Teman Lama

by Mr.Bintang on May 6, 2009

*****

?


Hari ini (Selasa, 5 Mei 2009) aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari seseorang. Suaranya aku kenal, walaupun sudah sekian lama terputus hubungan dengannya. Dia adalah seorang insan yang suatu ketika dahulu pernah wujud di hati aku di saat bekas kekasih aku berlaku curang terhadapku. Dia merupakan teman tempatku mengadu, meluahkan masalah, temanku ketika sunyi. Entah mengapa aku punya perasaan lebih dari sekadar teman terhadapnya. Dia pernah ku tunggu, ku nanti saban hari. Sehinggalah suatu ketika, aku mengundurkan diri kerana dia sudah pun berpunya sebelum sempat aku meluahkan apa yang aku pendamkan dihati. Dia menyatakan yang dia tak akan menerima ‘sisa’ kawan baiknya (bekas kekasih aku).

“Tetapi pada waktu yang sama kau seakan memberi harapan kepadaku. Mungkin itulah nasibku. Perasaanku dipermainkan. Atau mungkin salah aku. Kemesraan yang terjadi antara kau dan aku, disalah ertikan. Ah! Biarkan, cerita itu sudah lama berlalu.”

Lebih tiga tahun kami terputus hubungan. Panggilan telefon dari dia petang tadi sudah cukup membuat aku goyah seketika. “Mengapa baru sekarang kau menghubungiku? Mengapa baru sekarang kau ucapkan kata-kata rindu?”, aku berkata dalam hati di saat berbual dengannya.

Kami hanya bertanya khabar. Ya, sudah lama rasanya tidak berbual.
“Apiz camne sekarang? dah ada awek ke belum? tunggu Xat eyh? hihihi..“, tanya dia sambil ketawa kecil. Aku tersentak. Sempat lagi dia bertanya soal sudah punya kekasih atau belum. Aku hanya mengiakan saja yang aku sudah pun punya seseorang yang teristimewa dihati aku sekarang ini.

“Maafkanku, aku tahu kau rindu padaku. Begitu juga denganku. Tetapi untuk perasaan lama yang pernah wujud ketika dahulu telah terpadam. Terlalu lama. lebih 3 tahun kita saling tidak berhubungan. Aku tak tahu apa perasaanmu ketika aku sejujurnya berterus terang kepadamu. Mungkin juga ayat ‘menunggumu’ itu hanya sekadar gurauan kamu.”

- – -

Alhamdulillah ketika ini, persoalan yang timbul tidak lagi membayangiku. Aku tidak mungkin akan menoleh ke belakang lagi. Aku sekarang perlu memandang ke hadapan. Ada seseorang yang teristimewa di hadapanku yang menyayangiku, memahamiku, menghargai kewujudanku. Aku bahagia sekarang ini.

Terima kasih bintang hatiku. Jangan bimbang duhai sayangku. Aku sentiasa disisimu. :)

{ 1 trackback }

Mr.Bintang WordPress
May 6, 2009 at 4:44 pm

{ 11 comments… read them below or add one }

1 Mrs.Bintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 6, 2009 at 5:48 pm

Ketahuilah kanda,

Cinta itu umpama “mencari harta karun”.
Cita-cita dan tujuan kita cuma satu iaitu
untuk menuju penamat yang paling mengembirakan.
Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi
pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya
tidak mampu meneruskan kita akan tersungkur
dan hadiah utamanya akan dikebas orang. Tapi
usahlah kecewa walaupun hadiahnyA tidak kita
perolehi tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Seharusnya kita berterima kasih diatas pengalaman
yang sebegitu rupa. Dari sana kita dapat belajar
erti kesungguhan..Begitu jua dengan dunia Percintaan..seringkkali yang gagal akan berputus
asa sedangkan pintu kebahagiaan sedang menantinya
dihadapan sana..kesenangan selalunya bermula dengan
kepayahan..yang penting kita sentiasa mencuba walaupun
sering gagal ditengah jalan…andai kecewa jua menimpa
yakinlah dia bukanlah jodoh yang TUHAN tetapkan untuk kita..kita jangan sesekali meletakkan harapan yang
terlalu tinggi takut kesudahannya tidak seperti yang
kita rancangkan.

Apapun cinta itu anugerah TUHAN. Hargailah setiap
anugerah yang diberi kerana tak semua yang diberi
akan dapat berulang-ulang kali.

Thank gak sebab memahami diri dinda..
Hadapi semuanya dengan senyuman
pasti duniamu akan berseri hihi

u say aq..”SOMOT: :P

Reply

2 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows May 6, 2009 at 6:53 pm

Mrs.Bintang
Thanks dinda atas komen dinda yang cukup bermakna bagi kanda..
Ye dinda… pengalaman lalu telah banyak mengajar kanda supaya menjadi lebih dewasa dalam menjalani liku-liku kehidupan yang tidak kita ketahui penghujungnya..
Jika dahulu, kanda diibaratkan seperti “sudah jatuh, ditimpa tangga”..
Apa yang kanda lalui memang memeritkan..
kanda yakin tak semua orang sanggup melaluinya..
walau apa pun.. itulah yang dinamakan percintaan..
tak semua yang kita lalui indah-indah belaka..
adakalanya keindahan itu akan direntap..
rentapan yang amat menyakitkan..
dan kanda sedar, itu bukanlah penamat sebuah keindahan..
hidup ini masih terlalu muda itu diakhiri..
masih banyak lagi yang perlu dijalani..
dan masih ada yang menyayangi kita..
apa yang diperlukan hanya kesabaran dalam melalui semua itu..

Alhamdulillah..
akhirnya kanda dikurniakan anugerah terindah dariNya..
walaupun tidak kanda ketahui apa yang akan terjadi di hadapan nanti..
kanda tetap bersyukur kepadaNya..
menghargai ke atas apa yang kanda perolehi sekarang ini..
sesungguhnya, anugerah itu terlalu istimewa di hati kanda..
kanda mohon agar ia berkekalan selama-lamanya..
Insya Allah..

Kita sebagai manusia hanya bisa merancang..
Selebihnya adalah ketentuan dariNya..

- – -

Dinda pun sama tau.. hihi..
Thanks gak dinda…
Kanda sayang banget sama kamo.. :smile:
Dinda somot.. :P

Reply

3 z u r a MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 6, 2009 at 8:59 pm

haaa…pizz aiyookk x tau..ade hati terluke x?
serius nk nangis tp seb bek kata2 last 2 jd legakan hati ni… don ever2 blk pd ex tauuu…no wayyy!! babab kang!
heheh,,,tp zura tau pizz setia pd bintang hati…
ermm..pe kata pizz suh awek 2 bace post ni…zura yakin dia akn paham…hehhe…

psst: anugerah terindah pd seorg wanita adelah memiliki lelaki yg setia… :cry:

Reply

4 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows May 6, 2009 at 9:16 pm

z u r a
Uiks.. nak nanges lak dia.. hihihi..
Tak de lah zura… takde yang terluka rasanya..
skrg ni masing² dah ada kehidupan sendiri kan? just go on..
dan.. fizz takkan mengingkari prinsip yang fizz pegang..
dan yang paling penting…..

fizz akan tetap setia pada sibintang yang tersayang.. hihihi..
dinda ucuk… :oops:

Reply

5 ezany MALAYSIA Internet Explorer Windows May 7, 2009 at 7:51 pm

masih ade yg rindu rupanya.. hehe..

bagus la klu ko pegang pada prinsip hargai ape yg dimiliki skang ni..

ezany\´s last blog post..Ketulahan Blog

Reply

6 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows May 7, 2009 at 8:33 pm

ezany
siapa rindu siapa ni? hihihi..

“Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.”
:)

Reply

7 c-i-k-i-r-a aka c-i-k-f-a-r-a MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 7, 2009 at 9:44 pm

uikss seb baik en pizz sorg yg setia…
klau kite xtau la camne..
mst kite ptah blk…hikhikhik..
kepada ciq bintang hati2 tau… tu baru pggilan pertama….hikhikhik :evil:

Reply

8 Eriyza MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 7, 2009 at 11:29 pm

Encek Bintang, takyah laa bechenta lelamer.
Nikah jer cecepat ngan Cik Bintang. :D

Eriyza\´s last blog post..Pergi Lambat, Pulang Cepat

Reply

9 ubey MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 8, 2009 at 12:21 am

fizz.. bila ko nak kembali pada aku? argh

ubey\´s last blog post..Tak Salah Berkain Pelikat, Tapi

Reply

10 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows May 8, 2009 at 3:27 pm

ubey
Arghh…!! kenapa baru skrg ko muncul?
Ko tau x aku tunggu ko da lame… wakakakakakaka…
hehehe.. =))

Reply

11 xoxo MALAYSIA Mozilla Windows April 9, 2010 at 1:58 pm

:wink: “Some people juz said dat ‘to love is to let go’…somhow, i wonder, is it dat easy to let go it off juz lik dat…”

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!:

Previous post:

Next post: