Apabila tibanya Ramadhan, siapa yang harus dipersalahkan?

Assalamu’alaikum semua..

Terasa agak lama aku mebiarkan blog yang tak seberapa ini tanpa sebarang entri terkini. Maaf ya kepada kalian yang menunggu.. (ada ke?) Rasanya semua sudah tahu yang blog aku kebelakangan ni agak bermasalah, agak perlahan dan bermacam-macam lagi lah. Tetapi tidak sekarang ini, kerana aku sudah pun terpindah ke rumah baru (Serverfreak) yang dijamin lebih baik dari hari semalam.. erk? hehe..

Baiklah, dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..

Salam Ramadhan aku ucapkan kepada para pengunjung dan pembaca tetap blog aku yang tak seberapa ni.. hehe.. kepada para blogger semua.. kepada kekasih hati.. :”> dan kepada semua lah yang mengenali diriku ini.. chewahhh! Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga amal ibadah kita diterima dan diberkati ALLAH SWT hendaknya. Amiin..

Kepada yang berpuasa tu, disarankan lewatkanlah bersahur dan cepatkanlah berbuka puasa ya? Kerana, Rasulullah S.A.W. menggalakkan perkara yang sedemikian bagi keringanan umatnya. Ketika berbuka puasa pula, janganlah terlalu banyak makan, kerana perbuatan yang sedemikian akan membuatkan kita jadi malas dan mudah beroleh penyakit. Betul tak? Kang tak pasal² solat pun tinggal..

Baiklah kawan-kawan,

Seperti yang kita tahu, bulan Ramadhan ini adalah bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Kawan-kawan sekalian, terfikirkah kamu? Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi ‘petunjuk’ kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:
Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga.

Kawan-kawan sekalian,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu.

Pesanan di bulan Ramadhan:

Banyakkan bersabar kerana bulan Ramadhan itu bulan kesabaran dan ganjaran di sisi Allah adalah syurgaNya yang penuh dengan nikmat..
Basahkan lidah dengan memperbanyakkan zikir kerana ia dapat menyucikan dan menenangkan jiwa di bulan Ramadhan yang pernuh berkat ini..

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.

  • pligg.com September 1, 2009 at 8:58 pm

    Apabila tibanya Ramadhan, siapa yang harus dipersalahkan? | Aku dan kamu…..

    Kawan-kawan sekalian, terfikirkah kamu? Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki …

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  • Kill-Vearn August 29, 2009 at 12:51 pm

    ah lan wah sahlan ya ramadhan… ah lan wah sahlan ya ramadhan…
    moga amalan kita diterima Allah…
    .-= Kill-Vearn ´s last blog ..Bilakah Tibanya Hari Kiamat? =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  • azizwan(dot)com August 29, 2009 at 1:59 am

    kesimpulannya.. jgn beli makanan kat bazar ramadhan bebanyak.. nanti membazir. hehehe.. tau le time nengok makanan tu semua nmpak sedap, tapi bila dah berbuka, minum air 1 gelas pun dah kenyang. kat mana lg nk letak makanan yg byk2 tu. hehe..

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  • zura the sweet.ants August 28, 2009 at 10:08 pm

    thanks for this posting…
    selamat berpuasa buat en.bintang sekeluarga :-P
    .-= zura the sweet.ants´s last blog ..Kisah Ramadhan Ku (part 2) =-.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  • mrsbintang August 28, 2009 at 2:53 pm

    Dalam hal ini, Rasulullah bersabda :“Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadan berlaku sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya).

    Alangkah ruginya jika kebanyakan umat Islam mensia-siakan atau tidak memanfaatkan kedatangan Ramadan yang sebentar itu dengan kerja kebajikan. Perkara ini kerana pada bulan inilah Allah memberi banyak keistimewaan iaitu berupa ganjaran pahala berganda bagi setiap amalan baik yang dikerjakan. Ia tidak dikurniakan Allah pada bulan lain. Semoga kita memperolehi rahmat dariNYA.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  • negaraku.net August 28, 2009 at 2:52 pm

    Apabila tibanya Ramadhan, siapa yang harus dipersalahkan? | Aku dan kamu…..

    Kawan-kawan sekalian, terfikirkah kamu? Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki …

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Previous post:

Next post: