H1N1
Kelmarin aku terasa sibuk seketika melaporkan update² terkini mengenai Virus Influenza A(H1N1) yang semakin menular ke seluruh Malaysia. Dah macam wartawan tak bertauliah lak aku sebab kopipes news² terkini plus aku ada la edit² skit.. hehehe.. Ketika aku menulis entri ini, sudah 8 orang menjadi mangsa kerakusan H1N1 atau lebih mudah dikenali sebagai selesema B4B1.. hahaha.. tapi menakutkan gak la.. terbaru aku dapat tau.. sepupu aku sendiri masuk ward akibat sesak nafas.. disyaki telah dijangkiti H1N1. Family terdekat dia pun dengarnya dikuarintinkan. Risaunya.. Sekarang ni aku risaukan bapak aku.. dia dah mengadu mendapat tanda-tanda jangkitan, tapi tak dapat dipastikan betul ke tak.. Tempat adik aku belajar (Kolej Matrikulasi Changloon, Kedah) pun turut dilaporkan ada kes H1N1.
“Ya Allah, Kau jauhkan lah aku, keluargaku dan juga insan yang paling aku sayang dari wabak ini” Amiin..

Hurmmm.. wabak ni tak mengenal sesiapa kan? Oleh itu, kita semua harus mengambil langkah berjaga-jaga. Sekiranya korang demam, cepat² lah pegi klinik buat pemeriksaan. Jangan anggap demam biasa, memang bermula dari demam biasa tapi kita mesti bertindak awal sebelum kita menjadi mangsa.. betul tak?
Weblog Popular 1Malaysia
Tutup cerita H1N1, buka cerita lain lak.. apa ya? Oh ya.. sebelum ni aku ada menyertai contest Weblog Popular 1Malaysia anjuran Denaihati dengan hadiah berupa wang tunai berjumlah RM5000.. fuhh! banyak tuu.. tapi bukan lah RM5000 bulat² kita dapat.. nak tau lebih lanjut sila klik sini. Dalam contest tu aku disyaratkan supaya mencalonkan blog yang boleh membantu menambah ilmu menguruskan blog dengan lebih baik untuk Denaihati. Sehingga kini aku masih belum ada idea untuk mencalonkan siapa.. Boleh ke kalau aku nak calonkan aku sendiri? hahahaha.. Terpulanglah kat aku nak calonkan siapa kan?
Salah satu syarat nak menang wang tunai adalah dengan menduduki kedudukan EMPAT (4) teratas dalam carta carian di google.com.my berdasarkan keyword Weblog Popular 1Malaysia pada tarikh tutup contest tersebut. Aku di tangga ke berapa ya? Search la sendiri.. hehehe.. Apa-apa pun, nantikan update terkini mengenai contest anjuran Denaihati ini.
Twitterwall of Fame
Hahaha.. aku jumpa competition ni masa sedang bertwitter bulan lepas.. Kalau tak silap aku @marzukijalil yang mulakan dulu kat twitter.. lepas tu aku terus addict la ngan benda nih.. tak guna ko @marzukijalil hahahaha.. Apa-apa pun sekarang ni aku tengah ‘fight’ dalam peringkat Worldwide Competition.
dan paham² la ape nak wat.. hehe..
Wassalam..




{ 2 trackbacks }
{ 7 comments… read them below or add one }
Yelah kanda..skg ni wabak H1N1 semakin menjadi2 Kat Sabah ni pun ada gak tp bilangannya sikit jee..td akak baru jee kol kat sekolah dia kecoh ada mak murid ni positif H1N1 tupun bila pihak sekolah mendapat makluman dari pihak hospital so anak dia tus dia bawa ambulan gi hospital cek mana tau dijangkiti wabak ni..oh yee kanda bawalah ayah tu gi cek..takut gak sebab wabak ni senang berjangkit melalui pernafasan…time dinda demam tu wisau gak hihii..bilew cek sib baik demam panas jee..tp skg ni kena gak berwaspada…dinda harap ayah kanda dijauhi dari wabak ni yang penting cepat2lah berjumpa doktor..
Sbb tu lah kanda wisau sesangat masa dinda demam aritu.. Alhamdulillah lah dinda demam biasa jee.. hehe..
Ayah kanda tu leh je dia pegi spital.. tp dia ckp awal lagi.. maybe biasa je kot.. tp tu lah.. awal tu lah nak kene berjaga-jaga kan? takut nnt jd teruk.. ntah lah dinda.. kanda pun harap tak da pape lah kat ayah kanda tu.. hihi..
dinda kat sana berwaspada gak tau.. mana la tau dinda demam balik ke nnt tus g jumpa doktor eyh cayam.. x mo lengah²..
ok dinda cayam… mizz u.. hihi..
1 – betul3.. mencegah lebih baik dr mengubati. so, kalau dah rasa demam2 tu, cepat2lah pergi klinik dan buat pemeriksaan.. kalau betul kena simptom jangkitan, boleh elak dr kena kat org lain plak.. tak gitu? hehehe..
2 – wah, promot kaw2 nmpak. hehehe.. anyway, semoga bro dan juga aku akan jd pemenang. hahaha..
3 – apakah bendanya Twitterwall of Fame tu? kalau menang, dpt hadiah tak mr bintang? lalala..

azizwan(dot)com´s last blog ..Penting sangat ker visitor yang mencanak?
1 – betul³.. hehe.. skrg ni pun dah 12 orang menjadi korban.. 4 orang yg terbaru.. hurmmm..
2 – hehe.. biasa jer.. leh kasi idea blog sape eyk yg seswai dpt RM1000 tu.. hahaha..
and yang RM 250 tu moga menjadi milik kita kan? lalalalala..~
3 – tak de hadiah pun.. just for fun competiton jerr.. hehehe..
1 – seram sejuk je nengok angka yg semakin bertambah tu. yer la, siapa tau kan kot2 esk lusa kita plak yg menambah angka tu. Allahualam..
2 – haha.. setuju2.. semoga 2 dr 4 pemenang utk rm250 tu adalah aku dan bro.
3 – owh, mcm tu. huhu

azizwan(dot)com´s last blog ..Penting sangat ker visitor yang mencanak?
hmm.. tadi baca entry terbaru kat blog fizz@gapura..
satu jer terfikir.. ALLAH pernah mengingatkan kita dengan amaranNYA.. iaitu jangan sampai DIA menurunkan bala, semata-mata untuk mengingatkan hamba-hambaNYA yang sedang lalai.. bila ALLAH dah turunkan mala petaka, semua pun akan turut merasakan kesannya..
wallahualam..
apa2 pun, sama2 la kita berdoa.. semoga Allah mengampunkan dosa2 kita, ibu bapa kita, guru-guru yang mencurahkan ilmu kepada kita, saudara-saudara kita, dan seluruh ummat islam yang terdahulu, sekarang dan yang terkemudian.. semoga Allah memelihara kita semua daripada bala ini.. amein ya rabbal ‘alamein..
makin hari makin ramai yg meninggal kesan virus ni..jika ad simptom2 tu cpt2 la bjmpa doktor..bahaya2..
azizan4444´s last blog ..Sedikit Update Peribadi, Boleh?