11

Selamat Hari Lahir Ayahanda…

by Mr.Bintang on November 1, 2009

Ayah,
Aku tak ada apa² nak berikan pada ayah,
Aku cuma nak mintak maaf,
Sejak aku lahir sehinggalah umurku menjangkau 25 tahun,
Aku mungkin telah banyak meyusahkan ayah,
Aku tak dengar cakap ayah,
dan mungkin aku pernah meninggi suara pada orang yang selama ini membesarkanku,
Maafkan aku ayah…

Biarpun begitu,
Apa saja yang ayah nak, aku turutkan,
Adakalanya aku turutkan dengan rasa terpaksa,
Adakalanya aku diamkan diri tak mendengar kata,
Maafkanku ayah,

Aku tahu, ayah inginkan yang terbaik untukku,
Aku juga ingin menjadi yang terbaik di mata ayah,
Aku janji aku akan capaikan hasrat ayah…

Ayah,
Aku tahu selama aku hidup,
tak pernah walaupun sekali aku ucapkan terima kasih pada ayah,
Mungkin aku malu…

Terima kasih ayah atas segala²nya…

Selamat Hari Lahir yang ke-50 ayah,
Semoga ayah sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki… Amiin…

Sayang ayah…

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.

  • mohdisa November 22, 2009 at 2:58 am

    bagus, mcm ni lah seorang anak. i proud wit u. :) .-= mohdisa´s last blog ..Ulasan The Twilight Saga New Moon =-.

  • syin November 4, 2009 at 1:21 am

    alhamdulillah setakat ni kedua org tua aku masih lagi dipanjangkan usia…kadang2 terpikir gak bila mereka berdua tiada lagi..xtahu mcm mana kehidupan aku nanti…

    “Hargailah kedua org tua anda…sayangilah mereka….”
    .-= syin´s last blog ..Bloggers Tee : Dah sampai dah… =-.

  • ezany November 2, 2009 at 1:28 pm

    muda lg ayah ok ek.. ayah aku dah nak msk 55.. tp nmpk lbh muda kot.. sbb xde la nmpk rambut putih sgt..
    .-= ezany´s last blog ..Auto Highslide =-.

  • ruff November 1, 2009 at 10:17 pm

    Selamat Hari Lahir buat ayah awk…
    :-P
    .-= ruff´s last blog ..Tersentuh dan menyentuh =-.

  • negaraku.net November 1, 2009 at 4:31 pm

    Selamat Hari Lahir Ayahanda… | Aku dan kamu.. | Weblog Popular 1Malaysia…

    Selamat Hari Lahir Ayahanda……

  • zura November 1, 2009 at 2:27 pm

    hepi besday pakcik…
    sebaya ayh zura kot 7 nov ni genap 50 taun :wink: .-= zura´s last blog ..My Sis Convocation =-.

    • Mr.Bintang November 2, 2009 at 3:32 am

      sebaya la tu.. :P hihihi.. hepi besday gak kat ayah zura x lama lagi.. :)

  • Kill-Vearn November 1, 2009 at 10:04 am

    pergh bia betik sama seh tarikh lahir ngan nass.. hohoho.. happy befday ayah fizz.. moga panjang umo murah rezeki.. take care oke..
    .-= Kill-Vearn´s last blog ..Welcome Ladynass.com =-.

Previous post:

Next post:

.