44

Karena Ku Sayang Kamu

by Mr.Bintang on February 6, 2009

Aku Sayang Kamu

Sempena tema blog aku dan si dia pada bulan ini iaitu bulan “Kasih Sayang”.. chewahh~!! dan secara kebetulan pula terdapatnya contest yang dianjurkan oleh Hafreze.com yang mendapat tajaan hadiah berupa 2 botol minyak wangi jenama Calvin Klein iaitu CKIn2U For Him EDT 100ml Tester / CKIn2U For Her EDP 100ml Tester from MyPerfume2U.com Wow! I think I gonna make it mine.. yay! hehe.. boleh lah nak nak wat present untuk si dia yang tersayang tu nanti.. hihi.. Dindaku yg t’ucuk agi t’somot.. I’ll do it for you cayam.. :P Tak menang pun tak pe kan ucuk? Entry ni sekadar untuk suka-suka disamping dapat berkongsi pengalaman tentang tajuk kepada contest yang dianjurkan. Peace..^_^v

Menjadi rebutan setiap peserta..
Yang tidak lokek berkongsi cerita..
Pengalaman dalam hal-hal cinta..
Eh? jom lah semua..
Ramai-ramai masuk meriahkan suasana..
Fikirkan idea yang luar biasa..
Ulaskan tajuk yang dicipta..
Menghargai kekasih tujuan kita..
Eratkan lagi hubungan cinta..
2 insan kan bahagia..
Untuk selamanya..


“Cara Menghargai Kekasih”

Aku tahu, pasti ramai diluar sana punyai pasangan masing-masing tak kira lah yang dah kahwin ke belum, but still boleh dianggap sebagai kekasih bukan? Sebenarnya, banyak cara untuk kita menghargai kekasih kesayangan kita. Namun ianya bergantung kepada individu itu sendiri untuk menghargai kekasih mereka dengan cara masing-masing. Ok lah, untuk entry kali ini aku nak share lah serba sedikit tentang cara untuk menghargai kekasih (macam pakar je aku ni.. takde talent pun.. hahaha..). Entry ini ditujukan khas kepada semua pasangan-pasangan kekasih mahupun yang masih single lagi tu.. boleh lah jadikan sebagai panduan kamu nanti ye..

Bagi aku sebagai salah seorang pecinta kekasih hati.. aku juga seperti insan-insan lain, menginginkan yang terbaik untuk kekasih yang disayangi.. biarpun sentiasa berjauhan.. namun dihati tetap dekat.. sepanjang perhubungan aku dengan si dia, dia tak pernah menyinggung apatah lagi menyakiti hati aku.. dia sentiasa membuatku tersenyum.. gembira.. ceria.. dan aku rasa sangat bahagia disampingnya.. thanks dinda.. ;)

SALING MEMPERCAYAI.. itu merupakan salah satu cara kita menghargai insan yang bernama kekasih.. Bagiku.. aku meletakkan sepenuh kepercayaan kepada si dia.. kerana ku tahu dia tak akan pernah berlaku tidak baik dibelakang ku.. sememangnya si dia adalah seorang yang baik hati, peramah, dan mudah mesra dengan orang lain.. dan aku pula tak akan membiarkan si dia hilang kepercayaan kepada ku.. untuk itu, aku harus bersikap JUJUR dalam semua perkara.. KEJUJURAN amat penting bagi menjamin kesejahteraan dalam perhubungan.. dan yang paling penting sekali ialah.. KESETIAAN.. sudah menjadi prinsip dalam hidup aku.. dan aku juga pernah berjanji dengan diriku.. jika aku mempunyai seorang kekasih.. hanya dia sahajalah satu-satunya kekasihku.. aku akan tetap setia padanya.. dan takkan pernah ada yang lain.. jika kita TIDAK SETIA, bagaimana dia hendak setia kepada kita? sekaligus dia akan HILANG KEPERCAYAAN disebabkan KETIDAKJUJURAN kita.. so.. ketiga-tiga ini saling berkaitan.. kita haruslah menjaga baik perhubungan kita jika ingin kekal selamanya..

SURPRISE! hihi.. Setiap orang punyai cara tersendiri untuk memberi kejutan istimewa terutama pada hari-hari penting si dia seperti Hari Ulang Tahun.. tak kisah lah Ulang Tahun Perkahwinan ke.. Ulang Tahun Kelahiran ke.. yang penting.. tujuan utamanya diadakan adalah sebagai menghargai apa yang telah si dia lakukan kepada kita sebelum ini.. betul tak? Ada yang berikan hadiah seperti barang kemas, jam, kereta, rumah?? waaahhh kayanya.. Jangan lah terlalu boros ye.. tapi sekali sekala untuk insan tersayang tak apa kot.. hehe.. sebenarnya mahal atau murah, bernilai atau tidak bukanlah sesuatu yang penting dalam sesebuah pemberian.. yang penting adalah KEIKHLASAN hati kita.. biarlah barangan atau sesuatu yang kita berikan itu tidak bernilai dimata orang.. tapi siapa tahu ya.. pada kekasih kalian.. mungkin itu merupakan sesuatu yang teramat bermakna sekali bagi dirinya.. Aku juga pernah memberikan kejutan kepada si dia dan kejutan itu tidak lah sehebat atau seistimewa mana pun.. tapi aku menyediakannya dengan penuh rasa kasih sayang yang tinggi kepadanya.. aku nak buktikan padanya bahawa aku benar-benar menyayanginya.. Alhamdulillah, segala perancangan aku berjalan lancar.. walaupun tidak lah sesempurna yang diiginkan..

Miss you...

Perjalanan sesebuah perhubungan pastinya tidak terlepas dari perasaan RINDU kan? Apatah lagi kekasih kamu berada jauh di mata.. macam aku.. hidupku di sini seperti sebatang kara.. tak punya teman rapat, teman-teman lepak seperti orang lain.. aku juga kurang bersosial disebabkan terlalu sibuk dengan kerja.. tetapi untuk si dia.. aku masih mampu untuk meluangkan masa.. “Hai dinda ucuk.. wat pe tu?” antara ayat-ayat yang sering ku kirim disaat ku kerinduan.. semakin dirindu semakin terasa dekatnya hati aku pada dia.. satu sms sehari dari dia sudah cukup untuk membuatku tersenyum ceria.. :)

“Dinda.. walau sesibuk manapun kanda, kanda tetap akan punya masa untuk dinda..” :)

Kenapa kekasih mesti dihargai?

“Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.”

Fikirkan lah.. ;)

Sebelum mengundurkan diri.. aku ingin menyampaikan sebuah lagu.. lagu ini khas aku tujukan kepada insan yang ku sayangi sepanjang masa..

“Dinda.. sebenarnya kanda teringin nak nyanyikan lagu ni secara live untuk dinda.. tapi dinda tau kan kanda macam mana? Ye dinda, kanda masih lagi seorang yang pemalu.. bukan apa dinda ucukku cayam.. kanda tak de privacy kat sini.. kalau boleh suasana tu biar ada dinda ngan kanda je.. hihi.. takpe lah dinda.. terimalah lagu ini.. kanda sampaikan khas untuk dinda yang tersayang.. Karena Ku Sayang Kamu.. dinda..”

[media id=4]

Artist : Dgyta
Lirik Lagu : Karena Ku Sayang Kamu

Seandainya kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kaujauh dariku
Kan slalu kunanti
Karena ku sayang kamu

Hati ini selalu memanggil namamu, dengarlah melatiku
Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku, takkan pernah ada yang lain
Adakah rindu dihatimu, seperti rindu yang kurasa
Sanggupkah ku terus terlena, tanpamu di sisiku
Ku kan slalu menantimu

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

    Threaded commenting powered by Spectacu.la code.

  • miznani August 6, 2011 at 6:31 am

    sy cukup yg bf sy ..sgt2 …sy bhaap diaakan mnjadi teman hidup sy nantii .I LOVE YOU…AZMAIN N

  • acen comey October 13, 2010 at 10:31 pm

    ayt ni blh aq try untk cairkan ati awx ku ..hex3

  • suffer8zine May 20, 2010 at 9:54 am

    semoga baik2 belaka :P

  • [...] yang tak seberapa.. – Memenangi Pertandingan 100% Original Perfume Calvin Klein anjuran hafreze.com. – Memenangi Perlumbaan SEO [...]

  • ms dini February 25, 2009 at 2:59 pm

    mrs. bintang.. u untg sgt dpt ur mr bintang. hpe u guyz bhgia smpai bla2. hbat anugerah Allah. prasaan cinta yg dlm.. jga hbngan u guyz baik2 k. :)

1 2

Previous post:

Next post:

.