Kenapa cinta tak perlu dilafazkan?

by Mr.Bintang on June 17, 2009

*****

Cinta yang mahal itu tak perlu dilafazkan..

RINDU!!! Oh..~ itu lah yang aku hadapi sekarang ini.. hihihi..
rindu pada si dia.. :P

Hihihi.. tetibe jiwang lak entry aku kali ini..
Sempena muzik tema blog aku kali ini, “Selamat Pagi Cinta”, aku teringat akan tag line filem Selamat Pagi Cinta iaitu..

“Cinta yang mahal itu tak perlu dilafazkan, cinta yang agung itu adalah satu pengorbanan, tak ramai yang sanggup berkorban kepada orang yang dia cintai…”

Cinta yang mahal itu tak perlu dilafazkan.. kenapa?
Kenapa tak perlu dilafazkan?
Nak tau kenapa?

Jom kita baca satu kisah cinta yang menjawab persoalan tadi..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata ‘Baiklah! Abang mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama sayang!’

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:

‘Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintaimu. .. sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu. .. sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyumanmu, aku mencintaimu. .. sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. .
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu. … sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. .
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi..

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!
Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.’

Inilah makna cinta.

Credit to Zaki.com.my for this great love story!

{ 5 trackbacks }

Mr.Bintang WordPress
June 17, 2009 at 5:40 am
Mr.Bintang WordPress
June 17, 2009 at 1:40 pm
Mr.Bintang WordPress
June 17, 2009 at 3:53 pm
negaraku.net MALAYSIA
June 17, 2009 at 3:57 pm
Mr.Bintang WordPress
June 17, 2009 at 7:44 pm

{ 35 comments… read them below or add one }

1 ubey MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 17, 2009 at 1:46 pm

hahahaha. tenkiu. sayang kamu juga
ubey´s last blog ..Kemusnahan Hidup. Kejatuhan Total. My ComLuv Profile

Reply

2 mrsbintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 17, 2009 at 2:01 pm

Aq memang bercinta dan aq x pernah melafzkannya berulang kali..tp kekadang ada yg x faham menganggap aq x menyintainya..bagi aq lafaz cinta cukup hanya sekali tak perlu tanya sebab apa dan kenapa?? alasannya cuma satu jeee lafaz cinta itu terlalu bererti dalam hidupku “AKU CINTA PADAMU” dan bila lafaz itu ku lafazkan berulang kali tiada apa yg istimewa lagi dalam ungkapan itu kerana ianya sudah terbiasa didengar…Mungkin lain owang lain caranya tp biarlah aq dengan caraku sendiri…Jangan asik tanya kenapa aq x boleh menjadi seperti wanita lain yang bisa mengungkapkan lafaz cinta itu berulang kali sebab aq bukannya dia.. kerana bagi diriku CINTA YANG MAHAL ITU TAK PERLU DILAFAZKAN BERULANG KALI….Mungkin ada yg beranggapan lafaz itu membuktikan betapa kita sayang dengan kekasih kita..rasanya terlalu banyak lagi cara lain yang perlu kita lakukan untuk meluahkan rasa sayang kita…

Dulu si dia melafazkan berulang kali..’AKU CINTA PADAMU” sehari aq ok..tp bila tiap hari lafaz cinta diluahkan berulang kali aq menjadi muak dengan lafaz tersebut…bukan aq x menghargainya tp aq dah jemu dengan perkataan yang sering aq dengar…

Sekarang lafaz cinta aq dan dia..’AKU CINTA PADAMU”walaupun sekali namun sudah memadai bagi diriku….ungkapan itu adalah lafaz yang termahal diantara aq dan dia… ..melafazkannya bila perlu…

Dalam bercinta x de sebab kita bertanya..kerana jawapan yang bakal ditemui akan memerangkap diri kita sendiri xgitu mr.bintang hehehehe… :-D

Mizz u… :-P

Si dia (exbf) yang dulew ngn si dia yang sekarang owang yg berlainan key hihihihi….takut owang terkeliru lak… :lol:
mrsbintang´s last blog ..kU pErLu DOKTOr C-I-N-T-A My ComLuv Profile

Reply

3 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows June 17, 2009 at 3:37 pm

Ye dinda.. betul apa yang dinda cakapkan tu..
Kadang2 perkara sebiginilah punca keretakan sesebuah perhubungan.. sebab tidak ada sifat saling faham memahami..
Ye lah.. lain orang lain cara pemikiran masing2 kan? Namun begitu, setiap pasangan harus ade kesefahaman antara satu sama lain..
Jika tidak.. segala2nya bakal berantakan..

3K tetap di hati..
Mizz u 2 mrs.bintang yg tercayam… :P

Reply

4 Anarm MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 17, 2009 at 4:03 pm

apakah 3K tu? mcm penah dgr je.. hmm
Anarm´s last blog ..Buat email signature menggunakan WiseStamp My ComLuv Profile

Reply

5 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows June 17, 2009 at 7:04 pm
6 chokilala MALAYSIA Google Chrome Windows June 19, 2009 at 4:26 pm

kalau 3R respon, relaks & errr. lagi satu xingat apa. hehe. kalau 3K plak.. kertu, kerepot, kematu. itulah fizz. wakaka. gurau je fifi :lol:
chokilala´s last blog ..Blog Kembali Senyum My ComLuv Profile

Reply

7 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows June 20, 2009 at 10:51 am

hahaha.. lala la tu… wakakakaka.. :lol: gurau gak.. :P

Reply

8 Eriyza MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 17, 2009 at 3:09 pm

Cinta kadangkala kena lafaz gak sbb
kalo x habaq, camna org tuh nak tau
kita cinta kat dia?? :oops:
Eriyza´s last blog ..Rokok Cap Budak My ComLuv Profile

Reply

9 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows June 17, 2009 at 3:47 pm

Memang betul..
Maksud di sini bukanlah tidak melafazkan langsung ya.. :)
Ucaplah seberapa bnyk sekalipun.. andai si dia tak jemu tak apa.. hihihi..
Perkara ni bergantung kepada pendirian masing2.. ada yang suka ada yang tidak..
Tapi bagi yang betul2 memahami.. cukuplah hanya sekali atau melafazkannya bila perlu..
hihihi..

Reply

10 Roslan Nazri MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 17, 2009 at 4:03 pm

aku suka baca pasal ni..betul2 cinta tak semestinya diungkap..nti rasa jemu asyik cakap bende same je..ptt nyer masing2 dah tau..kene time..baru la cakap..ni pakwe tgh penat2 balik keje..awek marah2..abg tak sayang ayg ker? mau menyirap nak jawap..hahaha
Roslan Nazri´s last blog ..Avatar Korang Dalam Post Komen Aku Mahupun Di Post Komen Blog Lain My ComLuv Profile

Reply

11 mrsbintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 17, 2009 at 5:49 pm

“Abang napa erk jarang tul abg kata cinta pada ayg abg x suka n sayang lagi kat aygke??”, mungkin situasi begitu en.roslan penah hadapikan??…time cool tetiba jadi panaz membara..sebenarnya keadaan sebegitu akan memburukan lagi keadaan seolah si awek x mempercayai ketulusan cinta kekasihnya…nak jaga hati terpaksa cakap “aku cinta padamu” berulang kali tapi persoalannya??? Ikhlaskee ungkapan itu atau kerana terpaksa sebab dipaksa? mana satu yg kita nak..lafaz sekali tpi penuh keikhlasan..or lafaz berulang kali tapi hati 0….pilihan terletak ditangan anda..anda bercinta andalah yang menentukannya..
mrsbintang´s last blog ..kU pErLu DOKTOr C-I-N-T-A My ComLuv Profile

Reply

12 RHEA MALAYSIA Internet Explorer Windows June 20, 2009 at 10:03 am

rhea pilih lafaz berulang kali dengan penuh keikhlasan.. tidak paksaan (nama pun IKHLAS)..
sebab memang pasangan yang saling menyintai, hatinya penuh dengan kasih sayang.. dan ungkapan sayang untuk pasangan masing2 mengeratkan lagi ikatan kasih tersebut.. kerana cinta itu perlu sentiasa disiram, dibaja dan dibelai supaya ia kekal subur dan sentiasa segar.. wallahualam.

