Soal Hati, Soal Perasaan

by Mr.Bintang on July 12, 2009

“Anda punyai seorang kekasih yang merupakan segala-galanya dalam hidup anda. Suatu hari anda mendapat tahu bahawa ada orang lain telah jatuh cinta terhadap kekasih anda, dan orang itu pun tahu bahawa orang yang dia cintai itu sudah berpunya, dia tahu itu adalah kekasih anda. Malangnya dia tetap berharap agar kekasih anda menerimanya. Saban hari dia memohon kepada kekasih anda agar cintanya diterima. Lebih malang lagi, dia kononnya telah memutuskan perhubungan dengan kekasih lamanya semata-mata ingin mendapatkan kekasih anda. Apa tindakan anda?”

Jika kita memikirkan soal hati..
Cinta selalunya dikaitkan dengan hati. Jangan mempersalahkan seseorang itu jika dia jatuh cinta terhadap pasangan kita. Sebab cinta itu soal hati. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak ingin berperasaan seperti itu, sebab dia tahu orang yang dia cintai itu telah berpunya. Tapi.. kenapa dia masih mengharap?

Jika kita memikirkan soal perasaan..
Kita sebagai kekasih kepada kekasih kita pasti akan berasa tergugat atas kehadiran orang itu, kita akan berasa cemburu, terluka dan sakit hati kerana kekasih kita kerap kali diganggu. Perasaan ini wujud dengan sendirinya kerana kita takut kebahagiaan yang kita kecapi akan terancam. Seandainya kita tidak pandai mengawal perasaan, tidak pandai menggunakan kewarasan dalam pemikiran kita, segala-galanya akan hancur.

Cinta adalah anugerah yang terindah dari Tuhan yang Maha Pencipta. Kita wajib bersyukur kerana telah dianugerahkan cinta. Setiap orang berhak mencintai dan dicintai, berhak mencintai siapapun tetapi jangan sampai hak itu melukai orang lain. Kita tidak berhak memaksa orang lain untuk membalas cinta kita. Bukankah sesuatu yang dipaksa hanya akan menimbulkan penderitaan dan sakit hati? Bukankah pemaksaan bererti melanggar hak asasi?

Aku bercerita tentang pengalaman..
Biar aku dilukai, jangan orang lain terluka..

Yang sabar menghadapi dugaan..
Mr.Bintang

{ 5 trackbacks }

Mr.Bintang WordPress
July 12, 2009 at 9:15 pm
Mr.Bintang WordPress
July 12, 2009 at 10:29 pm
Mr.Bintang WordPress
July 12, 2009 at 11:41 pm
Mr.Bintang WordPress
July 13, 2009 at 9:24 am
Mr.Bintang WordPress
July 14, 2009 at 10:35 am

{ 13 comments… read them below or add one }

1 x-po MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 12, 2009 at 9:19 pm

hoho sbijik cam kisah aku je ni bro..hoho jantan keparat tu konon2nya ckp dh putus tunang sbb nk g kt ex aku..hmpeh taik kmbing
x-po´s last blog ..KAU PERGI…. My ComLuv Profile

Reply

2 Mr.Bintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 13, 2009 at 2:19 pm

taik kambing pun x sehampeh dia kan? hihi..

ntah la judin..
kalau kite fikirkan balik perkara tu, kita tak akan tenang..
macam² yang akan keluar..
fikirlah secara halus.. mungkin ada hikmah disebalik itu..
yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah.. :)

Reply

3 mrsbintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 12, 2009 at 9:42 pm

hari ini cinta memberimu air mata derita
hari ini pula cinta akan memberimu senyuman mesra
karana insan hidup bersandarkan pada dua hal
hidup dan mati,baik dan salah,derita dan cinta.
jangan mengeluh karana ketika itu kita perlukan kekuatan
untuk mengharungi segalanya
cinta adalah hiasan kehidupan
yang di titipkan oleh Allah
ke setiap insan
cinta yang hadir tak pernah dipinta
Bukan dia berkhendakan begitu
Namun hati dan naluri mengalahkan dirinya
Walau ditolak semakin mendesak
cinta yang datang cinta terlarang
Mengharap bunga yang mekar ditaman orang
Kalau hati teguh dua jiwa menjadi satu
Takkan goyah walau badai menimpa
kalau mencintai seseorang apakah perlu untuk dilafazkan..
bagaimana ingin dilafazkan sekiranya amat pasti cinta yang dia ingin miliki bukan untuknya..
mrsbintang´s last blog ..Si Gadis Juga Menyintai kamu..Kalau?? My ComLuv Profile

Reply

4 azizwan(dot)com MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 13, 2009 at 5:07 am

fuh.. power2.. aku tertarik sesangat dgn paragraph last tu krn ianya memang benar. tiada yg benar melainkan yg benar2 belaka..

Setiap orang berhak mencintai dan dicintai tp apa makna semua itu jika ada pihak lain yg hatinya dilukai? :cry:
azizwan(dot)com´s last blog ..Iklan celcom yang diharamkan TV! My ComLuv Profile

Reply

5 zura MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 13, 2009 at 4:24 pm

huhu pngalaman sape ni pizz?
klu pngalaman pizz nk ucp takziah laa…mmg cian org yg
kene cam tu sekali pasti sakit ati, bengkekkk je kan?
setia lah pd kekaseh anda n terima dia seadanya dia
hargai dia selagi ada, nti dah kne kebas dek org dah ternganga
ngaaa… :lol:

Reply

6 mrsbintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 13, 2009 at 8:22 pm

mrsbintang tetap setia walau ader yg ingin mendekat..
walau ia setampan c.ronaldo
tetap xkan beralih arah gak hihihi chewahh! :-P

Reply

7 Mr.Bintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 13, 2009 at 9:59 pm

ni yang sayanggggg sesangat kat dinda ni.. hihihi.. :oops:

Reply

8 zura MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 14, 2009 at 12:37 am

no komen~ :lol:

Reply

9 Mr.Bintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 14, 2009 at 12:02 pm

hihihi.. :p knp lak no komen?

10 Kill-Vearn MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 14, 2009 at 1:56 pm

ye ke ni tasha? hehehe.. bukan ke suka sgt kat c.ronaldo tuh.. hahaha…
Kill-Vearn´s last blog ..Kill-Vearn: iNove Mode My ComLuv Profile

Reply

11 Kill-Vearn MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 14, 2009 at 1:57 pm

fizz.. erm aku nak tanya pengalaman bile tuh eh? takkan lani.. kalo lani mmg ko di tahap bahaya neh.. sabo la beb… tapi sedih aku tgk signature ko tu ” yang tabah menghadapi dugaan, mr bintang”…
Kill-Vearn´s last blog ..Kill-Vearn: iNove Mode My ComLuv Profile

Reply

12 Luth Textile MALAYSIA Mozilla Firefox Windows July 14, 2009 at 5:48 pm

taktau la.. boleh ke tahan kalau biarkan hati kita dilukai?? sampai bila?
Luth Textile´s last blog ..Aku blogging bukan untuk popular! My ComLuv Profile

Reply

13 mrs cat MALAYSIA Internet Explorer Windows December 19, 2009 at 10:04 pm

i cinta kekasih org..n bkn i yg nk jd cmni. die slalu bg harapan kt i bt i tmbh syg kt die..i tkut..i cm da gnggu relationship org tp i dont know wht to do..i da cube untk undur dri tp xlee..i xle xde die..he’s my man.. ;( :(

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!:

Previous post:

Next post: