbucks contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to
our muslim friends.

Call JAKIM 03 – 8886 4000 for more information.
Thank you


Baiklah, seperti biasa aku tak mengambil apa yang ternyata di atas adalah betul 100%. Sebaliknya aku mengkaji dahulu apakah benar atau palsu sebaran yang di buat ini.

Hasil dari carian yang aku laksanakan, pengumuman yang dinyatakan di atas sebenarnya telah lama tersebar melalui email kira-kira 5 tahun dahulu. Jika 5 tahun dahulu aku tak tahulah samada benar atau tidak apa yang dinyatakan dalam mesej tersebut.

Dan jika di masa sekarang, apa yang tertulis itu ternyata tidak benar. Korang boleh rujuk e-Halal JAKIM sendiri kalau nak.

Perkara ini kecoh 5 tahun dahulu tetapi masih lagi tersebar dan ini akan mengakibatkan pengguna menyalah tafsir tentang apa yang dihebohkan. Oleh itu, artikel email yang disebarkan ini kita boleh klasifikasikan sebagai SCAM yang berniat untuk mensabotaj dua syarikat ternama tersebut.

Seperkara lagi tentang ramuan yang digunakan iaitu E471 (Emulsifier 471). E471 ada yang halal dan ada yang haram. Yang HARAM datangnya dari sumber haiwan iaitu babi, dan yang HALAL pula datangnya dari sumber tumbuhan. Aku pernah menerbitkan artikel seumpama ini dalam blog aku yang satu lagi. Sila rujuk artikel “Green Bean Soy Drink are 50/50 of halal or haram, but Fanta Apple?“.

Pesanan aku untuk korang, kalau was-was JANGAN MINUM!
Dan jika ingin menyebarkan apa-apa mesej atau artikel yang meragukan terutama tentang HALAL dan HARAMnya sesuatu, janganlah secara terburu-buru. Kaji terlebih dahulu kebenaran bahan sebaran tersebut demi kebaikan semua pihak.

Aku sekadar ingin menyampaikan.
Betul atau tidak, benar atau salah penyampaian aku?
Wallahualam.

Jika aku tersilap di mana-mana, harap ditegur dan perbetulkan dan aku memohon maaf atas kesilapan itu.

Segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T.
Segala yang buruk adalah dari kelalaian dan kekhilafan kita sendiri.

Wassalam…

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.

  • Hj Zubit September 6, 2011 at 12:14 pm

    Salam semua sdra seagama dengan aku,
    Kita kena yakin dengan aqidah kita, kalau sesuatu itu dimaklumkan haram oleh pihak berkuasa, maka jauhkanlah tak payah singgah lagi di Starbucks ke atau lain2 coffee house yang kita rasa was-was. Bila dibuktikan haram elakkanlah. Biarlah apa yang masuk dalam darah daging kita hendaklah diyakinkan halal. Nanti tak masuk syurga kita bila mati nanti.

  • rushdan August 6, 2011 at 6:40 am

    Salam semua,
    saya baru saja membaca artikel daripada laman web http://www.halal.gov.my
    Berikut kenyataan daripada laman web rasmi dari Jakim

    “KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE
    1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak
    pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan
    “JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah
    haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk
    pengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga
    telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.

    2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah
    mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media
    massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran
    Starbuck Coffee adalah haram.

    3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan
    Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat
    pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna
    yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil
    dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau
    merujuk http://www.halal.gov.my untuk pengesahan. ”

    Oleh itu marilah kita semak terlebih dahulu sebelum menyebarkan maklumat yang kita sendiri pun belum mengetahui kesahihannya.

    - Hamba Allah yang lemah lagi hina
    rushdan recently posted..Laman Web Baru , Nantikan KemunculannyaMy Profile

  • Aticus Yap  June 8, 2011 at 1:29 pm

    Malay Muslims, in order to go to our Malay section of heaven, we must stop going to Starbucks, because it is Haraam. http://t.co/CdfZIxm

  • ashjohann June 8, 2011 at 1:29 pm

    Malay Muslims, in order to go to our Malay section of heaven, we must stop going to Starbucks, because it is Haraam. http://t.co/CdfZIxm

  • peep May 4, 2011 at 10:12 pm

    Assalamualaikum.. thanks atas info tuhh.. grrr, baru ingatkan yg mende ni mmg btol2 punye, n ak even da share da kt fb.. ishh dunia..
    peep recently posted..Kisah Guru yg x Hensem ngan Muridnye yg BijakMy Profile

  • rosealley April 27, 2011 at 2:17 pm

    sampai sekarang pun ada je orang dok forward2 mesej ni, geram jee, lain kali semakla fakta dulu, haih
    rosealley recently posted..wordless wednesday 5My Profile

  • Jared Ee April 26, 2011 at 2:13 pm

    @lordzafran might be a useful read http://sibintang.com/2009/11/starbucks-haram/

  • Mohd Azizan bin Hussin April 25, 2011 at 12:20 pm

    Untuk perhatian dan makluman pihak tuan/puan, Artikel di atas adalah di rujuk sebagai email spam pada 5 tahun yang lepas. Ianya mengandungi unsur-unsur menjatuhkan perniagaan syarikat berkenaan atas persaingan secara tidak sihat. Rujukan pihak tuan/puan boleh dilakukan pada alamat http://www.halal.gov.my/.
    Nama :Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd
    Alamat :Lot 10-04, Level 10, West Wing,Berjaya Times Square,No.1, Jln Imbi,55100 Kuala Lumpur.
    Negeri :Kuala Lumpur
    No. Telefon :603 2052-5888
    No. Fax :603 2052-5889
    e-mail :[email protected]
    Laman Web :www.starbucks.com.my
    No. Rujukan :JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/ 2 018-12/2006
    Pegawai Rujukan :Aisya Tukiman

  • iffat December 21, 2010 at 2:04 pm

    starbucks tu dtg dri israel,kaji la sebenarnye,itulah sruh blajar tnggi2 dan guna ilmu tu,jgn mudah percaya,dan sesungguhnya org kafir terlalu byk tipu muslihat…..pkir lah,starbucks mmg HARAM……………

    • Maya Elfriani July 13, 2011 at 4:54 pm

      YEE SAYA SETUJU DGN ENCIK IFFAT, ‘STARBUCKS’ TU MEMANG BERASAL DARI ISRAEL…. DAN SEBILANGAN PRATUS DR HASIL JUALAN BARANGAN ITU AKAN DI SUMBANGKAN KEPADA BEKALAN SENJATA UNTUK MEMBUNUH UMAT ISLAM…. FIKIR2KAN LAH…..

      • Nash August 6, 2011 at 11:20 pm

        Saya sekarang ni belajar di Washington DC. Dan, for your information, ramai orang Islam ada kat sini. Kalau pergi ke Starbucks, you can see many of those wearing hijab drinking Starbucks. And when I asked these people about the origin of Starbucks, this is what they tell me, “The first Starbucks was opened in Seattle, Washington, on March 30, 1971….Not Israel…” And about providing financial support to Israel, how can you prove it? By believing whatever the newspaper says or rumors that are spread? Please explain me this, why do Starbucks have a partnership with the middle east including UAE and Qatar?

  • izzy August 27, 2010 at 1:39 pm

    kalau starbucks benar2 haram kenapa ia terdapat disalah sebuah mall di tanah suci haram Mekah?

  • Aliff March 16, 2010 at 10:54 pm

    Walaupun ini cerita lame, org still pandang2 ak bile minum starbucks. Org still ckp haram. Sedangkan starbucks mmg ade sijil halal JAKIM. Mcm kt http://www.jurnalhalal.com/2010/03/adakah-starbucks-dan-coffee-bean-halal.html pon da ckp ade sijil halal. Bnyk lg la sumber2 laen. X baek dengar khabar angin je. Kene siasat sniri ;)

  • wniizati November 23, 2009 at 5:08 am

    betul tu, kalau was-was, jgn minum n mkn. sblm ni pun ada dgr pasar Emulsifier. byk jugakla jenama terkenal ada benda tu..
    so, bila beli barang jgn tgk tarikh luput saja.. tgk kod E?? byk lagila selain dpd E471
    .-= wniizati´s last blog ..Windows Live Writer =-.

  • mohdisa November 22, 2009 at 2:52 am

    aku lepak je starbucks, tp mmg tak minum kopi dia. just minum air tin ng pekena fries jerk. hehe
    .-= mohdisa´s last blog ..Ulasan The Twilight Saga New Moon =-.

  • blogresipi November 15, 2009 at 3:15 am

    oh…kenalah lebih berhati-hati dengan starbucks dan coffee bean. kalau was-was eloklah dijauhkan. :) .-= blogresipi´s last blog ..Roti Canai Dan Roti Telur =-.

  • honeyy November 12, 2009 at 2:27 pm

    penah dgr gak dlu pasal ni. tp betol ke x, xtau lah. check2 ari tu diorang ckp halal.. emmm
    .-= honeyy´s last blog ..dirasuk SETAN =-.

  • Adam November 12, 2009 at 3:08 am

    Terima kasih atas informasi. Sebaiknya jauhkan daripada perkara yang was-was.

  • negaraku.net November 11, 2009 at 10:27 am

    Starbucks Haram? | Aku dan kamu.. | Weblog Popular 1Malaysia…

    Siapa diantara korang semua menggemari minuman di Coffee Bean dan Starbucks? Korang pasti terkejut dengan pengumuman yang aku dapat dari salah sebuah laman forum tempatan. Aku tak pasti samada betul atau tidak pengumuman yang dikeluarkan JAKIM since ak…

Previous post:

Next post:

.