Reply

13 mrsbintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 21, 2009 at 1:19 am

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita atas kasih sayang yang kita curahkan padanya tetapi mulailah memberi kasih sayang kepadanya tanpa mengharapkan balasan.Cinta bukanlah kata murah dan lumrah yang hanya ditutur dari mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya…dan jangan pernah bermimpi tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya :)
mrsbintang´s last blog ..LELAKI YG KU DAMBAKAN.. My ComLuv Profile

Reply

14 chokilala MALAYSIA Google Chrome Windows June 19, 2009 at 4:30 pm

oh. aku pun kadang2 buat gak benda tu. saje tanya benda macam tu semata-mata nakkan perhatian bf aku or nak tunjukkan bahawa aku sangat sedih (padahal majok main2 je). lol. hurm, pasni xbuat lagi la. hoho
chokilala´s last blog ..Blog Kembali Senyum My ComLuv Profile

Reply

15 ezany MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2009 at 11:03 am

orang yang berkasih sayang biasanya sgt jarang saling memarahi.. sebab.. ketika marah, hati kita berjauhan.. sedangkan orang yang berkasih sayang, hatinya sentiasa hampir..
ezany´s last blog ..Anugerah Bintang Popular..? My ComLuv Profile

Reply

16 RHEA MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 20, 2009 at 11:13 am

sangat setuju..

kalau kita perhatikan, orang yang sedang marah-marah, dia akan bercakap dgn kuat.. lantang.. dan mcm menjerit2.. kenapa? sebab ‘JAUH’.. so, dia rasa dia perlu bercakap dengan kuat supaya orang boleh dengar dengan jelas.. hehe..

sebaliknya, orang yang sedang berkasih sayang, mereka akan bcakap dengan sangat perlahan.. kat fon pun cakap perlahan dan lembut.. betul tak? sebab apa? sebab mereka sangat ‘DEKAT’.. so, tak perlu nak jerit2.. kdg2 tak perlu bcakap pun tak apa (di sini baru betul kalau CINTA TAK PERLU DILAFAZKAN).. sebab pandangan mata (bahasa isyarat tubuh) sudah memadai utk difahami oleh dua hati yang sedang bercinta.. tapi, kalau CINTA JARAK JAUH macam kami ni, lafaz tu sangat penting, bagi mengganti pandangan mata.. hehe..

Reply

17 mrsbintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 21, 2009 at 1:33 am

Pakar MOtivasi DR.HM Tuah Iskandar Al-Haj ada mengatakan dalam bukunya yang bertajuk MOTIVASI KASIH SAYANG…MEMBINA RASA CINTA..

“Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?” Ungkapan itu seolah-olah anda tidak begitu yakin dengan pasangan anda…anda begitu takut akan kehilangannya..sikap saling mempercayai terlalu rendah dalam hati anda.. :roll:
mrsbintang´s last blog ..LELAKI YG KU DAMBAKAN.. My ComLuv Profile

Reply

18 RHEA MALAYSIA Internet Explorer Windows June 21, 2009 at 4:33 am

Bella, nnt btau e, halaman berapa.. dan rasanya di sini rhea tidak membincangkan kalimah ‘Adakah kau mencintaiku’.. soalan yang memang tak patut ujud dalam percintaan..

Ini dari Dato’ Dr Hj Fadzillah Kamsah, dlm ceramahnya bertajuk ‘Kehidupan Bermula Dengan Kasih Sayang’, di Kompleks Islam Johor Bahru, pada 20 Mei 2007, ketika Seminar Motivasi Memiliki Anak-anak Cemerlang, kepada guru-guru daerah Pontian (dirakamkan dalam cd)..

Antara isinya:
‘Sebelum berkahwin, ramai pasangan sering melafazkan i love u darling.. (beliau gelak). Jangan nak nafikan. Sebenarnya, itu bagus. Bagus sebagai pengerat kasih sayang. Dan lagi bagus, sekiranya dapat diteruskan setelah mendirikan rumahtangga. Oleh yang demikian, cikgu-cikgu sekalian, amalkanlah, teruskan melafazkan kata cinta itu sesudah berumahtangga. Semakin kerap anda lafazkan, semakin penuh rumah anda dengan kasih sayang.

Jangan lupa, cikgu-cikgu sekalian, apa yang diniatkan dalam hati, dan setiap yang dilafazkan itu, merupakan suatu doa. Allah mengabulkan doa hamba2nya yang ikhlas. Oleh itu, lafazkan dengan ikhlas kepada suami dan isteri masing-masing. Anda minta cinta dalam rumahtangga anda, maka Allah turunkan cinta itu pada sesiapa yang selalu meminta.

Suami isteri kalau nak berpisah, maksud saya, contohnya nak pergi kerja waktu pagi. Suami, tatap mata isteri, lafazkan, abang cintakan ayang. Abang sayangkan ayang. Kucup dahi isteri. Isteri pun sama, tatap mata suami, cakap juga, saya cintakan abang. Saya sayangkan abang. Cium tangan suami. Jadikan amalan harian. Bukan sahaja sewaktu nak berpisah, ketika bertemu semula pun, lakukan perkara yang sama.

Kalau cikgu-cikgu dah memiliki cahaya mata, lakukan dihadapan mereka. InsyaAllah, jiwa anak akan tenang melihat ibubapanya saling berkasihsayang. Biarkan anak-anak melihat dan mendengar kasih sayang antara ibubapanya. Di situlah bermulanya kecemerlangan hidup seorang anak. Kasih sayang menjadi punca kejayaan dan kebahagiaan hidup.

Jika anda mahu anak-anak yang cemerlang, sentiasalah berkasih sayang antara suami isteri. Jangan disembunyikan perasaan masing-masing. Lahirkan. Tunjukkan. Perkara ini akan kekal dalam ingatan anak-anak. Ingat cikgu-cikgu, anak belajar dari ibubapanya. Model terdekat dalam kehidupan anak-anak ialah ibu bapa mereka sendiri.

Di sini secara tidak langsung, anda mendidik anak-anak anda berkasih sayang antara satu sama lain. Anak anda dengan sendirinya akan pandai menyebut, saya sayang emak. Saya sayang abah. Saya sayang abang. Saya sayang kakak. Saya sayang adik. Tanpa rasa malu. Ada anak-anak malu nak sebut. Sebab apa malu? Sebab mereka tidak dibiasakan. Mereka tak didedahkan dengan situasi demikian.’

Antara lain, kata beliau:
‘Untuk lebih berjaya, timbalah pengalaman dari orang yang berilmu. Orang yang berilmu ialah orang banyak pengalaman hidup, kerana, pengalaman hidup, merupakan guru terbaik untuk diri seseorang. Ambil pengalaman hidup mereka, bukan teori-teori mereka. Ada ketikanya, teori dan falsafah, tidak menepati kehidupan sebenar. Amalan dalam kehidupan yang telah dibuktikan lebih jitu daripada teori kehidupan. Apakah matlamat hidup kita? Bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat, insyaAllah.’

wallahuAlam..

Reply

19 mrsbintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 21, 2009 at 8:58 pm

Copy pasteke kak rhea?? kalau taip lenguh gak jari ni hehehe
Memula bb baca reply dari kak rhea ni tersenyum gak membacanya sudah terbawa2 ke alam rumahtangga tp xpe janji jgn lari tajuk dahlah..janggal bb nak ceta bab percintaan setelah berumahtangga ni sebabnya bb belum sampai ketahap tu lagi so memadailah cinta sebelum berumahtangga je dulu hehehee…dah berumahtangga lain lak cetanya tu…tpi xpe layan jee…

“Apa yang anda nak tahu lagi tentang cinta??sebelum saya memberikan pandangan harap anda ambil motivasinya, bukan remehnya cinta. Kalau hendak dilihat remeh ia memang remeh tapi kalau hendak diambil motivasinya menggunung kita akan perolehi. Cinta yang terlalu dipentingkan akan menyebabkan manusia berjalan bengkok, pandangannya jadi keliru, timbangtaranya terlalu silap. Islam juga menyuruh kita menyukai sesuatu itu jangan berlebih-lebih sangat sebab takut-takut takala kita membenci kita juga akan berlebih-lebih. Yang salah kita kena kata salah yang betul kena kata betul kita hanya boleh berada dalam situasi ini jika dalam keadaan yang stabil, cinta seadanya dan suka seadanya. Kita pasti tidak dapat melihat yang salah kalau kita terlalu suka terlalu sayang dan terlalu cinta. Sekali lagi saya ingatkan pendirian ini adalah untuk yang berstatus dara tetapi seandainya anda telah bergelar suami isteri maka cintailah pasangan anda sepenuh hati anda…Selagi anda masih di alam percintaan berpada-padalah dalam memberi kepercayaan sebab apabila anda terlalu tenggelam anda akan menjadi terlalu PEMURAH.

Setengah orang berpendapat sikap pemurah perlu dalam alam percintaan. Masalahnya tiada siapa inginkan yang murah kalau nyata ia mampu terdaya serta mampu mendapatkan pilihan yang lain. Kita suka yang murah tetapi kita kurang menghargai, sebaliknya kalau sukar mendapatkan yang tidak murah tapi kita cukup menyenangi.

