23

10 Cara Rosakkan Otak!

by Mr.Bintang on June 10, 2009

otak
Assalamu’alaikum w.b.t. semua..
Maaf ya dah lama tak update.. :( Mood aku agak tak stabil kebelakangan ni.. Dengan kerja tertangguh yang tak di sangka menimbun.. Mana tak nya.. Lepas satu selesai ade lagi yang datang.. datangnya bukan sikit.. hehe.. faham-faham je lah.. sehinggakan aku sendiri pun buntu nak kerjakan yang mana satu dan akhirnya aku mengalami gangguan kesihatan yang tak kronik sangat pun.. Ya.. baru-baru ni kesihatan aku agak terganggu.. tapi alhamdulillah.. sekarang ni dah ok sikit..

Ok lah.. post kali ni aku nak share sikit tentang artikel yang aku jumpa tempoh hari.. Berguna juga untuk korang semua.. termasuk aku.. Maritah kita lihat..~
Wajib baca!

10 CARA ROSAKKAN OTAK

1. Mengabaikan pengambilan sarapan pagi
Individu yg sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak dan akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.

2. Terlalu banyak makan
Menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak lalu memperlahankan kuasa mental.

3. Merokok
Menyumbang kepada pengecutan otak dan penyebab kepada penyakit Alzheimer.

4. Pengambilan gula yang tinggi
Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrien seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pernerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Kurang tidur
Mengabaikan kualiti tidur yang sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kepada berlakunya kegagalan otak untuk berfungsi.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Berfikiran sempit
Berfikir adalah latihan terbaik utk merangsang otak. Namun, jika seseorang sering berfikiran sempit, ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.

10. Kurang berkomunikasi
Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang jarang berkomunikasi, lama kelamaan fungsi otak akan mengalami kemunduran.

Fuhh!!
Ada yang terkena?

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.

  • zikr the jalanan sepi December 5, 2009 at 10:55 am

    alamak kantoi no1 …. selalu lah termiss.. haha

  • zura July 31, 2009 at 10:46 pm

    aku pon rase otak aku rosak laa,.
    sbb byk sgt bace ruangan gosip..ade cara nk besihkan otak x? :lol:

  • Roslan Nazri June 16, 2009 at 8:00 pm

    kah3…nasihat free.. jgn amalkan perkara di atas yg merosakkan anda..hu3..em aku ni lak terlebih tidor..hu3
    .-= Roslan Nazri´s last blog ..Internet Paling Laju Di Malaysia HSBB? =-.

    • Mr.Bintang June 16, 2009 at 8:20 pm

      hahaha.. :p btw.. terlebih tidur pun x elok.. hihihi..

  • mrsbintang June 11, 2009 at 1:00 pm

    lalalalaa…
    jadi pengomen yg keberapa ni erkk??
    huuh sowi kekandaku musyam..line x berapa oklah..

    Merosakkan otak ni memang senang tp nak bagi clear balik susah kalau clear pun sure ada shott2 sikit kekekeke..oleh itu sayangilah otak anda chewahh!

    6.Kurang tidur
    Mengabaikan kualiti tidur yang sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kepada berlakunya kegagalan otak untuk berfungsi.

    -yg ni dulu kerap dinda wat..tidur x cukup 8 jam bilew bangun pagi minda x segar..lemah n x bermaya jeelah..muka comey pun jadi somot..skg ni dah sedar mukan x cukup tidu gi terlebih adalah.. :-P

    7. Menutup muka ketika tidur
    Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

    - tabiat ni memang selalu dilakukan ketika tidur kalau x wat camtu x lee tidurr..sib baik ada info ni sekurangnya dinda tahu…pas ni kenalah elakkan dari wat camni :(

    thank erk kanda atas infonya hihihi…

    • Mr.Bintang June 11, 2009 at 1:10 pm

      tu lah.. :( sbnrnye kanda nk post awal.. tp time tu dinda nk titun dah..
      kanda tangguh jap sbb tak wat pix agi.. pastu smlm baru kanda post..
      pastu line dinda lak jeles.. huuu..~ :(
      same2 cayam..
      pas ni dinda kene jage eyh tidur dinda.. :) kanda pun same.. :( tp terlebih tidur pun x leh gak tau cayam? :P

      no 7 tu kan.. kadang2 je kanda wat.. time nyamuk merempit kat tinge.. hihihi..

  • RHEA June 11, 2009 at 12:20 pm

    Tgk tak cerite el tigre.. otak frida rosak.. sebab.. kena makan dengan zombie.. ekeke.. dalam episod.. Zombie makan otak.. :mrgreen:

    15. cakaplah, zombie tak pandai menari.. nanti zombie datang makan otak.. hehehe..

    • Mr.Bintang June 11, 2009 at 12:24 pm

      Jap nak ckp..
      “Zombie tak pandai menari..~ ye yee… zombie tak pandai menari..” :D
      Kalau jadi pape kat Fizz, Rhea tanggung eyh? hehehehehehe…

  • lisa June 11, 2009 at 12:00 pm

    ada lagi yg u x mentioned kt sini..
    kerap onani pn bleh rosak otak jgak tau :lol: [rq=1458,0,blog][/rq]Penting Kepada Nuffnangers!

    • Mr.Bintang June 11, 2009 at 12:12 pm

      wow!! mana u tau ni? hehehehe…
      ok tambah satu gi..
      14. Kerap melakukan onani…

      LOL hihihi..

  • MuNsYi-SaMa June 11, 2009 at 11:38 am

    entri best. Lepas ni kena jaga otak dgn baik. Itu anugerah yg tiada nilainya. thanks for the info.
    :mrgreen:

    • Mr.Bintang June 11, 2009 at 12:53 pm

      yep.. tul tu..
      sama2..
      perkara yang baik..
      sama2 lah kita sampaikan.. kan? :)

  • acadterror June 11, 2009 at 11:00 am

    untuk memperbaiki otak anda,makan lah otak2 hehehehe

    • Mr.Bintang June 11, 2009 at 11:10 am

      dah lame x makan otak2 :( ko ade ke? mintak skit.. hehehehe…

  • ezany June 11, 2009 at 9:56 am

    1. aku mmg jarang sarapan pagi..
    4. dulu2 aku suka minum coke setiap hari..
    6. kurang tido ni mmg da biasa la.. ko pun sama kan.. hehe..
    7. tutup muka kalau baru tgk cite hantu.. ekeke.. takottt..

    agaknya da bape persen otak aku rosak skang ni ek.. :cry:
    [rq=1254,0,blog][/rq]Rhea @ Horikita Maki

    • Mr.Bintang June 11, 2009 at 11:08 am

      mengiku pemandangan aku.. ko dah rosakkan 99.9% otak ko.. abis la pas nih.. hehehe…
      alah.. aku pun same…
      1. jarang sarapan pagi
      6. kurang tedo.. ko pun dah tau tu.. hahahaa.. siot.. ko ngendap eyh? =))
      8. aku manyak kelije maa… :(

  • Kill-Vearn June 10, 2009 at 11:47 pm

    11. menggunakan tukul besar dan mengetuk tempurung otak berkali?…

    12. menghisap/menghidu gam (gam kasut kaler kuning) sehingga lalok serta ketagih… lalu otak rosak kerna sel? dalaman mati…

    sekian.. hahahahaaa
    [rq=505,0,blog][/rq]Avira Premium: 90 Days Free License

    • Mr.Bintang June 11, 2009 at 1:15 am

      pergh!! caya lah.. ade lagi nak tambah?

      13. Mercun/Bom buatan sendiri – Lilitkan di kepala anda kemudian cucuhkan dengan bergaya.. dengan sekelip mata.. otak anda di merata-rata.. hahahahahahhaa..!!

    • elyass June 11, 2009 at 8:26 am

      haha ngeri sungguh no.11 tuh :roll:
      [rq=1145,0,blog][/rq](TV3 SERIES) AKSI : BIO-NIK

  • elyass June 10, 2009 at 10:07 pm

    haha kejap lagi otak daku akan rosak.. :P

  • Mr.Bintang June 10, 2009 at 10:00 pm

    New post: 10 Cara Rosakkan Otak! (http://cli.gs/VmPHED)

  • Mr.Bintang June 10, 2009 at 2:00 pm

    New post: 10 Cara Rosakkan Otak! (http://cli.gs/VmPHED)

Previous post:

Next post:

.