Hahaha.. tajuk entry tak boleh blah!! Sebenarnya aku dah draft entri ni lama dah tadi.. balik dari balai polis tadi ingat nak terus publish.. internet plak cam hampeh!! Boleh twitt tadi pun sebab nasib jee.. skrg ni baru ok skit.. so.. selamat membaca!
Streamyx Ooh! Streamyx
Maaf semuanya, aku tahu ramai yang tertanya² kemana aku pergi.. dah lama tak nampak aku kan?
Ye ke? ke aku yang perasan? Hahaha..
Dah sebulan rasanya aku jarang berbuat apa² di blog.. Aku rasa hilang semangat.. Buntu nak buat kerja.. Stress memikirkan kerja yang masih belum siap yang mana bergantung sepenuhnya pada internet.. Sampai bila harus macam ni?
Aku tahu, ramai juga yang tension dalam hal ini.. Aku juga pernah mengeluh di beberapa tempat sekadar nak meluahkan rasa tak puas hati.. kesal.. dan melepaskan tension.. Tak kira lah di Twitter, Facebook dan mana² lagi.. Namun ada juga yang tak suka dengan luahan aku..
Tak apa.. aku tak kisah.. membangkang lah ko.. tempat ko ok.. ko leh eksen.. kan? kan?
Bagi aku.. perkhidmatan internet di Malaysia sememangnya berada ditahap kurang memuaskan bagi sesetengah tempat.. tak kiralah apa jenis ISP sekalipun.. Bagi tempat yang perfect tu korang tak bising lah erk.. senyap² sudah.. kami yang tak bernasib baik ni sekadar nak menyedarkan ISP² di Malaysia ni supaya meningkatkan kualiti diorang.. kasihanlah kami.. kami bayar lebih tapi kualiti yang diberikan cam hampeh!!!
Pernah satu ketika aku mengadu hal ini pada pihak yang bertanggungjawab.. kemudian datanglah technician untuk mengenalpasti masalah.. hasilnya..
Encik, kawasan tempat tinggal encik sebenarnya tak sesuai untuk memasang internet.. kedudukan rumah encik berada di luar radius bla.. bla.. bla.. (aku tak hengat dah)
Dalam hati aku,
Mamat ni pehal? Luar radius pala hotak ko.. Kenapa dulu ok je? Dan ramai gak jiran kawasan rumah aku ni guna internet.. Cyber Cafe pun ada tak jauh dari umah aku.. guna streamyx gak.. tak sesuai apanya?!!
Itu kisah setahun yang lepas.. Lepas tu internet di rumah aku kembali seperti biasa walaupun tak selaju dulu.. boleh lah nak surfing², berbloging, buat itu ini.. Tetapi makin lama kulaiti makin menurun.. makin kerap down!! down!! down!! dan down!! terusss.. sampai sekarang..
Aku nak try uji speedtest.net tadi.. berkurun aku menunggu.. =.=”
dan hasilnya… “page error”
Ok lah.. malas nak membebel panjang.. setakat ini sajalah entri kali ni..
Oh ye.. nak bagi satu soklan kat korang semua.. yang mana nak test IQ tu leh la try.. harap dapat jawab ye.. hehe..
[notice type=doc]Soalannya: Umur S adalah 7 kali lebih tua dari umur Y sekarang. Dalam masa 20 tahun lagi, umur Y adalah separuh umur X. Berapa umur S dan Y dalam masa 20 tahun lagi?[/notice]
Selamat Menjawab!!
Sekian, Wassalam..
dah mmg lumrah tmnet sekarang ni dah semakin tak best…
sabar je lah… cara yg terbaik tukar broadband lain…
soalan iq tu tak terjawab… heheh
.-= ery´s last blog ..Lagi Kes Dera – Bapak Pukul Anak Yang Nak Pakai Tudung =-.
haha, aku tak pakai streamyx tak tahulah nak cakap apa. tp time aku keje kat kedai komputer dlu. mmg byk masalah streamyx ni. klu down, busnis pun tak jalan la. wat sakit hati jerk. test iq tu aku tak dapat jawab. sebab otak aku pun tgh buntu skg ni. hehe
.-= mohdisa´s last blog ..Kawan Makan Kawan? =-.
hah ape lg…POTONG la..kihkihkih
.-= zura´s last blog ..My Sis Convocation =-.
sori saya x suka bermain teka teki
macam mjawab soklan matematik kt sekolah
benci benci
SUNAT la… hahahaha…
matematik sure fail nih.. hihi.. gurau jee.. :P
oo, mcm tu ye keadaan tenet di mlysia..
haha, nasib baek tak de sane..hihi
mmmm, sokaln teka-teki tu betul² menguji ke..? mari mane dtgnye X..??
tanye…..
.-= duan´s last blog ..Benarkah Islam Itu Pengganas =-.
hehe.. ntah la.. mmg camtu pun soklan yang aku dpt..
X = dummy rasanya.. hihii.. pepandai jee..