Orang bijak tidak tewas oleh cinta tetapi cinta tertewas olehnya kerana dia berjaya menjadikan cinta itu jambatan menuju ke syurga. Silapnya kita ialah sentiasa menyangka diri cukup pandai..cukup hebat, cukup dikagumi malah cukup segalan-galanya. Padahal kehidupan itu sendiri mentertawakan kedunguan kita takala meniti diatasnya..”

Fikirkan, renungkan dan ambil sikap yang betul.

Semuanya ni petikan dari buku MOTIVASI KASIH SAYANG (Membina rasa cinta) Dr.HM TUAH ISKANDAR al-Haj..m/s bercampur2 so kak rhea dapatkan jee buku ni sure puas hati… :lol:
mrsbintang´s last blog ..LELAKI YG KU DAMBAKAN.. My ComLuv Profile

Reply

20 ezany MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 21, 2009 at 3:24 pm

kesimpulannya disini dapatlah kita katakan bahawa lain org lain pendapat yang diutarakannya.. terpulanglah kepada setiap individu utk ikut yang mana.. tepuk dada tanya selera.. :wink:
ezany´s last blog ..Happy Birthday Sayang My ComLuv Profile

Reply

21 Mr.Bintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 21, 2009 at 5:41 pm

betul tu.. lain orang lain pendapat..
secara tak langsung.. hasil daripada perbincangan/bertukar-tukar pendapat secara aman seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kita..
dapat menambah serba sedikit ilmu yang belum kita perolehi.. semoga apa yang kita kongsikan bersama ini dapat menjamin kesejahteraan hidup di masa hadapan..
semoga berbahagia lah hendaknya kita nanti ya.. bersama-sama insan yang teramat kita sayangi dan cintai.. tak gitu ezany..? :oops: hihihi..

Cinta itu membahagiakan… oh..~ indahnya hidup ini… :oops:

Reply

22 alone MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 17, 2009 at 4:06 pm

ohoho. puitisnya :-P

suka baca entri ni. hihi. yup. cinta xperlukan sebab. kerana cinta itu sendiri adalah suatu sebab. hehe.
alone´s last blog ..Zee Avi is Cool! My ComLuv Profile

Reply

23 acadterror MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 17, 2009 at 4:19 pm

btui gak tuh.ssh soklan tu kan kalo awek tanye.kalah soklan spm.sebaik ada jawapan.kalo aweks tanye , panjang juge nak citerkan cerita ini huhuhu
acadterror´s last blog ..Photoshop: cara mudah hasil efek teks 3d My ComLuv Profile

Reply

24 elyass MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 17, 2009 at 8:39 pm

hohoho..aku cinta padamu!!! :P

Reply

25 ezany MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 18, 2009 at 12:21 pm

pada pendapat aku..

sbelum bercinta tu kena ade sbb gak la kan..
mesti ade sbb nape kte terpikat kat pasangan kte tu..

contoh.. sbb perwatakan, personaliti, kecantikan, keserasian dan lain2 lg.. hehe..

klu dah bercinta tu lain sket la senarionya.. :wink:

Reply

26 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows June 18, 2009 at 2:16 pm

hehehe..
camni ezany..
sebelum bercinta sure memasing akan kenal-mengenal antara satu sama lain kan?

bila dah kenal hati budi masing2.. timbul lak rasa suka sama suka maybe sebab perwatakan ke, penampilan ke, apa2 saja lah kan?

bila dah suka mesti akan ada rasa sayang kan? tetapi sayang tak semestinya cinta…

cinta pula bukan atas dasar apa yang kita lihat.. apa yang kita minat.. apa yang kita suka kat orang tu.. aku rasa bukan atas dasar tu.. sebab cinta ni.. lahir dari hati..

contoh lah kan.. kalau ko cakap ko cinta kat sesorang tu sebab dia cantik.. dia itu.. dia ini.. kan? tiba2 ada seorang lagi yang ko suka tentang dia.. ko pun serasi ngan dia.. so.. kiranya ko pun cinta kat org tu gak la kan? hehehe.. fuhh.. kasanova tul!! kekeke.. sowi.. gurau jee..

aku rasa ramai orang salah anggap tentang erti suka, sayang dan cinta ni.. ketiga-tiga tu perkara yang berbeza.. cinta itu sesuatu yang indah.. cinta itu suci.. cinta tak perlukan sebab.. sebab ianya lahir dari hati..

betul atau tidak pendapat aku ni wallahualam.. aku sekadar memberi pendapat jee.. hihihi.. kalau salah tolong tunjukkan ye? lalala..

dinda.. betul ke ape kanda terangkan ni? hihihi.. :oops: kalau ada apa yang kurang.. dinda tambah la ye.. :wink:

Reply

27 mrsbintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 18, 2009 at 5:29 pm

pada pendapat aku..

sbelum bercinta tu kena ade sbb gak la kan..
mesti ade sbb nape kte terpikat kat pasangan kte tu..

contoh.. sbb perwatakan, personaliti, kecantikan, keserasian dan lain2 lg.. hehe..

