
Sebelum memulakan persidangan, aku ingin bertayakan kepada kalian..
Jika aku sebut ‘LOVE’ atau ‘CINTA’ simbol apakah yang bermain-main difikiran kalian?
Pastinya simbol berbentuk ‘HATI’ bukan?
Jika aku sebut ‘HEART’?
Pastinya simbol yang sama difikiran kamu semua.
______8888888888
____888888888888888
__888888822222228888
_88888822222222288888
888888222222222228888822228888
888882222222222222288222222222888
8888822222222222222222222222222288
_8888822222222222222222222222222_88
__88888222222222222222222222222__888
___888822222222222222222222222___888
____8888222222222222222222222____888
_____8888222222222222222222_____888
______8882222222222222222_____8888
_______888822222222222______888888
________8888882222______88888888
_________888888_____888888888
__________88888888888888
___________888888888
____________8888888
_____________88888
______________888
_______________8
Persoalannya begini..
Kebelakangan ini aku sering membaca/mengarang puisi, membaca cerpen, novel dan lain-lain lagi yang berkonsepkan sastera dalam penulisan. Apa yang sering ku lihat dan ku baca dalam setiap bahan bacaan tertentu, aku pasti tertanya-tanya tentang satu hal.
Apakah ‘HEART’ itu ‘HATI’? Aku pasti, ramai juga yang keliru dengan hal ini.
Kita selalu menyebut bahawa heart itu adalah hati..
Tapi tahu tak korang, kalau di‘translate‘kan.. heart adalah jantung dan hati adalah liver..
Pernah tak korang tengok ayat ini..
“Hatiku berdegup kencang..”
Ada sesetengahnya menulis jantung.. itu sedia maklumlah.. memang tepat..
Tetapi hati..?
Kenapa mesti hati?
Hati berdegupkah?
My Sweetheart, atau dalam Bahasa Melayunya adalah Buah Hatiku..
Kenapa hati? Sedangkan kita tahu bahawa ‘heart’ adalah jantung..
Sepatutnya disebut Buah Jantungku bukan? Tetapi agak janggal rasanya..
Itulah persoalan yang bermain-main difikiran ku sekarang ini..
Di dalam ilmu perubatan, hati dan jantung itu adalah organ yang berbeza.. dan yang benar-benar berbentuk ‘hati’ itu adalah jantung (heart) dan bukan hati (liver).
Lihat gambarajah di bawah..

Jantung/Heart

Hati/Liver
Pernah tak korang tonton drama atau filem atau di dunia realiti kita sendiri..
Bila seseorang tu sedang marah macam ni..
“Sakit hati aku kau tau tak!!”
Cuba korang tengok, kemana tangannya ditujukan?
Di kiri bukan.. itu bukan hati daaa.. hati sebelah kanan daaa…
Tapi apa-apa pun.. hati sebenarnya ada banyak makna.. dan sudah termaktub dalam Kamus Dewan Edisi Empat..
hati
1. organ dlm badan yg berwarna perang kemerah-merahan terletak di dlm perut di bahagian sebelah kanan (tugasnya mengeluar kan hempedu, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea, menyimpan gliko gen): jantung, ~, limpa, dll mengandungi zat galian dan vitamin; ~ kambing; ~ lembu; 2. = jantung ~ jantung: tidak ada yg menarik perhatiannya selain drpd berita yg mendebarkan ~nya; 3. batin (tempat perasaan, pengertian, dll): rupanya sahaja cantik tetapi ~nya buruk; susah ~nya melihat tingkah laku anaknya; terbit dr ~ yg ikhlas; ~ muda rasa muda dlm hati; bercakap (membaca) dlm ~ bercakap (membaca) dgn tidak mengeluarkan suara (dlm batin sahaja); dlm ~ dlm batin, dlm jiwa; dr ~ ke ~ secara ikhlas (jujur); ikut(kan) ~ mati turut(kan) nafsu (perasaan) membawa kebinasaan; jatuh ~ jatuh cinta, berkenan; jauh ~ = kecil ~ = merajuk ~ merasa tersinggung; kata ~ kata yg terbit dlm batin; kecut ~ merasa takut (bimbang dll); lubuk ~ a) perasaan hati yg dalam, b) bawah sedar; makan ~ (berulam jantung) menderita ke rana perbuatan orang lain yg menyakitkan hati; maksud ~ tujuan; melepaskan ~ menu rutkan hawa nafsu; rasa ~ perasaan batin; terang ~ mudah mengerti; 4. bahagian tengah buah-buahan (pokok dll): ~ nanas; ~ kayu; ~ berdetus Mn menaruh syak curiga; ~ budi peribadi seseorang yg tergambar pd tingkah laku, pekerti atau pertuturannya dsb: mereka sudah dapat menyelami ~ budi masing-masing; ~ jantung a) jantung; b) kesayangan (kekasih); ~ kaudu hati yg jahat dan busuk dlm diri seseorang: tetapi, yg kujumpai hanya hati buta, ~ kaudu, hati iri, hati tamak, hati dengki, hati busuk dan hati sakit; ~ kecil perasaan dlm batin (maksud yg sebenarnya); ~ nurani a) hati yg telah mendapat petunjuk Tuhan; b) perasaan hati yg murni dan yg sehalus-halusnya (sedalam-dalamnya); ~ pekat keras hati, tetap hati (fikiran dll); ~ sanubari perasaan batin; ~ tangan lekuk pd telapak tangan; ~ tawajuh hati yg dihadapkan semata-mata kpd Tuhan; ~ bagai baling-baling prb fikiran atau pendirian yg tidak tetap; ~ bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang, telinga bagai telinga rawah prb orang yg kurang perasaan malunya; ~ gajah sama dilapah, ~ kuman (tungau) sama dicecah prb beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedi kit sama-sama mendapat sedikit; ~ gatal mata digaruk prb perihal orang yg tidak dapat (berkuasa) melakukan sesuatu pekerjaan yg ia sangat-sangat berhajat hendak mengerjakannya; sehati seia sekata, sepakat: ia beroleh se orang isteri yg ~ dgn dia; berhati 1. mempunyai hati: beliau ~ keras dan berpendirian tegas; 2. = ~ berjantung = ~ kemanusiaan = ~ perut berperasaan yg halus, menaruh belas kasihan; ~ batu a) bersifat degil, mempunyai keazaman (cita-cita) yg kuat; b) tidak berperikemanusiaan; ~ berlian (emas) sangat baik hatinya; ~ bimbang berada dlm keadaan gelisah (resah dsb); ~ binatang bersifat bengis, tidak mempunyai pertimbangan, tidak berperike manu sia an; ~ keras berpendirian teguh (mempunyai cita-cita yg kuat); ~ mutu putus asa (harap); ~ perut a) mempunyai perasaan (fikiran, kemahuan); b) bertimbang rasa; ~ pilu bersedih hati (hiba); ~ putih mempunyai niat yg tulus ikhlas (bersih dsb); ~ rendah mempunyai tabiat (budi pekerti) yg baik spt pemurah dll; ~ tungau penakut; ~ walang khuatir (walang hati); ~ waja keras hati.
Dengan ini.. berakhirlah sudah kekeliruanku selama ini..
Sekian.. Wassalam..

i LOVE heart n liver..
littlegurl recently posted..Balek kampung!
Wah, hebat topik ni.
Eriyza\´s last blog post..Pergi Lambat, Pulang Cepat
betul tu.. hot hot.. btw, gambar ‘heart’ tu, cantik. yg gabungan tulisan. buat sendiri?
.-= wniizati´s last blog ..Windows Live Writer =-.
wauuuhahha
baik punye researchh….
tapi menurut google, Heart adalah hati.. hurmmm… :roll:
Gadis Lonely?\´s last blog post..Kenapa anda perlu menginsafi diri?
Gadis Lonely?
erk..?! Kyle XY.. hihihi… :P
hurmmm… :roll: ye ke? tp tak jumpe pun…
biarpun aku belajar dh lama belajar (sains&bio)..
aku baru perasan benda2 nie semua..
wahaha..
my sweetliver
elyass\´s last blog post..Fatique
elyass
my sweetliver.. hehehehehe…
psstt..: Buah hati = liver fruit.. keh keh keh…
perghhhhhhh!!!
hati beb!!
hahahaa…
mmg jadi cikgu bahasa n sains la fizz pasni…
huhuhu…
hebat2..
pasni kaji bahan kimia dlm hati lak fizz..
huhuhuhu…
psstt: da takmo wat entri tutorial ke?wat la… :mrgreen:
Merah&hitaM´s last blog post..Autorun Eater
Merah&hitaM
Hehe.. yo la tu…
Akunye blog tutorial ade kat sini ye..
tp tu la.. tak terupadate lagi..
ye lah.. aku pun bz gak.. kalau nk wat tutorial ni kene de mood and masa..
x leh nk men2 sbb nnt tutorial x menjadi.. jatuh saham beb..
so maybe aku akan wat bile aku bebetul free.. skrg ni keje berlambak.. huuuU~
Apa yang dinda tahu
hati tu kaler merah seakan berbetuk love
Kau cinta dia kee? cuba tanya hati kau
hati xkan pandai menipu…
wah semuanya terletak dihati…
Tapi memang menjadi kekeliruan kat sini
Hatiku berdegup kencang..jantung tu sebahagian dari hati gak kot…
Soal cinta juga sering berkaitan dengan hati
Dari mata turun ke hati…kalau nak dikaji xde kesudahannya, sebab
sejak azalinya sudah tertulis begitu…
Ye cayam..
Sebenarnya hati yang kita sering maksudkan tu mungkin adalah perasaan.. atau ia berkait dengan perasaan.. kalau nak ikut betul mmg x de kesudahannya.. tp kat kamus tu dah tertulis.. hehe.. and mmg sejak dulu lgi perkataan tu digunakan.. kan cayam?
Umm..Persoalan yg menarik.. :idea:
Pernah terfikir gak sbenarnye sebelum ni, tapi takde inisiatif lak nak carik info tu sume..
Kamus dewan tu beb~!
Satu cadangan: Ape kate Tasha boldkan ayat dalam kamus tu yg dah merungkai kekusutan Tasha? Berpinar? mato den nok mencarinye..
Krie\´s last blog post..Champions League Round 16 1st Leg..
Erk.. Tasha? mesti ko kompius ni.. heheh.. ok.. cadang mmg nk wat td.. lupe lak truss post je.. hehe.. nnt la aku boldkan.. :P
Erk???
Hahaha! Mmg aku kompius pon. Adoi laa… :oops:
Krie\´s last blog post..Champions League Round 16 1st Leg..
Krie
hehe.. dah agak daa… lalala..~ kt mane yg kompius tu? hihi..
Kat mane yg kompius? Kat kpale aku kot. Hehe..
Banyak sangat tab kat atas nuh, sampai tersalah plak bg komen..
(alasan takleh diterima)
By the way, ade lagi beberape soklan utk menyusahkan ko nih..
Tapi buat mase nih, tunggu la dulu..
Masa jeles ngan aku.. :mrgreen:
Cayam cik masa ucuk..
Muahaha..
Krie\´s last blog post..Dunia Baru… =)
Uiks.. pelik bebeno bunyi? Aku jeles ngan ko pasal pe? hurmmmm… :roll:
Erkk…Bukan ko yg jeles ngan aku la..
Ade salah paham kat sini..
Disebabkan tiadanya intonasi dalam penaipan..
What i meant was, “masa (time) tu yg jeles ngan aku”..
Adekah Encik Bintang paham?
Hehe.. :mrgreen:
Krie\´s last blog post..Dunia Baru… =)
Krie
tu ar… aku pun dah kompiyus gakk.. adeh… hehehe…
paham daa.. jenuh aku pikir ape yg dimaksudkan oleh encik krie ni.. hahaha..
hahaha.. aku ingat bro nk ngajar subjek biologi td. siapa ada gambar rajah lg. rupanya nak selesaikan kekeliruan mengenai hati dan jantung. kui3
ekceli.. aku slama ni pun main belasah je sebut.. tak pernah fikir pun apa beza heart, hati dan jantung ni. hehehe.. skrng adalah inputnya.
btw.. simbol love itu sangat cantik dan menarik. tergoda u! hahaha..
azizwan[dot]com\´s last blog post..Senaman Menguatkan Tenaga Batin
fuyooo.. tergoda u..~ auwww…~ hehehe.. amik la.. :P
Aku Dan hati…
Apakah ‘HEART’ itu ‘HATI’? Aku pasti, ramai juga yang keliru dengan hal ini….