Dugaan Cinta Jarak Jauh

by Mr.Bintang on May 1, 2009

siucuk-n-simusyam

Semenjak dua menjak ni pastinya ramai yang tertanya-tanya adakah aku dengan si dia punya masalah kan? Baiknya korang.. amik berat gak pasal kitorang eyk? Terutama si ‘kun2′ (Ezany). Hihi..

Jangan mare… »

oryctolagus89: salam..
oryctolagus89: ko ni ade masalah ker ngan bella e..
oryctolagus89: klu xkeberatan jwp la e..
oryctolagus89: aku xpaksa pun..
oryctolagus89: amek berat jer psl kwn.. hehe..
oryctolagus89: byee..


Sebenarnya tak ada apa-apa masalah pun antara aku dengan si dia. Cuma, kebelakangan ni kami berdua agak sibuk, masa untuk bersama tu agak terhad. Kerap kalinya aku di’tinggal’kan keseorangan. :(

Dinda.. »

Hehe.. tak ape lah sayang.. kita kan sama-sama sibuk, adakalanya dinda keletihan atau punya masalah yang tak dapat dielakkan. Kanda tak nak lah mengganggu apatah lagi menyusahkan dinda.. Kanda nak dinda berehat secukupnya.. tenangkan fikiran.. kanda faham keadaan dinda.. dinda jangan wisaukan kanda eyk? hihi.. :)

Dinda.. kalau lah kanda ada terbuat apa-apa yang dinda tak suka atau terganggu dinda, mungkin kanda tak sengaja, maafkan kanda ya dinda? Tegur kanda sama tau? :(

Tipulah kalau aku tak merindui si dia di saat aku di’tinggal’kan. Aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Sememangnya agak menyakitkan bila merindui seseorang yang disayangi, apatah lagi orang itu berada jauh di mata. Tapi anda jangan tak tahu, itulah nikmat sebuah percintaan. :) Chewahhh!! Hehe.. Tapi….. adakah aku sahaja yang berperasaan sebegitu? Si dia bagaimana? :(

Sepanjang bulan lalu, aku dan si dia jarang sekali mengemaskini blog masing-masing. Diselitkan dengan aksi-aksi penyebab syak wasangka di shoutbox, maka timbul lah beberapa spekulasi oleh pemerhati yang tidak melihat kisah sebenar di sebalik perhubungan dua insan yang saling sayang menyayangi. Mulalah beranggapan yang bukan-bukan. Hehehe.. Sorry guyz.. itu semua adalah gimik semata-mata. Tapi biarpun apa yang dilakukan itu adalah gimik, agak terasa juga seandainya keadaan itu benar-benar berlaku. Mohon jauhkanlah perkara-perkara sebegitu dari kami berdua. Aku tak sanggup untuk menghadapi kehilangan lagi. Semoga hubungan kami kekal sepanjang hayat. Insya Allah. Maafkan kami jika terbuat kamu semua risau. Aku dan si dia cuma ingin berehat buat seketika dari berblog disebabkan ada komitmen lain yang perlu diselesaikan. Tetapi dalam kesibukan, aku sempat jua menghasilkan sesuatu untuk si dia. ;) Untuk yang tersayang lah katakan.. Sayang sangat!! Hihi..

Baiklah, entry pembukaan kali ini aku cuma nak kongsikan bersama tentang satu topik yang tak dapat disangkal lagi, memang ada kaitan dengan diriku atau mungkin juga anda.

[notice type=note]Perhubungan cinta jarak jauh tidak dinafikan amat berisiko. Sebenarnya, di sebalik risiko inilah yang bakal menguji kita sejauh mana kejujuran kita dalam percintaan.[/notice]

DUGAAN CINTA JARAK JAUH

Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.

Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.

- Percaya pada pasangan

Saling Percaya

Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.

Dinda.. »

Kanda percaya pada dinda.. :)

- Setia walaupun jauh

Setia

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

Dinda.. »

Jangan wisau eyk? Percayakan kanda tak..~? hihi.. :)

- Berjumpalah walaupun seketika

Berjumpa

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

Dinda.. »

Bile lah kite leh jumpe kan? Insya Allah satu hari nanti.. Kita jumpa tau? Janji? :)

- Tanyalah khabar

Saling Berhubung

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Dinda.. »

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu..
Biru-biru hujung Kinabalu, tengok dari jauh, hati saya rindu..
:oops:

- Sambut hari ulang tahun bersama

Ulangtahun

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Dinda.. »

Nanti kite sambut eyh? hihihi..

- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Jarak Bukan Penghalang

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.

[notice type=note]Selagi ada 3K dalam diri kita.. segala-galanya akan menjadi mudah.. :) [/notice]

{ 1 trackback }

Mr.Bintang WordPress
May 1, 2009 at 12:05 am

{ 25 comments… read them below or add one }

1 Mrs.Bintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 1, 2009 at 12:23 am

UItzz! u say aq yesss! hihihi..sowi kanda dinda akui terlalu bz sejak kebelakangan ni waktu bersama kanda kurang sangat..tapi dinda bersyukur kanda amat memahami situasi dinda..susah rasanya mendapat someone yang baik hati cam kanda ni sangat penyabar dan mempercayai diri dinda..maybe kalau orang lain dah cari awek lain kot..yelah time sepi sure kesunyian n perlukan teman..thank kanda..sesibuk mana pun dinda tetap ingat kat kanda don’t worry..3K prinsip 3K tetap di hati dinda…pas ni lelah kita kira bintang semula ekk hihihi..

Mrs.Bintang\´s last blog post..Helloww! Yess!

Reply

2 Kill-Vearn MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 1, 2009 at 12:30 am

amboi bz beno ke cik tasha oi…bz wat amenda…huhu

Reply

3 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows May 1, 2009 at 1:16 am

Mrs.Bintang
Tak ape la sayang…. *selebihnya kanda da tulis kat atas tu dinda..* hihihi.. :P

Dinda… kanda pun sama..
prinsip 3K dah kanda tanam jauh kedalam hati kanda..
akan kanda jaga sampai bila² dinda.. :)

Ok dinda ucuk.. kire kt tmpt biase tau? hihi..

Reply

4 Kill-Vearn MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 1, 2009 at 12:28 am

bro.. moga ko berbahagia kelak.. moga dapat bertemu ngan dia kelak… moga ko disatukan dengan dia kelak… moga segala persoalan terungai kelak.. moga Allah meredhakan segalanya… kirim salam kat tashabella haji hisyam oke…

Kill-Vearn\’s last blog post..Single Click to Download High Quality Youtube

Reply

5 azizwan(dot)com MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 1, 2009 at 2:08 am

yer la bro.. bila nak mai sabah? takkan si dia pulak yg kena pergi ke sana? hahaha.. jgn marah, main2 je!

Reply

6 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows May 1, 2009 at 2:16 am

Bro tanya sape? hahaha..
nak jawab pun takut silap org.. lalala..

hihi.. Insya Allah kalau ada rezeki.. nak je aku g sane ok.. hehe.. leh jumpe ko skali.. ko kan da janji nak blanje.. :oops:

lariii…~!!

Reply

7 z u R a MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 1, 2009 at 1:27 am

haii fizz…lame x jguk blog fizz
kiter pon bz gak skg kan musim exam
same lah dgn si dinda 2, zura ngan tasha pon
jrg dpt ym lame2 sebab bz..calling2 pon x sgt dah..
tgu blk kg nti kot..heheh
neway, x nmpk pon korg ade mslh..hepi jer
cume bz kan, kdg2 perlukan masa utk diri sndri..bercinta x smestinya 24 meluangkan masa..
err..korang bercinta ke?? hehehhe :oops:

Reply

8 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows May 1, 2009 at 1:47 am

z u R a
zura rase kitorang bercinta ke x?
hihihi..

ye lah.. musim bz la agaknya kan..

ya.. betul tu.. bercinta x semestinya 24 jam kan.. abis mase tido kita mane? ye x? ahahaha..

Reply

9 RHEA MALAYSIA Internet Explorer Windows May 2, 2009 at 7:42 am

hanya ketika sujud pada yang Esa kita melupakan yang lain.. selebihnya kita tetap bersama insan tersayang.. walaupun ketika tidur.. insan tersayang tetap di hati.. walaupun ketika sangat sibuk.. sesaat itu sangat berharga.. hargailah insan tersayang selagi kita masih berpeluang.. selagi Tuhan masih memberi kesempatan..

hehe.. dah agak juga.. cuma lakonan semata.. but caring as a fried tu menyebabkan rhea n dear must ask u.. k.. semoga berbahagia sehingga ke akhirnya.. amein..

Reply

10 RHEA MALAYSIA Internet Explorer Windows May 2, 2009 at 7:45 am

erk.. typo lak:

fried sbnrnya friend.. sorry.. mamai di pagi hari..

Reply

11 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows May 2, 2009 at 12:35 pm

RHEA
Ya Rhea.. betul apa yang Rhea katakan tu.. :) Thanks..

Hihihi.. fried.. abis laa kene goreng.. :P

Ya Rhea.. Siapa pun inginkan kebahagiaan hingga keakhirnya kan?
Insya Allah.. Semoga apa yang di hajati diperkenankan olehNya.. Amiin…

Reply

12 ezany MALAYSIA Internet Explorer Windows May 1, 2009 at 2:32 pm

ciz.. aku dah agak mesti gimik.. haha..

blog ni bila lak nak tuka theme barbie kaler biru.. :lol:

ezany\´s last blog post..? 21 April ?

Reply

13 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows May 1, 2009 at 2:53 pm

ezany
hihi.. sowi.. saje je nak test..
ye la.. nk release tension ngan kebizian yg memanjang.. adeh…
ko jgn wisau la.. kitorang tade pape nyee… kan dinda? :P

Reply

14 Mrs.Bintang MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 3, 2009 at 10:20 pm

kun2 n kak rhea thank atas sikap amik berat kamu hihihi…sebenarnya kami bukan berlakon memang betul kami jarang ada kesempatan bersembang dalam blog disebabkan kesibukan memasing tp tu x bermakna kami x bersembang langsung..tiap malam sebelum titun kita sure gayut xkisah owang nak kata apa kat sini hanya dinda n kanda jeelah yang tahu:) hargailah insan tersayang selagi kita ada kesempatan dan waktu untuk bersamanya..lalalala..

Reply

15 c-i-k-i-r-a [fara] MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 1, 2009 at 2:42 pm

uiksss…. barbie doll biru, nnt tukar tema gak ek.. :)
moga barbie doll pink (BDP) n barbie doll biru (BDB) bahagia slalu…. 8)
c-i-k-i-r-a [fara]\´s last blog post..

Reply

16 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows May 1, 2009 at 2:57 pm

c-i-k-i-r-a [fara]
hikhik.. dinda tak kaci la..
nnt abis ilang macho kalo letak barbie nnt.. :P

siapa lah yg x nak bahagia slalu kan?
doakan lah ye.. :P

Reply

17 c-i-k-i-r-a [fara] MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 1, 2009 at 2:48 pm

ape tu 3K?
nak tau gak…nak amalkan gak..

Reply

18 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows May 1, 2009 at 3:11 pm

c-i-k-i-r-a [fara]
nak tau gak eyh? hihii.. ok lah…
3K tu kan…

Kepercayaan..
Kesetiaan..
Kejujuran..

dalam entri tu pun ade sebut gak..
Amalkan tau? hihihi..

Reply

19 x-po MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 2, 2009 at 3:36 am

slama 4 tahun aku kapel, aku n dia duk jauh..aku duk perak n dia duk perlis..slama 4 tahun ni, xda prob lgsg..hbgn hepy je..tp sejak dia praktikal dgn aku, dia jd brubah…hbgn aku n dia dh ssh utk diselamatkan lg…bila duk jauh, dia slalu ingin bjumpa aku..slalu rindukan aku..tp bila duk dekat, aku slalu nk jupe dia..tp slalu ditolaknya..alasannya boring la selalu jupe, wtpe jupe slalu, mcm2 alasan dia bg…bg aku, kapel jauh lbh baik lbh utk aku n dia…

x-po\´s last blog post..SAPE YANG BETUL?

Reply

20 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows May 2, 2009 at 7:52 pm

x-po
Dia org Perlis ke?
Ya.. mungkin jauh lebih baik dari dekat..
Tapi apa sebab utama dia berubah eyh?

Reply

21 yasha MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 5, 2009 at 9:19 pm

sososoob..~ macam seronok tgk owg berkaseh sayang dgn insan terchenta dgn buah aty tersayang.. jelez nya baca post nie.. =’8( tapi apa kan daya.. aty ini belom terbuka untuk berchenta berkongsi kasih sayang dgn sumone.. adakah aku jahat tidak memberi peluang kepada insan yang menchentai diri ini?? aku belom bersedia….~ :|

*emo plak komen nie* ekekekke. lol

Reply

22 chokilala MALAYSIA Google Chrome Windows May 6, 2009 at 10:01 pm

jiwangnya nyah fifi. kehkeh. dia busy sampai YM pun jarang online lately. takleh nak ngumpat dgn fifi pasal ezany. kuikui. ezany pun hilang je skrg. mana pegi? asek ingat rhea scarlet je, dah lupakan cik choki *patah hati* :cry:

Reply

23 Mr.Bintang MALAYSIA Google Chrome Windows May 7, 2009 at 12:16 am

chokilala
hehe.. biase la.. x kan u x kenal.. lalala…~
ye… I memang bz lately.. nak wat camne..
kalau dulu leh la lepak melepak korek idung pe smua..
skrg da x leh da.. huhu..

ezany tatau la mane dia.. I pun windu kat die nih.. hahaha.. 8)

Reply

24 ubey MALAYSIA Mozilla Firefox Windows May 7, 2009 at 3:05 pm

haha. jeles ye. aku nak gak tnjuk kasih sayang aku tapi xde calon lg~

ubey\´s last blog post..Tak Salah Berkain Pelikat, Tapi

Reply

25 una MALAYSIA Internet Explorer Windows March 6, 2010 at 4:37 pm

salam.. urm,una xtau dkat cpe ptut una luahkn prasaan.. klu iktkn.. una nk ngis spuas2nye.. kteorng jauh cgt.. jrang jmpe.. cntact pn da krang.. msing2 bz study.. pling lme kteorng xjmpe staun stengah.. :( .. ssah da nk cntact.. lgi2 kteorng nk exm.. cdeh cgt tngok kwn2 hepi ngan bf dyeorng.. :cry:

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!:

Previous post:

Next post: