16

Tanda-tanda Jangkitan Influenza A

by Mr.Bintang on August 2, 2009

INFO INFLUENZA A ( H1N1 )
Adalah penyakit sistem pernafasan akut yang diakibatkan oleh jangkitan virus Influenza A ( H1N1 ). Ianya boleh dijangkiti melalui titisan cecair daripada salur pernafasan pesakit yang dijangkiti semasa bersin, batuk, atau bercakap pada jarak yang dekat ( kurang 1 meter ) atau bersentuhan dengan permukaan / objek yang tercemar.

Antara tanda‐tanda penyakit ini adalah

  1. Demam panas ( > 38 *C )
  2. Sakit tekak
  3. Batuk
  4. Sakit badan / sakit kepala
  5. Sesak nafas
  6. Lemah tubuh badan / selera makan berkurangan

Rawatan

Rawatan penyakit ini adalah secara simptomatik. Ubat antiviral tertentu boleh membantu jika diberi pada peringkat awal jangkitan.
Sehingga kini, tiada vaksin yang boleh digunakan untuk mencegah jangkitan Influenza A ( H1N1 )
Langkah‐langkah kawalan dan perlindungan diri

  1. Tutup mulut dan hidung dengan tisu dan sapu tangan ketika bersin dan batuk
  2. Cuci tangan dengan sabun selepas batuk/bersin atau menyentuh permukaan yang tercemar
  3. Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah
  4. Pakai penutup mulut dan hidung ( mask ) ketika dijangkiti Influenza A ( H1N1 )
  5. Elakkan berada di tempat awam jika anda dijangkiti Influenza A ( H1N1 )
  6. Elakkan dari melawat/melancong ke negara‐negara yang dilaporkan mempunyai kes-kes Influenza A ( H1N1 )
  7. Dapatkan rawatan segera di hospital sekiranya mempunyai tanda‐tanda Influenza A ( H1N1 )

Untuk maklumat lanjut serta statistik-statistik terkini mengenai Influenza A ( H1N1 ) anda boleh lah mengunjungi Laman Web Rasmi Influenza A ( H1N1 ) Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kepada @mrsbintang tersayang yang tengah demam tu.. kalau demam dinda tu tak ok gak, cayam g klinik eyh? Kanda wisau tau.. ok sayang?

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.

  • rez18 June 21, 2010 at 3:24 pm

    da 4ari sa sakit..
    got flu,fever..tekak pun sakit..
    smlm rasa teruk sgt..
    suhu bdn sa 38.3c…
    sa sgt bhrp sa x djangkiti h1NI… :roll:

  • suffer8zine May 20, 2010 at 9:54 am

    berhati2 terhadap serangan kedua h1n1

  • Hafiz May 2, 2010 at 9:40 am

    dah 3 hari demam lepas tu rasa sakit tekak,sakit kepala,sesak nafas kurg selara mkn hrp2 bukan H1N1..Amin

    • Mr.Bintang May 2, 2010 at 9:46 am

      dah buat pemeriksaan tak? demam sekarang tak boleh dipandang remeh.. kena juga periksa.. mana lah tau kan?

      harap² bukan H1N1 lah ye.. semoga cepat sembuh.. :)

  • MakEsah August 24, 2009 at 11:29 pm

    penyakit nie sebenarnya pernah wujud dahulu…. sebenarnya dengan makan peria saja dah boleh ubati penyakit nie…

    • qistina August 25, 2009 at 10:08 pm

      macam mane kaedah dengan cara makan peria jer boleh sembuh

      boleh terangkan x?

  • annestasia August 12, 2009 at 9:05 pm

    dah 2 ari demam..tp mild je
    last week pn demam+batuk,pegi HKL doc bg ubt biasa je..paracetamol+ubt btuk..
    pas mkn ok..tp the next day sure demam blik..n starting yesterday i da mula rs sesak nfas+skit dada sikit.. plus btuk n panas bdan tp not sure whether H1N1 or not..esk still skit dada i’ll go further chck up..
    I pray to Allah..hrp2 bkn H1N1..Amin.

    • Mr.Bintang August 14, 2009 at 7:53 pm

      Insya Allah anne tak apa².. :) tapi better check up ok?
      so skrg ni camne?

  • optimus prime August 6, 2009 at 3:38 pm

    klu rasa kebas kt kaki tu gejala H1N1 gak ker?

  • negaraku.net August 6, 2009 at 1:46 am

    Tanda-tanda Jangkitan Influenza A | Aku dan kamu…..

    INFO INFLUENZA A ( H1N1 )
    Adalah penyakit sistem pernafasan akut yang diakibatkan oleh jangkitan virus Influenza A ( H1N1 ). Ianya boleh dijangkiti melalui titisan cecair daripada salur pernafasan pesakit yang dijangkiti semasa bersin, batuk, atau berc…

  • azizan4444 August 2, 2009 at 9:29 pm

    aku pakai mask nmpk cm superhero plk.ades.hehe

    • Mr.Bintang August 2, 2009 at 9:34 pm

      hihi.. xpe la.. macho ape.. :D area ko dah ade eyh?

  • jard August 2, 2009 at 6:27 pm

    salam.. sy tgh wat kajian ttg penyakit ini.. thanks for the info!

  • my August 2, 2009 at 4:47 pm

    xde ape pun nak komen

  • pligg.com August 2, 2009 at 12:48 pm

    Tanda-tanda Jangkitan Influenza A | Aku dan kamu…..

    Tanda-tanda Jangkitan Influenza A (H1N1)…

  • negaraku.net August 2, 2009 at 12:24 pm

    Tanda-tanda Jangkitan Influenza A (H1N1)…

Previous post:

Next post:

.