Bila kita menyintai seseorang tentulah sebab kita menyukai dirinya..sebab perasaan sayang itu ada dalam hati kita…

Dalam bercinta kena ada semua tu..jika kita x de perasaan sayang org suka kat dia sure benda tu xkan terjadi..memula kita kena mengenali hati budi memasing sebelum meneruskan sesuatu hubungan yang seyes lagi yg tu rasanya xperlu diperjelaskan lagi sebab orang yang dilanda percintaan tentu lebih arif tentang hal tu…

Cuma rasanya kun2 tersilap faham maksud yang mr bintang ingin sampaikan hehehee…xpee biasalah tu.. :lol:
mrsbintang´s last blog ..LELAKI YG KU DAMBAKAN.. My ComLuv Profile

Reply

28 ezany MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 18, 2009 at 5:32 pm

erk.. pjg lebar penerangan ko ni.. leh buat entry lain ni.. hehe..

aku setuju sbenarnya.. sbb tu aku kata yg tu sbelum bercinta..

p/s: sori la.. aku tak pandai tulis pjg2.. org jewang jer pandai.. ekeke.. harap sampai la maksud aku tu.. selamat bercinta.. :wink:

Reply

29 RHEA MALAYSIA Internet Explorer Windows June 18, 2009 at 5:11 pm

Erk.. rasanya macam tajuk tak ‘telly’ isi lah..
rasanya tajuknya yang sesuai.. ‘CINTA TAK PERLU SEBAB’.. hehe.. memandai jer rhea ni..

Fizz..
‘Cinta ialah naluri..
kerana itu kita tidak tahu mengapa kita mencintai seseorang..’

ayat tu boleh refer sini:
http://ezanyempires.blogspot.com/2008/12/episod-4-bicara-gambar-bersama.html

Reply

30 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows June 18, 2009 at 5:54 pm

hihihi.. x pe lah kot..
dah terlanjur.. teruskan jee lah rhea.. haha..

ye.. setuju tu.. :wink:

hihi.. kalau camtu.. kita sendiri pun x tau knpe kita mencintai seseorang tu.. tp kita tau yang kita cintakan dia.. camne eyk? hihhii.. :mrgreen:

Reply

31 RHEA MALAYSIA Internet Explorer Windows June 20, 2009 at 7:54 pm

Memang begitulah adanya.. tiada manusia yang sempurna.. kita tahu kelebihan dan kekurangan kekasih kita.. tapi cinta dan kasih kita padanya tidak bertambah dengan kelebihan yang ada padanya.. dan tidak pula berkurang dengan kekurangan yang ada padanya.. sebab itu, tidak perlu mencari sebab kenapa kita menyintainya.. terima pasangan kita seadanya.. sejujurnya.. seikhlasnya.. itu cinta sejati.. itu cinta yang luhur dari hati.. bukan setakat di mulut.. sebagaimana org lain dpt melihat kebahagiaan pasangan tersebut, hendaknya begitulah yang memang benar-benar dinikmati oleh pasangan berkenaan..

Tuhan menjadikan hati dan mengisinya dengan cinta.. Tuhan mengaturkan pertemuan dua hati.. dan Tuhan pula yang memberikan jodoh antara mereka.. walaupun mereka bercinta, kalau ditakdirkan bukan jodoh mereka, mereka tidak akan dapat bersama jua..jangan dipersalahkan siapa-siapa antara mereka.. ada juga pasangan yang tidak bercinta, tetapi bertemu jodoh keduanya.. semua diaturkan Tuhan jua.. wallahu’alam..

Reply

32 zaki MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 19, 2009 at 10:41 am

cinta adalah kehidupan

Reply

33 RHEA MALAYSIA Internet Explorer Windows June 23, 2009 at 2:25 pm

Salam.. buat tuan rumah, fizz.. dan semua yang mengunjungi blog ini..

Komen ini umum buat semua.. tetapi khas ditujukan buat:
adik Tashabella yang dikasihi..

