
“Bak kata iklan Berita Harian..
Zaman dah berubah, dunia dah maju..
Kepada rakan-rakan ku sekalian..
Ku ucapkan Selamat Tahun Baru..”
Apakah azam ku pada tahun ini?
Adakah aku masih lagi akan seperti dulu?
Tidak.. aku mahukan perubahan..
Ya.. perubahan..!
…tapi apakah?
Harapanku? Impianku?
Memang mudah untuk kita ungkapkan..
“Aku mahu itu.. aku mahu ini..”
Ooh.. tak semudah itu untuk kita gapai apa yang kita impikan..
…tanpa usaha gigih yang tak kenal jemu dan putus asa..
…tanpa diiringi doa serta beribadah kepadaNya..
Kita perlu melalui segala dugaan dan cabaran yang Dia berikan..
Insya Allah satu hari nanti.. kemenangan akan berpihak kepada kita..
Jika ditanya kepada ku, apa mahuku?
Jika boleh aku mahukan segala-galanya..
Melampau bukan?
Tapi itu bukan aku..
Aku?
Aku inginkan kebebasan..
Aku inginkan kejayaan dalam kehidupan..
Aku inginkan kebahagiaan disamping insan tersayang..
Aku inginkan kerahmatan dariNya yang Maha Esa..
Semoga apa yang aku kerjakan diberkatiNya..
Insya Allah..
“Ya Allah, Yang membelokkan hati dan pandangan, belokkanlah hati kami kepada “taat” kepada-Mu”
“Ya Allah, berilah kepadaku petunjuk dan kebenaran”
“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku keimanan yang sebesar-besarnya serta keyakinan yang tiada lagi selanjutnya ada kekufuran, juga berilah aku rahmat yang dengan itu dapatlah aku mencapai kehormatan dan kemuliaan-Mu di dunia dan akhirat kelak”
“Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari hilangnya nikmat-Mu dan berubahnya kesejahteraan-Mu dan mendadaknya pembalasan-Mu dan berbagai macam murka-Mu”
“Amiin…”
assalammualaikum..hi there!
cool site!
really cool..hehe…
an-Suh
datang la selalu..
Wa’alaikumsalam Warahmatullahi Wabaraktuh..
Hi there too..
Thanks ya.. hehe..
Semoga hari² mendatang membawa seribu rahmat kepadamu…
semoga impian yg kau hajati akan tercapai.
semoga yang kau cita²kan menjadi nyata…”amin”
Bintang