
Assalamu’alaikum semua..
Apa khabar? Harap korang semua sihat² belaka.. hihihi..
Baiklah.. Pada entri kali ini aku ingin berkongsikan sesuatu kepada anda semua.
Apa yang akan dikongsikan dalam entri ini ialah Tips Menjawab Soalan Temuduga – Soalan Bocor Untuk Semua!
Nak tahu? Teruskan membaca!
Terbuka kepada semua.
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
Di dalam kubur (alam barzakh).
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau
seksi. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal (Fotostat tidak diterima).
Mungkar dan Nakir.
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
Anda hanya perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
Hadis Hassan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW:
“Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu.
Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya’Allah.
Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.
Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya.”
Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki)!
waa… doalan bocor yang baik… tapi nanti x tau bleh jawab ke x. tingkatkan iman…ok
tq.. boleh la guna masa nak temuduga nanti
.-= mat´s last blog ..Rahsia Affiliate Kerajaan/PemasanAffiliate [del.icio.us] =-.
saya cukup tenang pabila saya baca sebab saya boleh cakap dekat semuaorg yang saya dah pandai agama!!!
ouh..insaf sekejap~ :roll:
ingatkan temuduga nk jadi artis ke td…skalik bace
dum!! hahah terkena den :?:
aku dah pnah baca gak ni dulu..
jawapan bocor xde ker.. hehe.. :oops:
.-= ezany´s last blog ..Blog Updated!! New Widget Added =-.
ha.. tgk ayat 1st je aku dah tau dah sbb aku dah pernah baca soalan bocor ni kat blog ibnmasir (tau ke?). huhu.. apa2 pun, sama2lah meningkatkan amal jariah agar mudah utk kita menjawab semua soalan temuduga itu kelak even ianya telah dibocorkan :cry:
.-= azizwan(dot)com´s last blog ..Jom sertai contest weblog popular 1Malaysia anjuran Denaihati =-.
x tau kot.. hihihi..
amal ma’ruf nahi mungkar..
Tips Menjawab Soalan Temuduga – Soalan Bocor!…
Assalamu’alaikum semua..
Apa khabar? Harap korang semua sihat² belaka.. hihihi..
Baiklah.. Pada entri kali ini aku ingin berkongsikan sesuatu kepada anda semua.
Apa yang akan dikongsikan dalam entri ini ialah Tips Menjawab Soalan Temuduga – Soalan B…
ermm..wat suspen jeee kanda ni
diri kita dari siksaan kubur..semoga kita termasuk dalam golongan mereka yg beriman “amin”
tapi x pee ok gak soalan camni siapa x hafal tu silewlah menghafalnya mulai skg ni hihihi…tpi x guna gak kalau didunia kita boleh jawab semuanya lum tentu dialam kubur..hanya amalan soleh yg dapat menjauhkan
.-= mrsbintang´s last blog ..Si Gadis Juga Menyintai kamu..Kalau?? =-.
Insya Allah.. Amiin..
Err.. suspen ke dinda? hihihi..