Dik.. semua yang tercatat di bawah ini just untuk perkongsian ilmu sahaja, ye dik.. tak perlu diperpanjangkan dengan emosi..

Seminar tersebut merupakan salah satu daripada pelbagai seminar motivasi yang pernah kak rhea hadiri sendiri.. ketika beliau memberi ceramah, pihak pengurusan seminar merakamkannya, dan kemudian, diedarkan kepada semua peserta seminar pada hari terakhir seminar tersebut.. oleh itu memang perlu ditaip semula kerana.. kak rhea tak reti pula nak copy paste suara orang dalam CD.. kalau ada catatan teksnya, barulah kak rhea pandai nak copy paste.. tapi copy paste karya orang lain is not my job..

Kak rhea juga memiliki sejumlah koleksi buku-buku motivasi yang dihasilkan oleh beberapa pakar motivasi dan kaunselor, dalam perpustakaan di rumah kak rhea sendiri.. jadi, banyak perbandingan maklumat dapat dilakukan..

Setiap manusia mempunyai pengalaman hidup yang berbeza. Kerana itulah, pendapat mereka juga berbeza. Ada yang menulis, berdasarkan kajian pengalaman sendiri, berdasarkan kajian pengalaman orang lain, dan yang pastinya, jika penulis itu beragama Islam, tulisan mereka lebih kepada berlandaskan al-Qur’an dan hadis soheh..

Setelah kita membaca sesebuah buku/artikel, atau mendengar mana-mana ceramah, apa yang perlu kita lakukan ialah memahami, menilai dan jika perlu, mengkaji terlebih dahulu sebelum bersetuju atau tidak bersetuju dengan apa jua yang dibaca atau didengar. Tuhan meminjamkan akal fikiran kepada kita untuk menimbangkan antara yang baik dengan yang buruk.. jadi tak perlulah kita memper’bodoh’kan orang lain..

‘Alam Percintaan’ yang dik bella maksudkan di atas, maksudnya sebelum berkahwin.. (dik.. kalau diamalkan hidup Islam yang sebenar, tiada perhubungan mesra antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin).. apa tujuan kita memiliki teman istimewa sebelum berkahwin? tentulah kita berimpian untuk hidup bersamanya sehingga akhir hayat.. perkahwinan bukan akhir percintaan tetapi, ikatan yang halal untuk meneruskan alam percintaan.. namun seperti kak rhea dinyatakan dalam komen di atas.. kita hanya merencana, tapi Tuhan yang menentukan.. walaupun kita bercinta, kalau ditakdirkan bukan jodoh kita, kita tidak akan dapat bersama jua.. jangan dipersalahkan siapa-siapa antara kita.. tak perlu mempertikaikan kesilapan siapa-siapa.. terima dengan redha dan berfikiran positif.. ada hikmah di sebaliknya yang mungkin tidak kita ketahui waktu itu..

Seperkara lagi dik.. tentang perbezaan sesuatu yang murah dan mahal.. dalam apa jua perkara.. sebagai manusia yang perlu sentiasa bersyukur dengan pemberian Tuhan, hargailah apa yang kita miliki, tak kira mahal atau murah.. jagalah ia sebaiknya.. nilai mahal atau murah tidak begitu penting jika dibandingkan dengan bagaimana kita menghargainya.. sekurang-kurangnya kita dapat memilikinya.. kita perlu ingat, tidak semua orang dapat memiliki segalanya.. walaupun murah.. apatah lagi yang mahal..

Dik.. sebenarnya, terpulanglah pada diri kita sendiri.. boleh saja menegakkan pendapat kita.. tetapi tak perlu memaksa orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita.. setiap orang memiliki citarasa sendiri.. seperti kata ezany, tepuk dada tanya selera.. dan kata fizz, berbincang secara aman.. ada ketikanya kita perlu mengenepikan keegoan diri untuk kebahagiaan bersama.. jangan sampai keegoan itu nanti memusnahkan kebahagian yang sedang dimiliki..

dan pedirian kak rhea.. kak rhea akan sentiasa melafazkan cinta dan menunjukkan kasih sayang kak rhea pada insan2 tersayang, selagi kak rhea masih memiliki mereka.. mereka akui berbahagia dengan apa yang kak rhea lakukan sekarang.. kita tidak tahu hayat kita.. entah esok lusa, mereka akan pergi meninggalkan kak rhea.. kak rhea tak akan rasa terkilan.. kerana kak rhea telah membahagiakan mereka selama mereka berada di sisi kak rhea..

Kesimpulannya, apa pun cara hidup pilihan kita, jangan sampai lari dari landasan yang telah digariskan dalam Islam.. mudah-mudahan kita semua berada di bawah lembayung rahmat Allah, dan dikurniakan kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.. insyaAllah..

wallahu’alam (dan hanya Allah Yang Maha Mengetahui)..

Reply

34 mrsbintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 26, 2009 at 12:45 am

Thank kak Rhea coz tujukan komen ni kat adik akak yang dikasihi ni :wink: sowi lambat jawab baru je ada kesempatan buka laptop agak bz sikit…

Firstly tuk kak rhea..bb minta maaf jika apa yang bb katakan sebelum ni buatkan kak rhea tersinggung dan terasa hati walaupun tiada terniat langsung sampai ketahap tu. Apa yang pasti dalam soal ini tiada istilah mengikut emosi atau pun sebaliknya kerana apa yang kita jelaskan adalah dari keikhlasan hati dan hasil dari pembacaaan yang boleh diguna pakai, seharusnya kita lebih berfikiran terbuka dan sentiasa bersikap positif…bukan bersikap kebudak-budakan sedangkan kita sudah dewasa. Sebenarnya bb sonok dapat berkongsi pendapat sebegini rupa.. kita ibarat berforum secara aman dan masing-masing ada hak untuk memberi pendapat dan bukan untuk bersaing siapa yang hebat. Dulu bb suka berforum topic camni, setiap orang masing-masing mempertahkan apa yang mereka ingin perjuangkan…itu bukan bermakna kita ego dan tidak mahu menerima pendapat orang lain. Tidak semestinya semua yang kita tuturkan berbau keinginan untuk bermegah-megah tanpa alasan yang dibenarkan. Kita ada pemikiran yang berbeza-beza dan tidak semua yang akan setuju pendapat yang kita ketengahkan..janganlah sesekali mengatakan aku dipihak yang betul dan dia dipihak yang salah itu takbur namanya…hormatilah pandangan orang lain walaupun pandangan itu berlawanan dengan pemikiran kita…apa yang pasti kita dikurniakan akal untuk berfikir…ikutlah kata hati kerana hati tidak pernah berbohong…kalau kita merasakan, jalan yang kita pilih itu adalah jalan terbaik bagi diri kita, teruskanlah tanpa ada perasaan ragu dihati, tak perlu rasa tercabar jika pemikiran orang lain tidak sama dengan kita. Kehidupan kita..kita yang menentukannya bukannya orang lain..dan sentiasalah berdoa kepada ALLAH supaya apa yang kita buat dan lakukan akan sentiasa mendapat keredhaanya. “AMIN”

Harap selepas ini tiada siapa yang terusik hati lagi..senyum selalu kak rhea jgn simpan dalam hati erkk hehehee… :)

“Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan… namun ia hadir kerana ketentuannya….jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan…namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan”

“Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana bunga akan layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat selamanya.”

Seperti yang kak rhea nyatakan topic ini xperlu dipanjangkan lagi dengan rasminya Topic ini T-A-M-A-T sampai disini sahaja…so camna kanda setuju hehehehe…jom kita ngomen post lain lak lalalala…

Oh yee..kak rhea kata ada koleksi buku-buku motivasi yang dihasilkan oleh beberapa pakar motivasi dan kaunselor mailah kita share sama bb pun ada gak ni..bb suka baca buku2 camtu… :-D
mrsbintang´s last blog ..Happy Father’s Day My ComLuv Profile

Reply

35 Mr.Bintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows June 26, 2009 at 12:56 am

Salam kembali rhea.. sorry lmbt reply.. bz sket kebelakangan ni.. blog pun asik problem jee lately.. :(

Fuhhh!! Panjang berjela penerangan rhea.. tapi tak pe.. fizz tetap memahami maksud yang disampaikan..
Bagi fizz pula.. fizz tak kisah mana² cara sekalipun.. tujuan tetap sama.. iaitu untuk mengecapi kebahagiaan..
Fizz pun ada cara tersendiri untuk menyampaikan rasa cinta fizz pada insan yang fizz cintai..

dinda ucuk…hihi..baiklah dinda.. kanda setuju…
rasanya x perlu lagi lah nak dipanjangkan lagi eyk? segala salah dan silap harap dimaafkan ya..
dengan rasminya saya selaku owner blog ini bersetuju untuk menutup topic ini.. :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!:

Previous post:

Next post: